Bab 3 : She's The Devil

1.5K 168 20
                                    

Ed dapat rasakan tubuhnya sudah mulai boleh bergerak. Dia masih tak percaya yang Beck ada masukkan mikro cip di belakang lehernya. Dengan kadar segera dia meraba-raba belakang lehernya. Kosong. Takde apa-apa pun! Dasar perempuan penipu.


Ed bingkas bangun dan dengan kadar segera dia mendekati Beck. Tangan kirinya laju mencekik leher Beck. Gadis itu tidak meronta, sebaliknya matanya tajam menikam ke dalam anak mata Ed.


"Get away from me." Ujar Beck perlahan.


"Kau ingat, kau siapa yang boleh permainkan aku?"


"Guna otak kau untuk bertindak. Don't get to emotional."


"And you think I'll be scared from your emotionless fucking face?!" Ed makin kuat mencekak leher Beck.


"I warned you."


"I can break your fucking neck in just a second." Getus Ed.


Sebelah tangan Beck yang memegang telefon bimbit disentuh skrinnya dan automatik Ed terasa saluran elektrik mengalir ditubuhnya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. SAKIT!!!


"Shit!!" Ed melepaskan cengkaman dan terundur ke belakang.


"Told you, I'm a great doctor. Scientists to be exact. Aku boleh berlawan dengan kau physically, tapi aku pilih untuk guna otak aku so that my hands won't get dirty like yours."


Ed dongak ke atas dengan wajah tak puas hati. 'Shit! Shit! Shit! Shit! Lari dari perut harimau, masuk perut buaya! Damn it.'


"So Ed, please help me." Ujar Beck.


'Please help me.' Gadis itu minta bantuan. Bukan beri arahan. Ed terkedu seketika. Tidak pasti bantuan jenis apa yang gadis itu perlukan.


"Aku perlukan that thing." Ed hulur tangan, meminta dikembalikan barangnya semula.


"Oh ni?" Beck tayang earplug.


Ed malas menjawab. Dah tu, apa lagi yang kau ambil dari aku? Nak kata hati, takde pula aku bagi. Lagi aku menyampah dengan minah ni ada la.


"Kemaskan dulu tempat tidur kau sebelum kau mulakan hari kau. And my couch is bleeding. Your blood stained my 7 thousand couch."


"Aku boleh beli sofa baru untuk ganti." Ed berdiri semula bila rasa sakit itu menghilang. Matanya kejap-kejap memandang ke arah telefon bimbit Beck.


Beck sedar akan mata yang curi-curi pandang itu. Dia dah boleh agak apa yang lelaki ingin lakukan.


"Nak phone ni? Ambillah." Beck hulur telefon bimbitnya. Ed pandang lama wajah Beck.


"Nah. Ambillah." Sekali lagi Beck menghulur.


Ed sudah berkira-kira untuk mengambilnya dan dengan pantas tangan Beck mengelak. Ed naik berang. Dia laju menarik lengan Beck. Cengkamannya kuat.


Beck senyum nipis sebelum dia berjaya meloloskan diri dari pegangan Ed. Ed tercengang sebentar. Dia langsung tak sedar bila Beck berjaya meloloskan diri.


"What the.." Ed toleh ke belakang. Beck senyum nipis.


"Aku habiskan nearly ten thousand just for a self defense class. Dan hanya selepas hampir 3 tahun baru aku dapat praktikkan skill aku. Thank you." Sengih Beck.


"You're surely smart, but not that strong." Ejek Ed.


"I know. Sebab tu aku perlukan bantuan kau. Dengan kepala aku, dan bantuan kau.. aku boleh dapatkan semula apa yang aku perlukan."


"Apa yang kau perlukan.. bukan apa yang kau nak?" Ed peluk tubuh.


"World can't give me what I want. I need what I need."


Ed berfikir sejenak.


"Plus, kalau kau nak ambil phone ni pun tak guna. Dengan certain jarak, aku boleh gunakan suara aku untuk bagi arahan." Ujar Beck.


"Bullshit."


"Naddy, electrocut."


Dengan segera tubuh Ed rebah sekali lagi dengan sedikit tergedik-gedik di lantai. Dia dapat rasakan saluran elektrik mengalir ke dalam tubuhnya. Elektirk itu tidaklah kuat mana sampai boleh menghentikan jantung Ed. Boleh sebenarnya. Bergantung kepada arahan.


"Fuck you." Dalam sedikit renjatan yang masih bersisa, mulut Ed sempat memaki. Beck kulum senyuman. Dah macam nyawa-nyawa ikan dah si Ed ni jadinya.


"So we have a deal?" Beck ambil tempat di meja makan sambil tongkat dagu. Kulit wajahnya halus. Cantik orangnya. Itu yang ada di dalam fikiran Ed buat masa sekarang walaupun hanya mampu memandang dari ekor mata. Tubuhnya masih kejung di lantai.


'Tapi, dia memang setan.' Sumpah Ed masih bersisa.





She's My Lady [EBOOK MAY 2021]Where stories live. Discover now