::-chap 7-::

173 18 1
                                    

Sepasang mata dijatuhkan pada seekor burung di pohon besar sekitar taman awam. Changmin duduk bersila sambil kedua tangannya diletakkan dibelakang sebagai sokongan badannya. 

"Master ohhh Master... Kenapalah campak saya ke bumi dengan cara memainkan kepala saya? Pening tahu tak", omel Changmin sendirian tatkala mengenangkan kembali cara dia turun ke bumi. Kepala tiba-tiba sakit, tup tup sudah di bumi. Huhhh kejam betul.

Lantas diary biru langit disebelahnya ditoleh. Berkelipan, pasti ada coretan. Tangkas tangannya membuka diary tersebut dan menyelak helaian yang terakhir dicoret.

16/12/2019

Aku dibuli lagi, rasanya sampai bila-bila pun aku akan dibuli. Woonmin suka-suka dia je tuang daun-daun kering dekat aku. Sekarang aku dah serabai, dah macam orang gila tepi jalan. Hina sangat ke aku hurm? Aku mohon ada someone boleh tolong aku, yang boleh temankan aku tatkala aku dalam kesusahan... I'm begging pleasee............

Changmin menarik nafas perlahan. Tak sangka akhirnya telah dipertemukan dengan empunya diary yang unik buatnya. Diary seorang gadis tersakiti namun tetap menjalani jua hidupnya. Changmin beranggapan gadis itu sememangnya kental walaupun diasak tak henti.

"Haihhh..."

Dia membaringkan diri setelah melepaskan keluhan kecil, seluruh tubuhnya dibelai angin sepui-sepui bahasa sambil menikmati awan bergerak bagaikan mengikut irama angin itu bertiup. 

"Kim Younghee ahh, uljimaaa... Aku dah jumpa kau. Aku akan tolong kau", ujar Changmin sekilas.

Di dalam fikirannya sekarang bermain dua perkara yakni mencari gerangan gadis dari mimpinya dan Kim Younghee. Dia berharap semua itu sempat dilakukan tanpa ada sebarang cacat cela.

"Semoga semuanya berjalan lancar, aku yakin!"

++++++++++

Keesokkan harinya, seperti biasa kelas A-1 pagi-pagi lagi sudah bingit dengan suara semua students yang sibuk bergosip tak habis-habis. Itulah karenah mereka tatkala saem tiada di kelas namun tidak bagi Younghee. Ditangannya kemas memegang dan membelai sapu tangan putih yang diterimanya semalam.

"Sapa eh dia tu? Betul ke dia harapan aku?", getus Younghee perlahan. Bertalu-talu dia memikirkan perkara itu, untuk meyakinkan dirinya agar tidak dikecewakan kelak. Bunga 'hollyhock' yang diterimanya juga dipandang sayu lalu keluhan kecil dilepaskan.

"Yahh yahh! Kenapa bising sangat ni ha? Aihh korang semua ni tahu bising je lebih tahulah pandai belaka. Dah semua duduk tempat masing-masing", saem Lee bersuara di hadapan kelas. Takde angin takde ribut, tiba-tiba je menyeludup masuk kelas A-1.

"Miann saem....", kesemua student A-1 mengucapkan maaf buat saem Lee. Saem Lee hanya mengangguk faham.

"So students, harini sebelum memulakan pembelajaran saya nak perkenalkan kamu semua dengan student baru harini"

Semua pelajar A-1 sudah membuka mulut seperti murai, meneka-neka siapa pelajar baru yang akan memasuki kelas tersebut. Younghee hanya berdiam diri sahaja memandangkan tiada siapa yang mahu berbicarakan hal itu bersama dia. Younghee tabah. Matanya menumpukan semula pada bunga 'hollyhock' itu, seakan-akan tidak kisah akan pelajar baru yang akan memasuki kelas A-1.

"Disilakan masuk", pelawa saem Lee kepada pelajar baru itu.

Pelajar tersebut melangkah masuk berhati-hati untuk tidak membuat sebarang kesilapan semasa hari pertamanya disini. Kedudukan disebelah saem Lee diambil. Senyumannya dileretkan kaku dan kekok memandang semua student, lagi-lagi pelajar perempuan yang sudah berbisik-bisik hangat tentangnya.

⟳Diary 180 : jichangminWhere stories live. Discover now