"Masuk lah. Oppa nak masuk bilik oppa sekejap" kata Taehyung setelah berada di hadapan bilik ibunya.
"Oppa, Eomma akan terima Dubu kan? Eomma tak benci Dubu kan?" tanya Dahyun sambil menghayun hayunkan tangan Taehyung dgn wajah kerisauan.
"Jangan risau ok? Eomma rindu kan Dubu tu. Pergi masuk bilik jenguk Eomma k?" kata Taehyung lalu mengusap kepala adiknya.
"N-nae"
Taehyung memberikan senyuman pada adiknya kemudian berlalu masuk ke dalam biliknya.
Setelah memastikan Taehyung berada di dalam biliknya, Dahyun mula memulas tombol pintu bilik ibu kandungnya Puan Kim.
Kelihatan ibunya sedang tidur diatas katilnya. Dahyun mula menutup pintu bilik ibunya dan melangkah dengan perlahan ke arah ibunya kerana tidak mahu menganggu ibunya yg sedang lena.
"Eomma, Dubu dah balik" kata Dahyun perlahan sebaik sahaja tiba di sisi katil ibunya dengan linangan air mata.
Dahyun memerhati wajah tenang milik ibunya yang sedang tidur itu. Keadaannya yg tak sama seperti dulu.
Puan kim yg sekarang adalah seorang yg pendiam, dan sering menangis sebelum tidur.
"Dubu rindu Eomma" katanya perlahan.
Perlahan lahan ibunya membukakan mata kerana terasa seperti ada orang yang menyentuh wajahnya.
"Ss-si-siapa kamu? Mana Taehyung?" Tanya nya kepada Dahyun.
Puan Kim tertanya tanya siapakah gadis yg berada di hadapan nya ini.
"Say-"
Belum sempat Dahyun memberitahu siapa dirinya, ibunya mula mengamuk.
"Kau siapa?!!! Mana anak aku??! Taehyung!!! Kim taehyung!!!!" jerit Puan Kim.
Terdengar sahaja Puan Kim menjerit, Dahyun tergamam. Dengan tiba tiba Taehyung berlari masuk ke dalam bilik ibunya untuk menenangkan ibunya.
"Eomma?! Taehyung ni!" kata Taehyung lalu meluru ke arah ibunya dan memeluknya.
"Siapa perempuan ni tae?" tanyanya.
Dahyun yg sedari tadi diam, mula mengalirkan air mata. Jujur dia terlalu rindukan insan di hadapannya sekarang. Dia rindukan pelukan yg selalu diterima olehnya daripada ibunya.
"Eomma dah lupa Dubu?" tanya Dahyun sambil mengesat air matanya.
Puan Kim yg sedang memeluk Taehyung menoleh ke arah Dahyun.
"Dubu?" tanya nya kemudian memandang ke arah Taehyung meminta penjelasan.
"Eomma, Tu anak perempuan Eomma. Satu satunya anak perempuan Eomma, Dubu. Nama sebenarnya Kim Dahyun. Eomma dah lupa?" kata Taehyung.
Perlahan lahan Puan kim melepaskan pelukan dari Taehyung dan mula menyelak selimut nya dan turun dari katil dan berlalu ke arah Dahyun yang memandangnya dengan perlahan lahan.
"Dubu? Anak Eomma?" tanya nya pada Dahyun setelah berada dihadapan ibunya.
"N-nae Eomma" balasnya lalu mengalirkan air mata sambil menatap ibu kandungnya yg berada dihadapannya.
"Dahyun!!" kata Puan Kim lalu memeluk anak perempuannya dengan tangisan.
"Akhirnya kamu dah balik nak. Kamu kemana selama ni? Kenapa Eomma, Appa dan Oppa kamu cari kamu tapi tak pernah jumpa? Kamu sihat kan? Kamu tinggal dengan siapa selama ni? Kenapa tinggalkan eomma?" tanya Puan kim bertalu talu setelah melepaskan pelukan.
YOU ARE READING
My Lost Sister! [KTH]
FanficMengisahkan seorang abang yg bernama Kim Tae Hyung yang kehilangan adik perempuannya yg bernama Kim Dahyun atau nama manjanya Dubu. Dapatkah Taehyung bertemu semula adik kandungnya? Dapatkah Taehyung meleraikan sebab sebenar kehilangan adik kandun...