Bab 5 : The Queen Bee

1.4K 151 14
                                    

Mesej yang baru diterima Ed berbaur arahan. Ed baru bangun dari tidur. Rambut masih serabai. Air liur basi belum sempat dia seka pun. Mata masih terkatup rapat. Tapi panggilan Beck sungguh membuatkan dia rasa macam nak gila.

'Serabutlah kepala aku ni dengan minah ni. Patut pun aku ambil offer tu dulu untuk bunuh dia. Annoying nak mampus.'

"Ed bangun." Suara Beck berdengung di dalam ruangan biliknya.

Aku benci perempuan ni. Dengan kepala otak dia yang terlebih bijak tu, dia boleh akses segala alat elektronik di dalam bilik ini. Segala yang bersangkut dengan internet, dia boleh guna sebagai penghubung. Beck tak perlukan telefon untuk buat panggilan.

Tahu-tahu aje suaranya berkumandang menerusi komputer. Ataupun televisyen. Ataupun Alexa. Ah siut.

"Ed!"

Ed masih buat bodoh. Dia tarik selimut hingga ke kepala.

"Kau tak nak kena kejutan elektrik awal-awal pagi ni kan?" ugut Beck.

Shit.

Ed tolak comforter dengan ganas. Dia ketap gigi.

"Ha ye! Aku bangun!!" jerit Ed. Geram. Benci.

Beck bersilang kaki di kerusi makannya sambil tersenyum. Dia hanya menggunakan telinga untuk mendengar apa yang Ed sedang lakukan. Ah dia boleh aje hack Ed macam mana dia buat pada Kevin untuk melihat apa yang sedang lelaki itu lakukan. Tapi dia juga faham apa itu maksud privasi.

Mug dirapatkan ke bibir. Sudah lama dia tak berkomunikasi dengan manusia sebegini. Beck hampir ketawa bila terdengar air mengalir keluar dari tubuh Ed, masuk ke dalam mangkuk tandas.

"Having fun dengar aku kencing?" seloroh Ed bila mulut Beck tidak lagi berkicau. Dia pasti Beck tahu yang dia berada di dalam bilik air untuk mengeluarkan 'air seni'nya.

Beck letak mug di atas meja kayu perlahan-lahan. Bibirnya menahan senyum.

"Aku nak kau dan Kevin datang ke sini." Pinta Beck.

"Kenapa? Kau takde kaki ke nak berjalan ke sini?" perli Ed. Tandas di pam. Dia keluar dari bilik air.

"You didn't wash your hand." Kata Beck.

Kaki Ed berhenti melangkah. Damn it. Dengar aje. Dia patah balik semula ke dalam bilik air dan mencuci tangannya.

"Aku bukan tak boleh keluar. Tapi aku takkan." Ujar Beck.

"And why is that?" Ed tarik kerusi menggunakan kakinya. Dia duduk sambil tangan lincah menyuap roti kosong.

"I can't." jawab Beck perlahan.

"Rumah ni adalah tempat paling selamat untuk aku." Sambung Beck.

"Macam mana kau hidup eh tiga tahun ni kalau kau langsung tak keluar dari gua kau? Macam mana kau makan? Macam mana kau earn duit. How?"

Beck senyum nipis. "Technology, Ed. Technology. With technology, semua dekat hujung jari."

"And kau cakap kau tak percaya dekat sesiapa. Tapi kenapa kau boleh percaya dekat aku?"

"Siapa kata aku percayakan kau?" bidas Beck.

Kening Ed terjungkit.

"Aku tahu tempat persembunyian kau. Bila-bila aje aku boleh expose kau dekat musuh kau. Bukan seorang yang nak kau mati. Tapi ramai."

She's My Lady [EBOOK MAY 2021]Where stories live. Discover now