"Once aku dah turun, hadaplah aku selagi mana aku still disini"
"When a diary connecting on us....."
﹏❣𝓯 𝓲 𝓮 𝔂 ﹏✍ present,
ᴀ ᴊɪ ᴄʜᴀɴɢᴍɪɴ ꜰᴀɴꜰɪᴄᴛɪᴏɴ ²⁰¹⁹
-dec15th2019
Changmin mengatur langkah sebaik mungkin menuju ke biliknya, yakni official officenya sendiri untuk menjalankan tugas seperti yang telah ditentukan, the diary angel. Coat putih selabuh hingga ke paras lutut itu ditepuk-tepuk perlahan bagi mengemaskan diri sebelum memasuki biliknya. Pintu bercorakkan ukiran buku-buku berterbangan selebar satu depa berpintu dua itu dikuak dari luar. Segaris senyuman manis diukir sedikit melihat kesemua diary manusia terapung beserta kelipan-kelipan disekelilingnya.
"Time to read their story...", ujarnya lalu menempuh satu per satu diary yang terapung itu lalu dibaca sekilas.
"Ramai yang broken pasal cinta je lately ni, haihh manusia laa manusia... Kenapa lah cepat sangat broken", katanya lagi sambil mengambil diary yang lain pula.
"This one... Let's see.....", Changmin menggapai sebuah diary disisi kanannya lalu dibuka pada page hari ini. "....Papa belikan basikal baru untuk aku, after this bolehlah pergi sekolah sendiri". Changmin tersenyum sedikit selepas membacanya. "Such a sweet daddy. I'm happy for you after this boleh berdikari", sambungnya lalu menutup semula dan membiarkan ianya terapung semula.
Langkahnya diteruskan lagi sehingga sampai dipenjuru kanan belakang ruang itu. Matanya tertancap pada sebuah diary berwarna biru langit yang lembut dan menarik perhatiannya. Diary tersebut tidaklah seperti diary yang lain, semuanya berada terapung dekat-dekat ditengah ruang, namun yang ini hanya terapung disini.
Changmin menggapai diary tersebut tanpa sangsi lalu kemas jari-jemarinya ligat membukanya untuk mula membaca kisah yang terjadi yang telah dicoretkan oleh si empunya pada hari ini. Matanya meneliti setiap satu perkataan yang tertulis disitu.
15/12/2019
Hi, we meet again my diary. Terasa macam hari-hari kau selalu menadahkan setiap helaian kosong untuk aku tintakan, betul? Harini, sekali lagi aku kena marah dengan omma sebab hampir-hampir terlanggar dia masa nak turun tangga tadi. Entahlah, walaupun aku dah minta maaf, tapi omma tetap perlakukan aku seperti selalu. Harini baju kesayangan aku yang appa Kyung bagi digunting teruk. Tu lah satu-satunya baju yang paling aku sayang antara yang lain. Dear diary, kenapa omma selalu bertindak kejam dengan aku? Ada something ke yang buatkan dia berdendam dengan aku.....?
Lantas, Changmin memandang ke arah langit biru melalui tingkap disebelah kanannya. Buku diary tersebut ditutup perlahan dan diletakkan disisi kiri paras paha. Dia menghela nafas berat seketika sambil matanya tertutup rapat, seperti menyampaikan sesuatu kepada si empunya diary yakni sebuah harapan. Diary tersebut berpindah kedudukan pula dekat dengan dadanya lalu dipeluk erat.
"I hope that you're okay and still can believe in me to give you hope... Stay survive", ujarnya lembut dengan penuh emosi syahdu. Baginya, tak pernah-pernah lagi dia menjumpai diary sebegini rupa, yang selalu disakiti oleh ibu kandung sendiri.
"Kenapa aku tak pernah perasan diary ni wujud selama ni? Kenapa aku terlepas pandang hanya satu-satu diary ni?", soal dirinya lalu melangkah keluar dari official office menuju ke rooftop, dibawa bersama diary biru langit itu. Hatinya ingin sekali mengetahui setiap bait cerita yang dicoretkan oleh si empunya. Ceritanya sangat menarik perhatian Changmin untuk diberikan sebetul-betulnya harapan. Bagi Changmin, diary tersebut merupakan sebuah diary yang sangat berbeza dari yang lain, mungkinkah dia telah menjumpai apa yang dicari sebelum ini? Sebuah diary yang bertuankan seorang gadis yang selalu disakiti, Kim Younghee.
++++++++++
Kim Younghee's
Aku memandang saem dihadapan yang khusyuk mengajar, menjalankan tanggungjawabnya dengan bersungguh-sungguh. Setiap apa yang diajarnya aku catit untuk tidak lupa dikemudian hari apa yang telah dipelajari. Setiap hari, mesti akan ada nota untuk ditulis dan dibaca. Aku berpegang pada janji diri sendiri untuk fokus dan study hard dalam pelajaran bagi membanggakan family. Itu janji aku walaupun aku selalu disakiti.
Sedang ligat tanganku mencatit apa yang dikatakan saem, tiba-tiba orang dihadapanku membaling segumpal kertas yang dironyokkan ke arah saem. Ronyokkan kertas itu terkena belakang saem sedang dia menulis sesuatu di papan hitam. Saem terus menoleh ke arah pelajarnya dengan riak yang agak bengis. Ronyokkan kertas yang selamat mendarat di tepi kakinya itu dipandang .
"Siapa yang baling tadi? Mengaku cepat!", soal saem dengan nada yang agak tinggi. Semua student hanya terdiam tidak bersuara. Saem masih menunggu jawapan dari kami semua dan riak wajahnya bengis persis singa. "Taknak ada sesiapa yang mengaku ke hah?", soalnya lagi.
Lantas, orang dihadapan aku bersuara, "Saem! Younghee yang baling!", terus jarinya ditunding ke arah aku. Aku tersentak akan tuduhan tersebut, wait what?! Aku yang baling? Takde masa lah aku saja-saja nak baling dekat saem. Saem sejurus mendengarkan itu, terus beralih matanya tepat ke arah aku, betul-betul tepat. Kesemuanya sekali beralih pandangan padaku.
"Sa-- saem, saya tak baling....."
"Kim Younghee! Sudah saya taknak dengar penjelasan dari awak. Kutip ni sekarang dan pergi kemas buku-buku di library sehingga malam nanti. Itu hukuman kamu, faham?", arah saem tanpa terus memberikan aku ruang untuk menjelaskan apa yang sebenarnya terjadi. Aku dituduh, ya dituduh seperti selalu.
"Nae saem..... Mianhae", aku bangun dari tempat duduk lalu mengutip ronyokkan kertas itu dan melangkah keluar dari kelas. Langkah diorakkan lagi ke library sekolah yang berada di tingkat atas sekali memandangkan library memerlukan tempat yang sunyi untuk students study. Ronyokkan kertas itu jua aku buang ke dalam tong sampah berdekatan.
Haihh... aku mengeluh berat dengan dugaan yang aku hadapi setiap hari, semuanya dipersalahkan ke aku. Jam di tangan ditilik sekilas, baru jam 3.30 petang. Lambat lagi lah nak balik dah memandangkan aku kena susun semua buku sampai malam menjelang. Kalau buku kat sini tak banyak takpe, ni dah berapa puluh ribu ada. RIP tangan aku nanti huhu.
Aku menunggu dihadapan pintu lif untuk dibuka. Tak lama kemudian, lif tiba di aras aku lalu pintunya dibuka. Pantas aku mengatur langkah memasuki kotak bergerak tersebut dan menekan punat aras 4 dimana terletaknya library disitu.
"Ting!", pintu lif dibuka menandakan aku sudah sampai di aras 4. Aku meneruskan langkah untuk ke library sekolah lalu menolak pintu bahagian kanan untuk masuk ke dalam. Mataku memandang segenap ruang buku-buku yang belum disusun, huhh banyak sangat ni. "Mampu ke aku buat sampai malam nanti? ", keluh aku kesal. Apa boleh buat, this is where you belong to... pain.
Aku cuba untuk mengosongkan minda lalu memulakan hukuman yang diberi. Satu persatu buku disusun mengikut code, aras yang tinggi dibiarkan dahulu sebentar kerana perlu memanjat mini stairs untuk menyusun buku di aras yang tinggi itu. Usai menyusun di bahagian aras bawah, mini stairs diletakkan menghadap rak yang tinggi itu. Sedikit demi sedikit buku diangkut sambil menaiki tangga. Namun nasib tak menyebelahi aku, aku tersadung sewaktu menaiki tangga lalu jatuh ke lantai.
"Bukkk!"
Habis buku-buku tadi terbuka. Aku mengusap kaki yang tersadung itu perlahan. Haihhh, malangnya hari aku harini.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.