Bab 9 : Bluebell for Loyalty

1.1K 143 19
                                    

Ed memutar laju pensil di jemarinya sementara menunggu Beck yang sibuk dengan komputer riba.

"Kau nak aku duduk sini tunggu kau buat apa?" Ed mula naik bosan.

"Sebab aku bosan duduk sorang?" Beck sendiri tak pasti kenapa dia mahu Ed menemaninya. Sudah agak lama dia bersendirian. Dia perlukan teman. Jiwanya kosong. Dia sunyi.

"Im out of here." Ed bangun dari sofa.

"Okay." Jawab Beck. Matanya masih fokus pada skrin komputer dan jemarinya laju menekan papan kekunci.

Saat Ed memegang tombol pintu, dia seakan terkena renjatan elektrik!

"Shit! Beck!" lelaki itu naik angin.

Beck hanya menoleh ke arah Ed dan tersenyum. 'Aku rasa macam nak cabut-cabut aje rambut minah ni! Geramnya aku! Geramnya!!! Aku tak pernah rasa sebegini tak guna sepanjang hidup aku. Aku tak boleh nak buat apa pun! Ergh!'

Ed tarik kerusi kayu dan duduk di sebelah Beck.

"Beck, aku banyak lagi kerja lain. Aku kena terima job dari Kevin.."

"Kevin ada hubungi kau dalam dua tiga hari ni?" soalan Beck membuatkan Ed terkesima sebentar. Tiada. Kevin langsung tak menghubunginya.

Ed menggeleng. Matanya memandang ke arah Beck.

"So? No job, right?" Beck kembali fokus dengan kerjanya.

Ed berfikir sejenak. "Kenapa Kevin tak datang sini waktu kau panggil aku dengan dia?"

"I don't think he needs to be here."

Ed masing merenung Beck. Mencari kebenaran.

"Don't read my face. You won't get anything." Beck menekan beberapa butir papan kekunci sebelum dia bersandar di kerusinya dengan senyum lebar.

"Now, kau boleh ambil ni." seutas jam berwarna hitam diberi kepada Ed.

"Apa pula lagi ni?" lelaki itu sudah naik muak dengan Beck.

"Kau pilih, sama ada kau nak 24 hours dengar aku membebel dekat telinga kau, atau kau nak pilih masa-masa tertentu untuk dengar suara aku?"

Ed kerut dahi. Dia capai jam itu dan dililit ke tangan.

"So, aku akan ajar kau function dia. Certain-certain button yang kau boleh guna. And this shit is upgradable. Tapi of course aku mastermind. So aku masih boleh akses ikut sesuka hati aku. I'm not taking a risk for you to have a chance on betraying me." Cerita Beck.

"Jam ni sama macam smart watch. Kau boleh akses kau punya phone through this watch. Aku tak buat speaker kat sini sebab that's gonna be so dumb. My voice will directly goes to your ear, without anyone hear a thing. Kau slide ke sini untuk activekan few modes. Kalau kau tak nak dengar aku membebel, kau boleh turn this off. Automatik kau dan aku takkan dengar each other businesses. Tapi kau tahu aku tak bodoh kan? Kalau ada urgent matter, aku boleh reactivatekan balik benda ni. Kau jangan risau sangat, aku akan cuba untuk tak sibuk dengan privacy kau." Sengih Beck. Ed tahu gadis itu menipu! Ahhh! Mesti dia akan sibuk kacau aku punyalah!

"Oh aku ada some feature yang kau mesti akan suka! This one. Aku boleh baca mode body kau kan? So kalau bladder kau macam nak burst, automatik connection kita akan turned off. So kau bolehlah do your 'number 1' and 'number 2' dengan aman tanpa risau aku dengar 'plop' 'plop' atau 'ssheeeeeesshhhh'." Usik Beck.

She's My Lady [EBOOK MAY 2021]Where stories live. Discover now