"Once aku dah turun, hadaplah aku selagi mana aku still disini"
"When a diary connecting on us....."
﹏❣𝓯 𝓲 𝓮 𝔂 ﹏✍ present,
ᴀ ᴊɪ ᴄʜᴀɴɢᴍɪɴ ꜰᴀɴꜰɪᴄᴛɪᴏɴ ²⁰¹⁹
-dec15th2019
Dear diary, tadi omma secara officialnya mengakui aku bukan anaknya di depan Mr. Seon. Aku tak tahu apa yang bermain di fikiran omma waktu tu sampai mengaku aku ini adalah maid di rumah. Aku fikirkan appa Kyung datang melawat, tapi bukan. Huhh bila aku boleh berjumpa dengan appa Kyung? Sumpah aku terlalu rindukan dia, satu-satunya insan yang memberikan aku rasa kasih sayang sebagai seorang ayah. Younghoon pulak, it's okay if dia tak boleh nak tolong aku tika itu. Aku faham omma pasti akan marah pada Younghoon jika dia menolong aku. Younghoon pun taknak aku disakiti lebih kalau dia tolong aku didepan omma. Ibarat omma menguasai tingkah laku Younghoon, mesti dia tersepit kan?
Younghee menutup buku diary biru langitnya lalu ditolak buku tersebut ke penjuru meja belajarnya. Kepalanya dilentokkan di atas meja sambil keluhan dilepaskan. Bibir bawahnya digetap sedikit memikirkan perkara yang terjadi tadi,
"Dia maid part-time kat sini..."
Kata-kata dari Madam Jungna itu masih berlegar disegenap mindanya. Matanya sayu membuang pandangan pada ruang bilik, hanya pandangan kosong tidak bermakna. Fikirannya bagaikan dilandai ombak kuat.
"Lepasni petugas di pejabat omma mesti takkan kenal aku sebagai anak dia kan?", ujar Younghee perlahan. Hanya itu saja yang terlintas di mindanya ketika ini. Younghee memejam rapat matanya lama, mengambil masa untuk melupakan perkara tadi seperti sebuah mimpi walaupun peritnya beribu kali pedih.
++++++++++
'Hikkss.......'
Changmin mengaturkan langkah menuju ke arah seorang gadis yang duduk melutut di tengah ruang dewan besar itu. Belakangnya dihadapkan ke arah Changmin. Tangisannya menarik Changmin untuk pergi lebih dekat. Ingin sekali dia bertanyakan gadis itu mengapa selalu menangis setiap kali dipertemukan dengannya. Langkah demi langkah ditapakkan sehingga sampai dalam kira-kira separuh depa.
Gadis itu masih lagi menangis, mukanya dipekup rapat. Changmin memandangnya risau, setiap esakan gadis itu terus memasuki gegendang telinganya. "Awak okay tak?....", soal Changmin perlahan sambil tangannya mahu menyentuh bahu si gadis tersebut. Sebaik sahaja kepalanya mahu dipaling menghadap Changmin, dia merasakan sesuatu menariknya dari jauh, menghalang dirinya untuk memandang gadis itu semula.
Membuntang mata Changmin secara tiba-tiba. Pantas posisi pembaringan diubah kepada posisi duduk, matanya melilau memandang sekeliling. Jatungnya berdegup laju seakan-akan baru sahaja berlari sejauh berbatu-batu. Kepalanya dipegang rapat, sedikit sakit memikirkan apa yang dicari. Ternyata perkara itu hanyalah sebuah mimpi, mimpi tentang seorang gadis yang selalu muncul, yang selalu menangis apabila mereka ditemukan. Apa yang lebih memeritkan, Changmin sendiri tidak boleh melihat wajah gerangan gadis itu. Susah buatnya untuk mencari gadis tersebut bagi menanyakan punca mengapa dia asyik menangis. Perkara itu mengganggu dirinya, setiap kali mimpi itu muncul.
Changmin menarik nafas buat seketika, menenangkan diri. Pandangannya dihamparkan pada meja dihadapan katilnya. Pandangan kosong beserta keluhan dilepaskan. "Just tell me, who you are?", soal Changmin sendirian. Matanya dialihkan pula pada buku diary biru langit yang tersegam indah di atas meja di penjuru kanan. Entah mengapa buku itu berkelipan waktu malam sebegini, selalunya semua diary akan berkelipan pada waktu siang sahaja untuk dibaca oleh Changmin. Dia hairan sejenak lalu mengambil diary itu untuk dibaca. Tanggapannya, mana tahu mungkin ada sesuatu yang perlu aku bantu?
Helaian hari ini dibuka. Ternyata tepat tanggapan Changmin, memang ada sesuatu yang perlu dia tahu. Hari ini, diary itu bertintakan dua kali waktu pagi dan malam. Changmin menyandarkan dirinya pada katil sambil duduk di atas lantai. Matanya melihat setiap bait perkataan yang ditulis,
15/12/2019
Dear diary, tadi omma secara officialnya mengakui aku bukan anaknya di depan Mr. Seon. Aku tak tahu apa yang bermain di fikiran omma waktu tu sampai mengaku aku ini adalah maid di rumah. Aku fikirkan appa Kyung datang melawat, tapi bukan. Huhh bila aku boleh berjumpa dengan appa Kyung? Sumpah aku terlalu rindukan dia, satu-satunya insan yang memberikan aku rasa kasih sayang sebagai seorang ayah. Younghoon pulak, it's okay if dia tak boleh nak tolong aku tika itu. Aku faham omma pasti akan marah pada Younghoon jika dia menolong aku. Younghoon pun taknak aku disakiti lebih kalau dia tolong aku didepan omma. Ibarat omma menguasai tingkah laku Younghoon, mesti dia tersepit kan?
Setelah menelaah cerita yang dicoretkan hari ini, Changmin menutup semula diary itu kemudian mendakapnya erat. Hatinya seakan-akan mahu bertemu dengan gadis yang terluka ini dan memberikan sepenuh harapan buatnya, menggantikan segala keperitan yang ditanggung. "Kim Younghee, kau kena kuat selalu....", hanya itu yang mampu diucapkan setiap kali membaca coretan Younghee.
Difikirannya dikelilingi dua perkara, Kim Younghee dan gadis yang selalu muncul di dalam mimpinya. Adakah ini pengalaman yang perlu dirasai oleh seorang the diary angel? Memberi harapan atau mencari gadis misteri di dalam mimpi untuk dibantu? Changmin bingung. Dia sendiri tidak mampu untuk menjawab persoalan itu.
++++++++++
Ji Changmin's
Aku memasuki office dengan mengenakan coat labuh berwarna merah hati. Seperti biasa, harini perlu baca semua coretan diary manusia di bumi, ya satu per satu. Kebanyakkan hari ni semuanya yang baik-baik saja perasaan manusia di bumi. Baguslah macam ni, tak perlu sedih untuk tempoh yang sangat lama. Yang broken haritu pun dah boleh move on, good job dear. Aku melabuhkan punggung di atas meja kerjaku pula, buku diary biru langit Kim Younghee pula diletakkan disebelah. Nampaknya, dia tak coretkan apa-apa lagi harini. Huhh, kenapa aku menunggu sangat eh diary biru langit ni? Seakan-akan macam sebuah perkara penting untuk aku pelihara. Aku tersenyum kecil melihat diary itu di atas meja, tidak terapung dan berkelip menandakan tiada apa yang dicoretkan didalamnya. It's okay, I'll wait.
"Ting!", satu noti masuk. Aku memandang jam noti-board aku lalu menekannya. Ya memang noti untuk aku, dan ianya dari Master.
'Come and see me now, thank you'
"Master nak jumpa? Untuk apa?", soalku sendirian. If Master nak jumpa means benda tu mustahak la jugak en? Apa-apa je lah. Kesemua diary aku biarkan terapung namun diary biru langit itu sahaja aku bawa bersama. Aku taknak terlepas untuk membaca setiap coretannya. Langkah diaturkan menuju ke bilik Master dengan cermat.
Seusai sampai sahaja di hadapan bilik Master, pintu utama biliknya diketuk perlahan. Aku menolak pintu itu dari luar lalu menjenguk sedikit melihat Master. "Ahh Ji Changmin, silakan masuk", pelawanya. Aku mengatur langkah ke dalam sebaik sahaja menutup pintu tersebut. Kerusi dihadapannya ditarik dan duduk. Dari jauh lagi nampak Master asyik senyum je tengok aku, aduhh dah kenapa ni? Ada luck baik ke? Master berganjak ke hadapan sedikit supaya dirinya dekat dengan meja.
"I guess, kerja kamu bagus-bagus saja kan?", soal Master. Aku hanya mengangguk sahaja. Master mengalihkan pandangannya pada pasu di sebelah penjuru meja. Tangannya membelai lembut helaian daun itu. "Ji Changmin, ada something yang perlu saya khabarkan", sambung Master. Gugup jantung aku mendengar perkara tersebut. Aduhai, tak sebut lagi dah takut. "Perkara apa ya Master?", soal aku pula. Master terus memalingkan wajahnya kepadaku,
"Kamu perlu saya kirimkan ke bumi"
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.