Bab 12 : My Life is in Your Hand

1.4K 165 23
                                    

# tak pernah rasa seserabut ni untuk menulis. 

ihope you guys enjoy for the TRIPLE update.

***

PEMANDUAN Ed penuh hati-hati. Ed tak sangka Beck ada menyimpan sebuah kereta mewah Tesla. Patutlah dia berani hantar trak buruk aku pergi pusat pelupusan. Macam mana perempuan ni buat duit? Kepalanya kosong.

Kereta yang dibeli setahun lepas itu tidak pernah dipandu Beck. Tetapi kereta itu sering digunakan oleh lain. Bagaimana? Beck iklankan kereta itu sebagai sebuah kereta sewa mewah. Ramai anak muda lelaki yang selalu menyewanya.

Tetapi seorang pun tak pernah berjumpa dengan Beck. Mereka hanya akan ambil kunci dari Jane, si tua, jirannya. Beck juga rindu untuk memandu. Tapi dia tahu dia tak berupaya. Tapi kalau dibiar kereta itu tidak bergerak pun tak boleh. Enjin kereta akan rosak jika kenderaan itu tidak digunakan.

Dari situ juga dia dapat buat duit.

Kevin : Kau pasti kau nak tolong Ed?

Beck : Yes. And what about you? Kau pasti kau bukan pembunuhnya?

Kevin : Aku takkan ada kat sini kalau aku pembunuhnya.

Kevin dan Beck berhubung melalui teks di komputer. Dia tak boleh bagi Ed dengar komunikasi dia dengan Kevin.

Beck : But I'm not too sure about my own life.

Kevin : Trust him.

Beck : <typing...>

Beberapa kali Beck memadam apa yang yang dia tulis. Kevin menanti dengan penuh debar.

Beck : I will.

Akhirnya itu yang dijawab Beck.

"Beck?" Suara Ed kedengaran di hujung telinganya.

"Yeap."

"Aku dah nak sampai."

"Aku tahu." Dot merah di atas peta itu dapat dilihat Beck. Gadis itu tahu bahawa Ed sudah hampir tiba di bangunan megah itu.

Ed tekan butang di tepi cermin matanya. Automatik Beck mendapat akses untuk melihat apa yang dilihat Ed.

"Stay calm." Ujar Beck saat Ed melalui pintu gerbang.

"ID?" pengawal keselamatan itu meminta meskipun kereta itu sudahpun dilekat dengan pelekat syarikat R&D itu.

Ed mengeluarkan kad ID dan dengan sekali imbas, pengawal itu membenarkannya untuk masuk ke dalam kawasan itu. Ed memarking kereta di belakang bangunan. Agak jauh dari orang lain. Nombor plat kereta bukanlah nombor plat yang sebenar. Beck sudah aturkan awal-awal lagi hasil bantuan daripada Kevin.

Beck dan Kevin sebenarnya ada rahsia tersendiri tanpa pengetahuan Ed. Dalam masa yang sama, Kevin juga membantu plan mereka berdua. Maksudnya plan ini adalah plan mereka bertiga?

Ed keluar dari perut kereta dengan jaket hitam yang baru disarungnya. Beg disandang ke bahu. Dia berhati-hati menapak masuk ke dalam bangunan itu tanpa dilihat orang lain.

Untuk naik ke tingkat 53, Ed perlu melepasi pintu automatik di lobi. Dia masuk ke dalam bilik air dan mengunci diri di dalam salah satu tandas. Jaket hitam ditanggalkan dan dimasuk ke dalam beg sandang.

She's My Lady [EBOOK MAY 2021]Where stories live. Discover now