Di ruang tengah rumah yang legar itu menjadi saksi insiden tadi. Kim Younghee duduk melutut di tepi sofa utama sambil matanya tertumpu pada baju kesayangannya yang digunting terhampar di atas lantai. Air matanya mula turun perlahan demi perlahan membasahi pipi. Dengan masih berpakaian sekolah serta beg digalas dibelakang, dia cuba untuk menyeka air matanya namun tak lama. Pipinya yang memerah akibat tamparan hebat dari ibunya itu masih kian terasa peritnya. Dari kecil dia diperlakukan sebegini, dibuli, dipukul bahkan pernah juga hampir nyaris-nyaris dibunuh oleh ibu kandungnya sendiri.
_flashback_
Kim Younghee bergegas keluar dari biliknya sambil getah rambut berwarna merah jambu itu digigit di mulutnya. Rambut yang panjang hingga ke paras bahu itu cuba digengam untuk diikat kemas tanpa menoleh langsung pada pergerakan kakinya yang laju menuruni tangga. Seeloknya kaki kirinya mahu sampai di anak tangga yang terakhir, tanpa sedar ada kelibat seseorang dihadapannya muncul secara tetiba. Younghee tersentak lantas cepat-cepat tangannya memegang erat pada pemegang tangga disebelah.
Kelihatan kelibat seseorang itu mengangkat wajahnya, melontarkan pandangan panas kepada Younghee. Segera dia menunduk tidak berbalas pandangan dengan orang dihadapannya itu, ibunya sendiri.
"Mi-- mian omma...", jari jemarinya mulai berpeluh dan basah. Younghee sendiri tak berani untuk bertatapan dengan ibunya, walaupun ibu sendiri. Baginya, ibunya itu bukanlah seperti ibu-ibu yang lain yang menyayangi anak mereka dengan penuh kasih sayang dan dibelai lembut. Ibunya itu seperti seorang ibu yang asing bukan dari darah dagingnya sendiri.
Madam Jungna mengepal tangannya erat kedua-dua belah menandakan geram dan panas hati dengan situasi sebentar tadi. Melihatkan anaknya yang berpakaian sekolah dengan rambut yang tidak sempat diikat habis, memandang kebawah tepat ke arah kasutnya. Panas telinganya mendengarkan ucapan maaf dari Younghee.
"Huh? Maaf? Hey! Kau tu tak layak nak mintak maaf kat aku, tahu sebab apa?", soal Madam Jungna yang kemas berpakaian dress paras lutut disertakan coat pendek yang hanya disarung pada bahu sahaja. Nadanya sahaja sudah bergema satu rumah, marah membuak-buak dalam diri.
"Tengok aku sekarang", arah Madam Jungna namun Younghee masih lagi berdiam diri. Madam Jungna menjeling anaknya itu sekilas, menyampah dengan tindakan Younghee yang lambat menyahut dan mendengar arahannya.
"WOI PEKAK KE HAH?!", nada Madam Jungna sudah melebihi paras limit. Younghee seribu kali tersentak dari biasa lantas matanya mula berkaca. Perlahan-lahan mukanya diangkat memandang ibunya itu. Tepat mata mereka bertemu, Younghee menahan esakan yang berat di hati dan berharap situasi sekarang cepat berlalu.
"Kau ni bodoh kan? Lembab! Kenapalah aku ada anak macam kau ni"
Terasa seperti semuanya berhenti tika itu, Younghee sejujurnya memang sudah tidak tahan lagi untuk menahan perit. Anak matanya dijatuhkan kembali pada kasutnya, dan setitis demi setitis air mata jatuh menuruni pipinya. Paginya hari ini tak secerah seperti langit sekarang, paginya hari ini mendung beserta guruh dan kilat menyambar. Hatinya terguris lebih daripada perasaan direject oleh crush.
"Om-- omma.... Younghee---"
Pangg!! Pantas Madam Jungna menampar kuat pipi Younghee tanpa berkata apa.
"You deserved it", Younghee serta merta memandang ibunya sambil meredakan kesakitan di pipi yang sudah merah seperti terlebih blusher. Rambutnya kini sudah makin serabai dari awalnya. Hampir seluruh wajah Younghee dilitupi oleh rambutnya yang berjuntai itu.

YOU ARE READING
⟳Diary 180 : jichangmin
Fanfiction"Once aku dah turun, hadaplah aku selagi mana aku still disini" "When a diary connecting on us....." ﹏❣𝓯 𝓲 𝓮 𝔂 ﹏✍ present, ᴀ ᴊɪ ᴄʜᴀɴɢᴍɪɴ ꜰᴀɴꜰɪᴄᴛɪᴏɴ ²⁰¹⁹ -dec15th2019