Changmin tercengang mendengarkan perkara yang diucapkan Master.
'Turun ke bumi? Kidding meh?'
"Ahh nae Master... Saya gerak dulu eh.. Terima kasih", ujar Changmin lalu mahu meninggalkan bilik Master. Sempat tangannya mengambil sehelai kertas yang merupakan suatu kelayakan buatnya untuk turun ke bumi serta diary biru langit. Semua petugas disitu tidak dibenarkan turun calang-calang. Perlu mendapatkan kelulusan Master terlebih dahulu atau tidak, padahlah kena nanti.
Changmin mengusap belakang lehernya seraya melihat kelulusan itu sepanjang perjalanannya menuju ke official office.
'Boleh gila aku gini haduhh', getus hatinya.
Sunwoo yang melepak di kaki lima hallway itu memandang Changmin dari jauh. Dia mengambil kesempatan ini untuk mengusik Changmin, dah memandangkan seharian asyik bekerja sahaja. Lantas langkah diaturkan secara senyap lalu kertas kelulusan itu ditarik Sunwoo dari belakang. Changmin segera menoleh ke belakang memandang angkara siapa yang menarik kelulusan itu.
"Yahh Kim Sunwoo", marah Changmin. Nadanya tidaklah terlalu tinggi tetapi masih kedengaran dalam intonasi yang keras.
Sunwoo hanya menghiraukan lalu membaca kelulusan tersebut. Membuntang matanya membaca setiap apa yang tertulis di atasnya. Lantas matanya terus memandang ke arah Changmin, "Seriouslah wehh!!?". Changmin hanya mengangguk tanpa berkata banyak.
Tak lama selepas itu, Sunwoo melompat-lompat seperti kera mendapat bunga. Changmin yang dapat turun ke bumi, kenapa Sunwoo pula nak seronok? Tak rindukan member ke nanti, ke suka berjauh?
"Kau dah kenapa beria sangat ni? Suka la tu aku takde en...", teka Changmin lalu merampas semula kelulusan itu dari tangan Sunwoo. Kang kalau terkoyak, habis.
"Bukan suka sebab kau takde lah... Ye la aku seronok sebab nanti mesti kau dapat jumpa jawapan untuk mimpi kau nanti en.. Kau kan selalu cerita kat aku", terang Sunwoo lebar.
Changmin terdiam sejenak, 'Betul jugak kata Sunwoo ni. Mungkin ini petanda aku boleh selesaikan dan bantu gadis yang selalu muncul dalam mimpi aku tu'. Sunwoo disebelah memaut bahu Changmin, "Nahhh jangan fikir sangat. Aku harap kau akan okey after this. Fighting!"
Dia seakan-akan mengerti sahaja mengapa Master mahu dirinya turun ke bumi, mungkin ini salah satu puncanya. Siapa tahu bukan?
++++++++++
Ji Changmin's
Aku menyandar pada kerusi megah aku. Agak-agak kalau aku turun bumi nanti, kat mana eh aku akan start? Tengah jalan raya? Aishh tak mungkin. Lombong? Uishh lagi tak mungkin. Dalam hutan? Yaaahh tu lagi lag gila tak mungkin. Hummphh. Murung ah gini.
Ji Changmin, heyhhh cubalah anda berfikiran logik sikit. Takkan gamak Master nak campak kau kat tempat-tempat macam tu en, kau kan angel gituu. Aishh dahlah stop berdreaming, baik aku kemas segala barang kang nanti merempat kau takde baju nak pakai kat sana ha sudah, duduklah tepi jalan merempat.
Tanpa lengah, office pula aku tinggalkan lalu menuju ke bilik tidur yang terletak di blok sebelah. Semua baju-baju bercoat labuh semuanya dimasukkan ke dalam bagasi. Well aku memang itu pakaian aku kat sini, semuanya coat labuh cuma warna je lain. Jarang lah nak ada coat singkat.
Secara tiba-tiba, kepalaku terasa agak pening. Ah sudah kenapa pulak ni? Nak sakit pun janganlah sekarang iihh jahatlah bakteria ni. Aku memegang kepalaku kemas menahan sakit, jangan cakap aku kena terjun bangunan dah lah woi. Mataku sempat memandang ke arahsiling bilik lalu semuanya menjadi kelam.
YOU ARE READING
⟳Diary 180 : jichangmin
Fanfiction"Once aku dah turun, hadaplah aku selagi mana aku still disini" "When a diary connecting on us....." ﹏❣𝓯 𝓲 𝓮 𝔂 ﹏✍ present, ᴀ ᴊɪ ᴄʜᴀɴɢᴍɪɴ ꜰᴀɴꜰɪᴄᴛɪᴏɴ ²⁰¹⁹ -dec15th2019