Ed lempar jaket hitamnya ke bahu kerusi. Lengannya sudah berjahit dengan sangat kemas. Setitik darah pun tidak keluar dari kulitnya. Beck juga membekalkan dia beberapa jenis ubat untuk disapu dan barang lain untuk mengemas luka.
“Bro, what happened?” suara Kevin berlegar di ruangan kamarnya. Ed terlalu letih.
“Nanti aku cerita.” Ujar Ed lantas berbaring di atas katilnya.
“Apa benda nantinya? Kau tahu tak siapa perempuan tu?” suara Kevin seakan mempunyai informasi dunia yang besar.
“Aku tak peduli siapa dia.” Ed letak lengan di dahi. Dia masih tidak percaya dalam tubuhnya ditanam mikrocip.
“Kau ingat tak tiga tahun lepas, ada orang offer kita about 5 million untuk bunuh seorang perempuan yang kau kata helpless dan lemah?” Kevin ulang tayang peristiwa tiga tahun lepas.
Ed celik mata. Dia tenung tepat ke arah syiling. Ya dia masih ingat tawaran itu. Tapi dia menolak sewenang-wenangnya walaupun tekaknya macam tak tertelan air liur bila mendengar nilai ganjaran yang ditawarkan.
5 juta. Untuk satu nyawa perempuan yang lemah. Oh. Dia yang kata wanita itu lemah. Dia yang menilai gadis itu hanya kerana dia seorang.. ‘perempuan’.
“Kau masih ingat lagi nama dia? Rebecca.” Suara Kevin.
Buku roma Ed menegak. Dia terus bangkit dari katilnya. Earplug disumbat betul-betul ke dalam lubang telinga. Biar betul?!
“She’s the one yang kau dulu pernah panggil ‘lemah’. Ada sebab kenapa orang boleh letak price yang tinggi untuk perempuan ‘lemah’ macam dia. Since kau dah jumpa dia, how was she?”
“Macam mana kau boleh tahu tu dia?” fikiran Ed berkecamuk.
“Aku boleh detect mana pun kau pergi. Tapi aku lose track bila kau masuk satu kawasan. Aku tak boleh nak cari kau. And aku ada cakap dengan dia waktu kau pengsan.”
“Kau cakap apa dengan dia?”
“That fucking guy is Ed.” Kevin merengus. Ah macam mana aku tak boleh nak tengok keberadaan Ed sekarang? Kat mana dia sekarang? Kenapa ada suara perempuan? Siapa perempuan tu?
“Oh. So kau ni alliance dia?” tanya Beck.
“Kau siapa?” Kevin soal semula. Tapi sepi untuk beberapa saat. Dari hujung telinga, Kevin dapat mendengar bunyi papan kekunci berdetik.
“Hello Kevin.” Suara Beck berubah 360 darjah. Dia lebih tenang sekarang. Kevin terkesima.
“You looked surprise.” Sambung Beck.
‘Looked’. Kevin toleh kiri dan kanan. Suara Beck kedengaran ketawa kecil di hujung talian.
“How can a hackers being so stupid? Tengok skrin kau. I’m right in front of you, dummy.” Beck menggeleng. Tak percaya ada juga hackers sebodoh ini.
Kevin terus memandang tepat ke arah kamera komputernya. Lampu merah menyala menandakan kamera itu sedang berfungsi.
“Aku taklah pandai sangat nak hack sana sini macam kau. Tapi untuk benda kecil macam ni, yeah.. aku reti lah juga. and I’m currently reading your profile. How can you expose your profile? That’s kinda stupid.” Bicara Beck sambil matanya laju membaca skrin komputer ribanya.
Kevin hanya terdiam.
“Oh. Not that stupid. You’re selling yourself actually. So servis apa yang kau buat? Bunuh? Kidnap? Curi? Drugs?” soal Beck.
“Kau pandai sangat cari pasal aku, why not kau cari tahu semua.” Kevin merengus. Dia terasa seakan dicabar.
“Kau dalam wanted list for your crime. I can use that.” Fikir Beck sendiri. Sedangkan Kevin langsung tak faham apa yang Beck cuba katakan.
“So budak ni nama dia Ed? You’re the brain, tapi dia buat semua actions for you?” tanya Beck lagi.
“Cool.” Tanpa sempat Kevin menjawab, Beck sudah buat konklusi sendiri.
“So Kevin, I need you and your ‘fucking guy’, Ed to help me.”
“Untuk apa?”
“Nama aku Rebecca. I’m not sure kalau kau tahu nama aku. But my name is quite famous back there three years ago.”
Kevin berfikir lama.
“Rebecca, that killer?” Kevin tersentak.
“I’m not a killer.” Wajah Beck bertukar serius. Tersentap bila dilabel seorang pembunuh.
“Memang kau yang bunuh semua orang-orang tu kan?”
“I’m not. And I need your help to prove that I’m not the killer.”
Kevin ketawa berdekah.
“Kau ingat aku nak tolong kau? Apa aku dapat kalau aku tolong kau hah?”
“Kau nak duit?”
Kevin ketawa lagi. “Kau mana ada duit! Kau dah la pelarian! Kau ingat orang macam kau senang ke nak hidup dalam komuniti lagi dengan apa yang kau dah buat?”
“Speak about yourself. Kau rasa kau layak duduk dalam kalangan komuniti dengan kerjaya kau yang macam ni? You fake ass.”
“Aku takkan tolong kau.” Bentak Kevin.
“Tapi kawan kau akan.” Beck toleh ke belakang melihat Ed yang sudah lena.
“KAU patut ambil job tu dulu untuk bunuh dia. Lepas kau tolak offer tu, aku mula cari tahu pasal dia. She’s so fucking brilliant. Semua orang nak dia. She’s so precious sampai buatkan orang takut dengan dia. She can do anything men can’t do. Dan dia bukan calang-calang orang. Dia pembunuh, Ed!” teriak Kevin.
Ed terpinga-pinga. Telefon bimbitnya kemudian bergetar. Ed kerut dahi.
“Kau call phone aku ke?” tanya Ed.
“Apa pula aku nak call kau? Aku tengah bercakap dengan kau, buat apa aku nak call through your phone lagi?”
“Kenapa phone aku ringing?”
Telefon itu tidak ada seorang pun yang tahu nombornya. Dan hanya seorang sahaja yang boleh menghubungi nombor itu. Yakni Kevin.
Kevin terdiam.
Ed ambil langkah untuk menjawabnya.
“Took so long untuk angkat. Just to clear the fact, aku bukan pembunuh. And your stupid hacker friend is spreading the misleading information. I’m not a murderer. But surprisingly, aku tak sangka yang kau dulu pernah ditawarkan untuk bunuh aku.” Ujar Beck.
Lagilah Ed terkesima. Macam mana perempuan ni boleh tahu pasal tu?
“Terkejut? Don’t be. Aku lupa nak bagi tahu kau. Lepas aku install mikrocip tu dalam badan kau, apa pun yang kau cakap, aku boleh dengar. Even you’re thousand miles apart from me, I can still hear your voice, clearly. So what ever you do, aku tahu. Just don’t do sex. I don’t want to hear those weird sound.”
“Shit.” Gumam Ed.
“I own you.” Ujar Beck.
“Kalau aku tak nak ikut cakap kau, kau nak electrocute aku lagi? Buatlah. Kau ingat aku takut?” cabar Ed.
“Aku tak suka orang yang perangai macam kau.” Rengus Beck.
“Kisah pula aku. Kau ingat kau cantik sangat? Pembunuh macam kau..”
ZZZZ.
Ed rebah ke lantai dan kejung dengan kejutan elektrik yang perlahan mengalir di seluruh tubuhnya. Beck mengeluh.
“Aku benci orang panggil aku pembunuh.” Talian dimatikan.
“Ed! Ed!!” Kevin di hujung talian satu lagi mula cuak. Ah budak ni!
YOU ARE READING
She's My Lady [EBOOK MAY 2021]
ActionTiga tahun Beck (Rebecca) lari dari lautan manusia. Dengan kebijaksanaan dia, dia mampu untuk hidup sendirian tanpa komunikasi. Tapi sampai ke satu tahap, dia ingin hidup bebas seperti orang lain. Pernah memegang title 'Saintis', namanya kini terkub...