Kim Younghee's
Aku mengatur langkah menuju ke kelas seorang diri. Younghoon? Kami tak sama kelas memandangkan dia lagi tua dari aku. Sliding door bahagian belakang kelas aku tolak perlahan, cuba untuk tidak membuat bising memandangkan dah ramai student dalam kelas. Aku terus mengorak langkah satu per satu ke arah seat yang terletak dipenjuru kanan belakang kelas.
Kehadiran aku seolah-olah tiada siapapun yang perasan, macam aku ni ghaib pada bila-bila masa je. Walaupun aku mantul dalam pelajaran pun, semua classmate aku takkan perasan dan anggap benda tu macam sesuatu yang biasa. Hina sangat ke aku ni untuk dinotice classmate sendiri?
Younghoon selalu ingatkan aku untuk berpura-pura tidak ada apa-apa jadi dan suruh fokus dalam pelajaran je. Dia cakap, kawan dan dinotice semua benda tu tak penting pun buat aku asalkan aku hanya mantul dalam pelajaran. Dunia aku dengan dia tak sama, terlalu berbeza walaupun kami adalah darah daging. Younghoon jauh lebih terkenal dari aku, ramai yang nak dekat dengan dia. Popularity, lebih dari itu pun dia dapat.
Kenapa dunia ni melebihkan sesuatu pihak yang sudah cukup ada segalanya berbanding aku yang kosong, hati perasaan aku kosong. Aku penat, tak mampu nak ceriakan diri sendiri, tak mampu nak survive macam orang lain. Aku terlalu lemah dibandingkan yang lain, sebab jiwa aku dah kosong.
Keluhan berat aku lepaskan lalu membenamkan kepala kedalam rangkulan tangan di atas meja. Hati ni berat sangat, terlalu sarat dengan duka. Mata ni berat sangat, terlalu sarat dengan air mata. Makin rapat, makin dalam aku benamkan muka. Terlalu sakit dan perit, aku tak mampu. Andai ada sesiapa yang sudi temankan aku, walaupun seorang, aku bersyukur. Seseorang yang sanggup mendengar semua keluhan dan perasaan yang dipendam selama ini.
Lantas, fikiran aku terus terlintas sesuatu. Diary! Ya, aku tak coret sesuatu dalam diary lagi harini. Pantas muka diangkat dan duduk dalam posisi seperti biasa, lalu aku mengeluarkan sebuah buku berwarna biru langit yang tertulis nama aku diatasnya. Seperti biasa, diawal muka surat untuk aku coretkan diary buat harini, tarikh kemas ditulis dihujung kanan atas.
15/12/2019
Hi, we meet again my diary. Terasa macam hari-hari kau selalu menadahkan setiap helaian kosong untuk aku tintakan, betul? Harini, sekali lagi aku kena marah dengan omma sebab hampir-hampir terlanggar dia masa nak turun tangga tadi. Entahlah, walaupun aku dah minta maaf, tapi omma tetap perlakukan aku seperti selalu. Harini baju kesayangan aku yang appa Kyung bagi digunting teruk. Tu lah satu-satunya baju yang paling aku sayang antara yang lain. Dear diary, kenapa omma selalu bertindak kejam dengan aku? Ada something ke yang buatkan dia berdendam dengan aku.....?
Aku menghabiskan ayat terakhir dengan tanda soal. Aku sendiri pun tak mampu nak jawab pertanyaan tu, terasa seperti tiada jawapan. Sekali lagi, aku mengeluh berat lalu menutup diary tersebut. Aku menoleh ke arah tingkap di sebelah kanan aku, betul-betul dekat, membuang pandangan pada langit biru yang cerah. Aku menatap lama sehingga sepuas-puasnya kemudian aku pejam perlahan, cuba untuk memberi semangat kepada diri dan juga harapan. Sekecil-kecil harapan yakni, kebahagiaan.
++++++++++
Author's
Angin bertiup lembut mengenai setiap inch kulit seorang lelaki yang sudah lama berdiri di walkway Institut Diarys. Pandangannya dibuang jauh ke bawah. Kemudian, dia mendongak ke atas pula, angin yang memukul dirinya lembut diselebungi pula dengan rasa nyaman berbaur sedikit hairan buat dirinya kian menimbun. Sejak akhir-akhir ini, fikirannya selalu terganggu dengan mimpi yang muncul secara tiba-tiba.
YOU ARE READING
⟳Diary 180 : jichangmin
Fiksi Penggemar"Once aku dah turun, hadaplah aku selagi mana aku still disini" "When a diary connecting on us....." ﹏❣𝓯 𝓲 𝓮 𝔂 ﹏✍ present, ᴀ ᴊɪ ᴄʜᴀɴɢᴍɪɴ ꜰᴀɴꜰɪᴄᴛɪᴏɴ ²⁰¹⁹ -dec15th2019