Bab 2 : Clean My Bloody Couch

1.9K 170 18
                                    


Beck duduk bersilang kaki sambil tangan laju menari di atas papan kekunci. Cermin mata empat segi yang besar itu melekat di batang hidungnya. Beberapa minit kemudian, jarinya berhenti menaip dan dia meneguk kopi panas di sebelah komputer ribanya.
Rambut diikat tinggi seperti hairbun. Seketika kemudian, dia menoleh ke belakang untuk melihat tubuh yang dipanggil Ed itu. Masih lena di atas sofa putihnya.
“My couch is bleeding. Damn it.” Rengusnya kasar sambil mata memandang dengan pandangan tidak puas hati.
Jarum jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi. Beck bingkas bangun dari kerusi dan berjalan ke tingkap. Langsir gelap itu ditarik ke kiri dan kanan membiarkan cahaya matahari memanah masuk ke dalam ruangan itu.
Mata Ed berkerut-kerut dek cahaya itu.
“Bangunlah.”Dia menendang kaki sofa sebelum kembali ke mejanya. Ed perlahan-lahan terjaga dari tidur. Tak pasti bangunnya itu kerana hangat matahari, atau cahaya yang membolosi ruang tingkap itu. Ataupun.. getaran dari tendangan Beck di kaki sofa. Boleh jadi.
Ed terasa kepalanya berdenyut. Dia melihat kawasan sekitar. Beberapa saat kemudian, Beck berdiri di hadapannya. Satu papan paracetamol dilempar ke tepi sofa dan segelas air dihulur kasar hingga menitik air dari gelas itu.
Ed kerut dahi tapi kepalanya teramat sakit. Dia sambut juga huluran itu dan menelan ubat yang diberi. Seketika kemudian, dia tersedar yang lengannya sudah berbalut dengan kain putih. Darah pekat yang meleleh keluar dari semalam sudah pun terhenti.
“Siapa kau?” tanya Ed.
“That’s my line, I suppose.” Jawab Beck sinis.
“I got to go.” Ed cuba bangun dari sofa tapi dengan pantas Beck menolak tubuh lemah lelaki itu semula untuk duduk.
“Not so fast.”
Lagilah Ed keliru. Rasanya dia masih ingat semalam macam mana pucatnya wajah gadis itu bila dapati dia tidur di sofa.
“Clean my bleeding couch first before kau pergi, Ed. That couch is fucking expensive.” Ujar Beck dan berlalu ke ruangan dapur.
Rumah itu sebenarnya kecil aje. Seperti ruangan studio. Ada satu ruang tamu yang besar di mana dapur dan ruang tamu tidak dibahagi dengan mana-mana dinding. Sebuah bilik untuk dia dan bilik air. Itu sahaja.
“Macam mana kau tahu nama aku?” Ed menoleh ke belakang untuk melihat Beck yang sedang sibuk memunggah isi dapurnya.
“That guy.. Kevin. Mulut dia tak berhenti bercakap. So annoying.” Ujar Beck.
Ed baru teringat. Kevin! Dia mencari wireless earplug tapi tidak jumpa.
“Need your earplug? Clean my couch.”
“Bagi balik barang aku.” Ed bangun dan mendekati Beck.
“Or what?” Beck menoleh ke belakang dan Ed hanya beberapa inci sahaja darinya.
Lengan Beck dipegang kuat. Bibir Beck menarik senyum senget.
“7..8..9..”
BUK. Ed rebah ke lantai.
“That is not some sort of paracetamol, idiot. Kau ingat aku akan bagi kau pain reliever macam tu aje lepas kau pecah masuk rumah aku? No one suppose to know this place. No one should come here. And no one will leave here, alive.”
Ed kaku di lantai. Tubuhnya beku, tidak mampu bergerak. Tapi dia masih sedar.
Tubuh Beck, kecil. Tapi sebenarnya dia agak kuat. Dia bukan perempuan lemah seperti dulu. Pengalaman mengajar dia untuk melindungi dirinya sendiri. Tidak ada seorang pun yang dia boleh percaya, melainkan dirinya sendiri.
Tubuh Ed yang mengjangkau 70 hingga 80 kg itu ditolak ke atas sehelai kain yang dihampar. Kemudian kain itu ditarik kembali ke sofa yang menghadap tingkap itu.
“Kau siapa?” tanya Ed. Hanya mulutnya sahaja yang mampu bergerak.
“Beck.” Jawab Beck. Dia menolak tubuh Ed supaya bersandar di kaki sofa.
“Beck kambing, like bekk?” soalan Ed sungguh menjengkelkan tapi Beck tidak melayan.
Dia kemudiannya bangun dan melangkah ke bilik. Seketika kemudian dia keluar semula dengan sebotol cecair jernih dan alat penyuntik.
“This guy right here, I call it ‘TD’. It means ‘The Devil’. Dengan amount 2 ml injected to your vein, all your blood vein will be ruptured. And phooff! You’ll die in less than 5 minutes. But I can assure you, it hurts like hell.” Jelas Beck.
Ed pandang ke arah botol kecil itu.
“Kau pernah rasa?”
“What?” Beck kerut dahi.
“TD tu.. kau pernah rasa ke? Kau kata it hurts like hell. So kau pernah rasa ke macam mana hell and that shit?” soalan Ed buat Beck terpinga-pinga. Aku benci lelaki ni.
“Not yet. Tapi aku akan bagi kau rasa.” Jarum penyuntik dicucuk menembusi getah penutup cecair itu.
“Kenapa kau kat sini? Siapa yang hantar kau?” tanya Beck sambil menarik keluar jarum yang sudah terisi 2 ml TD itu.
“What’s your story?” tanya Ed selamba. Tak takut.
“Bukan nyawa aku yang atas line. It’s yours. Still wanna hear ‘my story’?” Beck jungkit kening.
“If it’s kinda interesting, I don’t mind be dead afterwards. Plus, your secret gonna be safe and sound next to my dead body.”
Beck tenung ke dalam anak mata Ed. Lelaki ini siapa?
“What about yours?” Beck lirik mata ke arah lengan yang sudah dibalutnya tengah malam tadi. Sebutir peluru sudah dia keluarkan dan luka itu dijahitnya sendiri.
“Aku tanya kau dulu.” Ed tak mahu kalah.
“You don’t get to demand anything from me.” Beck masih menunggu cerita.
“And now kau nak duduk dan dengar cerita aku sebelum kau cucuk that devil in my vein?” Ed jungkit kening.
Beck jungkit bahu. Buat muka tak bersalah.
Ed juih bibir. “You can kill me now.” Ed malas nak berlawan.
“Well, kau tak takut mati?”
“Obviously being dead is better than being alive.” Mudah jawapan Ed.
“Then kenapa kau lari? Sembunyikan diri kau kat sini instead bagi aje orang bunuh kau.”
Ed gelak. “Dia orang takkan bunuh aku.”
Beck jungkit kening sebelah.
“They want pain extracted from my vein. Woops, cool rhyme. Pain and vein.” Ed kemudiannya ketawa.
“So.. kau pun lari dari orang?” Beck buat konklusi sendiri.
“Pun?”
Wajah Beck kosong. Dia kemudiannya terus mencucuk jarum suntikan itu ke dalam saluran darah Ed.
Lelaki itu jelas kaget dan tergamam. Beck kemudiannya bangun dari silanya bila 2 ml cecair itu sudah habis ditekan dan semestinya sedang berlegar di segenap inci tubuh Ed.
“Don’t worry. It’s not TD. Terlalu mahal untuk aku bazirkan pada kau. That liquid is going to help you to ‘melt’ in a bit.”
“Melt?” suara Ed langsung tak gusar.
“It’s not going to kill you. And aku rasa aku perlukan bantuan kau.” Becca katup skrin komputer riba.
“Kenapa kau rasa yang aku akan tolong kau?” tanya Ed.
“Aku dah install mikro cip dekat belakang leher kau. Only took a minute to install. And all your movement is going to be in my record. You can run, but you can never hide.” Beck duduk di kerusi kayu sambil kakinya dihayun ke depan dan belakang.
“You’re kidding me.”
“My name is Rebecca. People used to call me Becca. But I hate that name. People tend to look down at me and underestimate me. Becca is weak, but not Beck. I used to be a great doctor.”
Ed terdiam.
“And now I’m using you to get to what I need.”  Bibir Beck tersenyum nipis.


She's My Lady [EBOOK MAY 2021]Where stories live. Discover now