[Sunday]
Hidup sebagai manusia mistik sangat menyusahkan bukan? Kalau manusia dapat tau tentang wujud sebenar kita.. Kita pasti akan dibunuh
Kerana itu aku, Ussy si gadis penyihir telah menyamar menjadi manusia biasa dan hidup berhampiran manusia ta...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Mamaa!"Panggil Ussy kuat.Puan Carla yang sedang sibuk menyiapkan sarapan terhenti dan menoleh ke arah anak perempuannya itu.
"Ya,kenapa?"Soal Carla."Ada nampak topi tu tak?"Kata Ussy ke mamanya.Puan Carla membuat muka pelik "Topi apa ni?"Soal Carla
Ussy terrdiam.Kalau dia beritahu yang dia sedang cari topi witch dia yang tak sengaja dia hilangkan mampus.Kena beleter siang malam jawabnya.
"Er..tak,tak apa dah jumpa!Ha ni topi jalan Ussy hehe"Kata Ussy sambil mencapai topi jalan-jalannya dan dengan pantas berlari kembali ke biliknya.
"Dah kenapa dengan anak aku tu?Dia nak buat apa dengan topi tu pula"Carla menggeleng geleng kecil melihat karenah anak perempuannya itu.
Manakala Ussy yang sedang cemas kerana tidak menjumpai topi witch nya.Makin Panik.
"Alahhh aku letak mana topi tu!!?"Ussy berlari lari sekeliling biliknya.
BANG
Hampir saja jantung Ussy terkeluar dari tubuhnya.Ussy menoleh perlahan-lahan kebelakang untuk melihat gerangan yang memasuki biliknya tanpa mengetuk pintu.
"Neechan..kenapa bising sangat awal pagi sabtu ni!"Marah Shin yang baru saja bangun tidur.Ya,hari ni ialah hari Sabtu di mana mereka bercuti sekolah dan anda tanya mengapa Ussy sibuk mencari topi witch nya?Penjelasannya di bawah.
"Hahh..Shin rupanya,aku fikir mama tadi"Keluh Ussy sambil mengosok dadanya.Ussy memandang Shin yang dengan rupa berambut sarang burung dan air liur basi.
"Neechan cari topi witch neechan"Kata Ussy.Shin terdiam.Selepas itu wajah Shin tiba-tiba sahaja berpeluh peluh kerisauan.
Ussy yang melihat Shin terdiam mulai curiga."Kamu.."Ussy berkata sambil berjalan mendekati Shin.
"Kamu ambil topi neechan?"Dingin Ussy.Shin menelan air liurnya memandang kakaknya yang sudah lama tidak marah.