Younghoon membelek setiap helaian muka surat buku catatan hariannya sambil dikerumuni pelajar-pelajar perempuan yang sudah lama menaruh hati padanya. Younghoon sudah masak dengan perangai mereka, tatkala kemana sahaja dia pergi mesti mereka yang mengikut. Rimas? Ya memang tapi apakan daya, walaupun sudah diasak sudah ditegur masih saja dikejar juga. Nasib seorang jejaka tampan, begitulah. Benar kata Younghee, dia dan Younghoon amat berbeza sekali situasi. Terkadang, Younghoon merasakan semua ini tidak adil buat adiknya namun apa boleh dia lakukan? Hanya boleh melindungi dalam tempoh masa yang tersangat singkat. Terasa seperti dia diarah untuk menjauhi adiknya sendiri. Entah mengapa perkara itu selalu disedari olehnya sendiri.
Pelajar perempuan disekelilingnya memanggil-manggil nama Younghoon tanpa henti, to be honest Younghoon bencikan perkara tersebut. Dah cringe. Lantas, "Tepi", Younghoon merempuh pelajar-pelajar perempuan tersebut dan berlalu pergi. Sekali lagi namanya dipanggil tetapi Younghoon berpura-pura tidak mendengari setiap satu pun dari mereka. Rimas, rimas untuk merasakan diri sendiri tidak bebas seperti yang lain.
"Huhhh..... Dugaan, dugaan", keluh Younghoon berat sambil memasangkan earpod di sebelah telinga kirinya lalu menyambung perjalanan menuju entah kemana, dia pun tak pasti. Sebaik sahaja punat music play mahu ditekan, ada seseorang menelefonnya. Younghoon hampir-hampir melepaskan phonenya, terkejut ibunya sendiri yang telefon. Pantas panggilan dijawab tanpa berfikir panjang.
"Annyeong, omma... Kenapa tiba-tiba call Younghoon, terkejut tau nasib tak terlepas phone ni tadi", ujar Younghoon ditengah-tengah hallway sekolah.
Madam Jungna tergelak kecil mendengarkan rungutan anaknya yang disayangi itu, lebih dari Younghee. "Ouhh mianhae call Younghoon time macam ni. Actually, omma nak Younghoon balik awal harini boleh kan?", soal Madam Jungna dibalik talian. Younghoon berfikir sejenak, takut-takut dia ada perancangan dengan rakannya kelak. Madam Jungna hanya menunggu jawapan dari Younghoon.
"Not sure la omma, kenapa eh? Ada benda penting yang mustahak ke?", soal Younghoon pula.
"Omma nak raikan kedatangan president omma malam ni untuk dinner. So Younghoon kenalah ada, anak kesayangan omma kan", balas Madam Jungna dengan jelas. Younghoon hanya mengiyakan saja. "So Younghoon kena balik awal tau sebab nak prepare. Jangan lambat.. Bye", Madam Jungna mematikan talian sebaik saja ucapan terakhir diucapkan. Younghoon lantas berfikir sejenak, 'Younghee akan ada ke tak untuk malam ni?'. Memikirkan tentang Younghee, Younghoon terus menghubungi adiknya pula sambil melangkah menuju ke kelas Younghee.
"Yah, nampak Younghee tak?", soal Younghoon pada salah seorang classmate Younghee sebaik saja sampai di kelas adiknya itu. Dia tidak menjawab sebaliknya cuba untuk mengendahkan pertanyaan Younghoon itu. "Cis, pekak ke?", sambung Younghoon. Lantas, si dia menoleh ke arah Younghoon lalu menjawab, "Dia ada kat library jalankan hukuman dia. Puas?". Younghoon terdiam sejenak, 'Younghee kena hukuman? For what?', bisik hatinya. Kemudian, terus Younghoon bergegas ke library mendapatkan adiknya.
++++++++++
Younghee berganjak mengambil tempat yang sesuai untuk dia berehat. Mengenangkan keadaan kakinya yang sedang kesakitan, Younghee melupakan saja niatnya untuk memanjat mini stairs itu semula. Biarlah buku yang disusun itu hanya setakat yang mampu saja. Sedang leka bersandar pada rak buku yang tinggi itu, seseorang menepuk bahunya perlahan. Tersentak Younghee lalu memalingkan kepalanya kebelakang bagi melihat gerangan empunya tepukan tadi. Ternyata abangnya, Younghoon.
"Yah... Macam mana boleh tahu Younghee ada kat sini?", soal Younghee hairan. Younghoon tidak menjawab bahkan mengambil tempat disebelah Younghee. "Ingat oppa ni lembab sangat ke tak reti nak tanya orang lain?", balas Younghoon padat. Younghee hanya mencebik lalu memandang semula ke hadapan. "Lama lagi ke nak balik?", tanya Younghoon kepada adiknya. Younghee hanya mengangguk lalu ditunding jarinya pada buku-buku yang bertimbun di belakang rak.
YOU ARE READING
⟳Diary 180 : jichangmin
Fanfiction"Once aku dah turun, hadaplah aku selagi mana aku still disini" "When a diary connecting on us....." ﹏❣𝓯 𝓲 𝓮 𝔂 ﹏✍ present, ᴀ ᴊɪ ᴄʜᴀɴɢᴍɪɴ ꜰᴀɴꜰɪᴄᴛɪᴏɴ ²⁰¹⁹ -dec15th2019