::-chap 9-::

144 17 2
                                    

Younghee menapak masuk ke dalam rumah lalu terus mendaki anak tangga satu per satu. Harini tak perlu dia menggunakan tangga yang tersembunyi itu memandangkan tiada tetamu yang bertandang. Jika tidak malulah ibunya nanti yang sudah melabelkan Younghee sebagai maid part-time.

Sampainya dia di hadapan pintu bilik sendiri, matanya tertancap pula pada pintu bilik abangnya di sebelah. Pintu itu terbuka sedikit maka terlihatlah Younghoon yang sedang duduk di meja belajar sambil menghadap tingkap. Di tangan Younghoon terdapat suatu buku yang belum pernah Younghee lihat sepanjang hidupnya. Buku itu hanya bercorakkan beberapa garisan dan agak tebal kulitnya.

Gadis itu semakin musykil lalu pintu bilik Younghoon dikuak ke dalam dan melangkah masuk. Younghoon yang perasan akan kehadiran adiknya itu terus menyembunyikan buku tersebut dibelakang.

"Oppa baca buku apa tu? Nampak macam menarik lah", soal Younghee kepada si abang. Younghee hanya menggeleng pantas tidak mahu menjawab lalu segera menolak adiknya perlahan untuk keluar dari bilik. "Tak menarik pun halah sibuk je dia", ujar Younghoon senada dan terus menutup pintu bilik dan dikunci. Younghee diluar bingung dengan perlakuan abangnya tadi. Seperti menyembunyikan sesuatu perkara dari Younghee.

+++++++++

Kim Younghoon's

Aku cepat-cepat mengunci pintu bilik lalu menyandarkan diri pada pintu tersebut. Fuh nasib lah dia tak nampak sangat buku tu. Lantas aku menghampiri buku yang dimaksudkan tadi dan erat memeluknya. Buku ni, bukan sekadar buku biasa. Terdapat banyak rahsia terkandung didalamnya. Rahsia diantara mendiang appa dan omma. Dan terkandung juga penyebab mengapa omma terlalu bencikan Younghee.

Jika terlepas buku ini ke tangan Younghee, pasti musnah hati dan perasannya. Aku tak sanggup untuk melihat dia menangis lagi. Seperti tiada kesudahannya. Maafkan oppa, Younghee. Semua ni salah oppa. Omma benci Younghee disebabkan oppa.

-flashback-

"Younghoon cakap Younghoon taknak ada adik! Omma tak faham ke?", bentak aku tatkala berita kehamilan baru omma sampai ke telinga aku.

Omma yang melihatkan akan tingkah laku aku yang tidak gembira akan kehadiran adik baru itu terus berubah riak wajah. Appa disebelah hanya memberikan pandangan kosong kepada omma. Aku ego, ya aku ego. Aku taknak terima sebarang ahli keluarga baru, biarlah aku saja menjadi anak tunggal mereka. Mengapa mesti ada orang baru?

"Younghoon... Kenapa cakap macam tu? Kenapa Younghoon tak suka?", soal omma sambil mengusap lembut kepalaku. Titisan air mata sudah jatuh membasahi kedua pipi aku. Badan dihincutkan sedikit bersama esakan.

"Nanti omma dah tak sayang Younghoon. Mesti omma bagi perhatian lebih dekat dia"

"Taklah sayang. Mana ada sampai macam tu. Omma boleh bagi kasih sayang sama rata. Appa pun akan buat benda sama", omma cuba untuk menenangkan aku kembali. Sejurus omma dan appa memeluk aku erat.

Mengapa perasaan aku sebagai anak 4 tahun begini? Aku entah mengapa terlalu cemburu untuk dapat adik baru. Sedangkan orang lain beria dan seronok tetapi bagi aku, tidak. Mungkin terlalu terpengaruh?

Berbulan kini berlalu, akhirnya adik baru aku dilahirkan. Dan namanya Younghee. Kim Younghee. Aku langsung tidak memandang ke arahnya mahupun bermain bersama sehingga usianya mencecah 2 tahun setengah. Omma dan appa saja yang meluangkan masa dengan Younghee.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 08, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

⟳Diary 180 : jichangminWhere stories live. Discover now