::-chap 8-::

111 18 10
                                    

Kim Younghee's

Aku menutup buku teks geografi yang tebal itu lalu memasukkannya ke dalam laci. Segala alat tulis juga aku simpan kembali ke dalam bekas pensel.

Waktu persekolahan dah pun tamat usai Mr. Jun yakni guru kelas A-1 mengarahkan kami untuk mengemas kelas sebelum pulang. Ya rutin setiap kali habis waktu sekolah, risaunya nanti kelas kotor pula nak belajar esok hari.

Kebersihan tu kan penting.

Aku mula untuk bangun dari tempat duduk dan beredar pulang, tapi orang disebelah aku ni dia masih tidur. Nak kata penat kemas kelas, takda la pulak sampai berpeluh bermegah.

Changmin kelihatan enak dibuai mimpi. Mungkin jenis yang cepat tertidur. Untungnya kau lahai.

Sebenarnya aku bingung. Nak kejut dia atau tak. Kalau kejut nanti takutnya mengganggu. Kalau tak kejut nanti takkan sorang-sorang tinggal dia dalam kelas. Semua orang dah mula beredar meninggalkan kami berdua sahaja.

Atau perlu aku tunggu sampai dia bangun?

Jam ditangan aku tilik sebentar.

Baru pukul 4.00 petang. Hmm masih awal rasanya? Kemudian pandangan didaratkan kembali pada Changmin.

"Rasanya aku kena teman kau la ni sampai bangun", ujar aku perlahan lalu duduk kembali dan mengeluarkan buku teks geografi dari laci bawah meja.

Siapkan awal-awal ni senang nanti tak payah susah-susah nak bawak balik buku latihan ke rumah.

Easy!

Setiap soalan dijawab dengan tekun dan rapi. Nota tambahan pada sticky note yang terlekat di dalam buku teks itu juga aku rujuk dengan teliti.

Sedang khusyuk aku menulis jawapannya di dalam buku latihan itu, tanpa sedar siku aku dah mencecah ruang meja Changmin dan terlanggar tangannya.

Pantas aku menarik semula dan memandang Changmin yang dah mula bergerak-gerak.

Oppsie.

Aku terbangunkan dia ke?

Changmin mengangkat kepalanya perlahan dengan raut wajah yang mamai dan memandang keliling. Aduh comel la pulak!

Kemudian anak matanya mendarat ke aku. Dia agak terkejut sedikit.

Hmm orang baru bangun tidur memang macam ni ke?

"Urmm mana semua orang?", soalnya sambil menggosok kedua mata perlahan.

"Dah balik. Kan dah habis waktu sekolah", jelas aku ringkas.

Aku pun tak pasti dari mana datangnya keberanian nak bercakap dengan dia. Hatta dengan orang lain pun aku berdiam diri. Tapi dengan Changmin, aku rasa macam berminat untuk ajak berborak.

"Ahh ye ke? Okey", dia mengangguk faham dan melihat pula kerja geografi yang aku tengah siapkan.

"Buat kerja tak ajak eh. Sampai hati betul"

"Dah tido. Tak nak kejut", balas aku selamba. Dia ni jenis easy going ke? Tadi pun awal-awal bagi lollipop, sekarang bergurau pulak. Dia, memang betul-betul lain dari yang lain.

⟳Diary 180 : jichangminWhere stories live. Discover now