Bab 7 : She's the Pain in my Arse

2K 172 42
                                    

Ed menyentuh barang-barangan makmal Beck. Mata gadis itu sekejap-sekejap memandang Ed. risau juga kalau tiba-tiba lelaki itu bertindak gila. Dia pun tak percayakan lelaki itu sepenuhnya. Apatah lagi dia membuat perkara yang membuatkan lelaki itu menyampah dengannya.

"So dah tiga tahun kau tak keluar dari sini?" tanya Ed memecah hening.

"Hm." Jawab Beck sepatah. Jemarinya pantas berlari di atas papan kekunci.

"Macam mana kau survive?"

"Macam ni lah."

"But how? Kalau kau langsung tak keluar dari sini, dan orang tak boleh masuk sini.. macam mana kau boleh makan? Kau takde interact dengan manusia lain ke? Macam mana kau buat duit untuk hidup? And how on earth you can afford that expensive couch?" tanya Ed. Dia membuak-buak ingin tahu.

"You'll figure it out someday kalau kau duduk sini." Kata Beck selamba.

Ed buat muka toya. "Sekarang kau nak suruh aku tinggal kat sini pula?"

"Memudahkan kerja kau dan aku. Iyakan?"

"Kau nak aku tinggal kat sini?" ulang Ed.

"Why not?" Beck toleh ke belakang.

"I can kill you in just a second." Ed beri amaran keras.

"Aku pernah cakap tak dengan kau yang I'm one step ahead from you?"

"Kau tak tahu bila aku boleh bertindak mengikut kehendak aku."

"That's why I'm programming that microchip untuk patuh pada aku." Jeling Beck.

"And.... Sending. Done." Beck duduk menghadap ke arah Ed yang masih berdiri kaku di hujung makmal.

"Apa maksud kau?"

"Aku baru transfer few files pada mikrocip tu. Come here. Let's test it out." Beck senyum nipis. Ed telan air liur. Apa pula minah ni buat kali ni?

"Hari tu kau pernah cakap yang kau boleh patahkan leher aku kan? Now.. aku bagi kau peluang untuk buat." Kata Beck selamba.

Ed sengih. "Aku malas nak main permainan kau."

"Seriously, aku bagi kau peluang."

"You're the brain. Aku tak tahu apa pun fail yang kau hantar kat mikrocip ni. Aku tak nak jadi bodoh mensia-siakan tenaga aku."

"Kau kena tahu, Ed. Dalam eksperimen, ada banyak possibilities. Scientist come out with so many hypotesis, with different variables. Chances of failure usually lebih tinggi. Anyhow, ini percubaan aku yang pertama. I might be wrong. Kau boleh ambil peluang ni untuk lepaskan diri kau daripada aku. If I'm dead, kau bebas selamanya. That microchip will be turned off immediately." Beck peluk tubuh.

Ed telan air liur. Boleh percaya ke minah ni?

"Up to you. Kalau kau tak nak peluang ni, then.. okay." Beck kembali memandang komputer ribanya. Dia sambung semula membaca data-datanya.

Ed gigit dinding pipi. Melihat belakang tubuh Beck yang tidak berjaga-jaga merentap jiwanya. Dia nak perempuan ni mati. Dia tak mahu selamanya tunduk dengan perempuan gila ini. Hanya dalam beberapa hari aje, perempuan ini menyeksa hidupnya.

Ed tidak melepaskan peluang. Kakinya melangkah laju untuk menjerut leher Beck. Tapi dia terhenti sendiri. Kakinya terasa berat sangat-sangat. Dia mahu maju ke hadapan lagi. Tapi tak boleh. Seakan ada benda yang menghalang tubuhnya dari berkelakuan begitu.

She's My Lady [EBOOK MAY 2021]Where stories live. Discover now