Bab 10 : Beauty Beast

1.1K 139 14
                                    

"Where to?!" Ed memandu laju traknya. Beberapa biji kereta berwarna hitam mengekorinya dengan pantas.

"Kau ikut aje map tu." Beritahu Beck. Dia juga sedang mencari lokasi yang selamat untuk Ed.

Bunyi tembakan dilepaskan lagi mengejutkan Ed. "Damn it!" kaki Ed memijak kuat padel traknya. Pokok bunga Bluebell jatuh menyembah lantai hingga tanahnya juga berselerak bila Ed terpaksa buat 'kona maut'.

"Seems like it's your enemy." Beritahu Beck.

"What? Not yours?"

"Dalam lima ratus meter lagi, akan ada simpang empat dan traffic light. I'm gonna hack the traffic light. Make sure kau lepas."

Ed tarik nafas dalam dan fokus dengan pemanduannya. Tak guna punya trak buruk. Susah betul aku nak bawa kalau kena kejar macam ni. Dia hanya terselamat sebab amaran yang dikeluarkan Beck dan juga keadaan trafik ketika itu yang agak padat.

Sampai di simpang itu, lampu terus bertukar oren dan Ed memijak padel hingga ke lantai. Pijak habis-habisan! Lampu bertukar merah saat Ed melepasi laluan itu dan kenderaan dari arah berlainan mula berjalan membuatkan tiga buah kenderaan hitam itu tersangkut.

Ed toleh ke belakang. Dia kemudian tersenyum dan ketawa. "Yas! Yas!!!" Ed menyorak. Beck hembus nafas lega. Jantungnya berdegup laju.

"Make sure kau tak diekori. Head home directly. Park trak kau kat porch aku." Arah Beck. Bibirnya pucat. Dia bukan risaukan Ed. tapi dia risaukan dirinya. Macam mana kalau Ed ditangkap? Siapa yang akan tolong dia untuk melepaskan diri dari tempat ini? Beck tak boleh kehilangan Ed. Tidak sekarang.

Ed memarkingkan kereta di dalam porch Beck. Kelihatan gadis itu hanya bersinglet ketat berwarna hitam dan seluar track yang agak longgar. Rambutnya diikat ke atas. Tanpa kata, gadis itu membelek kenderaan tersebut.

Ed turun dari traknya. "Kenapa?" tanya Ed.

"Kita kena hantar kereta kau ke tempat pelupusan." Beritahu Beck.

"What?! No! Kita dah lepas daripada dia orang kan?"

Beck cabut ganas plat nombor itu depan dan belakang.

"I don't fucking care. You can use my car next time. Trak ni kena buang."

"Hold on. Kejap-kejap! Kenapa sampai perlu buang? Walaupun trak ni lembab, tapi dia masih functioning."

"You don't get it, don't you? Daripada kereta ni, nombor plat, model, dia orang boleh cari siapa tuan dia dan kedudukan. I'm not risking myself for stupid mistakes you've done." Wajah Beck serius.

"Stupid mistakes? Dude, kau yang minta aku pergi perkuburan tu! Kau yang minta aku letak bunga tu kat situ. Kau yang dedahkan aku pada public! Yet kau nak salahkan aku? You ungrateful piece of shit!" tempelak Ed.

Beck terdiam. Kenapa dia tak mahu mengaku kesalahannya? Beck tersandar ke sisi trak. Dia meraup wajahnya.

"I can't lose you. I can't lose you." Katanya berulang kali. Air mata mula bertakung. Ed agak terkesima dengan kata-kata itu.

"Beck."

"I can't lose you. I've been waiting for this chance for fucking 3 years and I'm not going to fail! I'm not going to fail!" air mata mula menitis. Ed hanya memerhati. Perlahan-lahan lelaki itu mendekati dan mengusap lembut bahu Beck.

"Aku takkan dapat peluang macam ni lagi. This is my chance and I can't ruin it." Tangisan Beck mula kedengaran. Ed peluk tubuh kecil itu.

She's My Lady [EBOOK MAY 2021]Where stories live. Discover now