Pagi esok

124 1 0
                                    

Pagi esok kena depart pukul 10 am, jadi biasanya aku akan tidur awal dah siap-siap malam ni. Inilah benda yang orang selalu buat tak endah. Tak jaga waktu tidur. Walaupun pattern sleep aku kelaut, sebab schedule flights lain-lain, sebolehnya memang aku akan cuba jaga juga waktu tidur.

Bila kau selalu tidur lewat, atau pun dah tidur, tapi tak cukup, kau memang akan mudah stress. Bila stress, mula lah muka kau berkerut, kepala kau pun sakit. Kami ni as cabin crews and frontliners of the airline, muka ni nak pakai lama. Kalau muka aku pun dah kedut-kedut, nampak penat dan cepat stress, kau rasa apa perasaan passengers bila onboard tengok muka ni? Jadi jangan tanya kenapa aku suka tidur, hahah!

Setelah sekian lama, baru merasa flight London. Ini sahaja flight ke eropah yang tinggal. Sejak 2006, banyak destinations yang dah tak buat, tambah pula sejak 2 kes yang paling menyedihkan dan tragis pada tahun 2014. Company downsizing banyak benda. Ramai staff yang kena outsource. Ada yang memang nak berhenti dengan rela hati, ada yang bertukar company, dan ada juga yang resign terus. Aku? Aku alhamdulillah, masih stay. Rezeki...

Ramai tak tahu, sebelum kami— cabin crews ini semua sambut passengers dengan senyuman paling manis ala-ala miss world (ecewahhh!) depan pintu kapal, macam-macam benda yang kami kena settle kan dahulu. Kalau flight pagi, maka pagi-pagi buta lagi aku kena berdandan. Lain airline company, lain cara grooming. Airline company aku strict bab grooming. Ada pattern yang khas. Kalau kau nak jadi stewardess yang fun, freestyle, be yourself, kau try lah AirAsia ke, Firefly ke. Dorang memang tak kisah macam mana kau nak present diri kau, tak ada la macam airline company aku ni..nak sanggul rambut pun ada specific style tau. Letop kau nyahh!

———————————————————————-

"KrinGgggggggggggg...!!!!"

Aduuhhh..bisinngnyaaa! Dah kena bangun kerrr....wuaaa... 

Tepat-tepat pukul 7 pagi aku start kereta. Pukul 7.45pagi ni aku dah kena sign in dekat office lepastu ada briefing. Fuhhh! Aku tak tahu lah kenapa, even fly hari-hari pun, tapi time briefing adalah part yang buat aku nervous. Lagi-lagi time awal-awal baru fly dulu. Habis kena soal macam-macam pasal safety. Dah la asyik-asyik muka aku je kena..taguner betul...

"Julia, Gina, and Syazlina main deck," tegas LS kami. Huhuhu. Ok boss..menurut perintah..

"I punya semua complete, you all cukup dah?" soal aku pada team aku yang lain. "I got," balas Gina. "I ada ni," jawab Syaz. "Ok onzzz, let's go on board!." Sengaja kami double check safety cards dengan passport masing-masing. Karang tertinggal, hanya mampu bye-bye je laa! Tak boleh fly!

Aku dengan teammates masing_masing dah start checking every single safety equipment, reporting, then continue checking all the amenities macam selimut, bantal and toilet sekali semua lah. Biasalah, long haul flight, jadi banyaklah nak kena check. Yang stewards semua dekat galley, prep meals.

"Hi...Welcome on board.."

"Hi...Welcome on board.."

"Good morning Sir.."

"Hi...How are you.."

"Hi..welcome..."

"Hi..."

"Hello.."

"Good morning.."

"Welcome on board..."

.................

Nak kejang dah bibir aku senyum and welcoming passengers dari tadi...Macam-macam gaya passengers balas. Ada yang balas balik, ada yang buat tak tahu, tak pandang pun ada, (the hell?? senyuman aku mengancam gila kot?) and ada jugak passenger yang greet kita dahulu. Ni selalunya Mat saleh la..

"Hi, Madam may I know your seat number?" tanya aku pada seorang passenger perempuan yang berumur dalam lingkungan 40-an ni. Dari tadi dia berdiri dan mata kepala tercari-cari seat, habis semua orang belakang dia tersekat menunggu. Congested lah kan.

"I know mine," balas aunty ni dingin. Hek elehhh...aku tanya je? Dia ingat dia cari seat dalam airbus ni senang macam cari tempat dalam kelas kot...Orang nak tanya sebab nak mudahkan dia pergi ke side mana.

Selepas sudah menyala seat belts sign off, kami pun bangun nak ambil juices and peanuts which already loaded by LS and stewards di galley. Aku pun sorong la trolley tu dengan lenggang-lenggoknya (padahal dalam hati Tuhan je lah tahu..), nak terpeleot kadang-kadang bila plane ada significant movement. Apabila habis, round, collect, ready for second meals dan sambung buat kerja-kerja yang lain..

Alhamdulillah, we almost reach the destination bebeh! 

Untill...


"Uwekkkk..."

"Bweekkkk.."

"Bwekkkkk."

 Ah sudah..ada passenger mabuk ke ni? 

Aku pun pergi la ke arah suara empunya badan yang muntah-muntah tadi. Ada muntah terkena pada baju empunya diri dan ada satu tompok cecair putih macam nasi pada seat, betul-betul pada celah kangkang dia..


"Cik, cik pergi toilet dulu ya? Cik boleh tukar baju sekali," cadang aku setelah menengokkan dia dah sedikit tenang. Ni mesti kes tak sempat throw dalam barf bag ni. Aku pun cucilah seat tu dan bawa dia tukar tempat ke seat yang lain. 


"How do you feel now, sir?"(errr..'sir'? lantaklah..aku pun dah confused nak panggil apa ni..) tanya aku selepas dia balik dari toilet. "Better.." balasnya lemah. "Alright sir, let me know if you need anything, ya?" balas aku sambil tersenyum manis kepadanya. Dia tidak menidakkan pun kan aku panggil dia 'sir'? Okay lah tu...


"Ermm miss Julia," panggil dia sambil menolehkan kepala ke belakang.

Eh, macam mana dia tahu nama aku ??? 

Ohhh ok,ok, aku kan pakai name tag..lupa ke Julia? 

"Yes, sir,?" balas aku lembut.

"Thank you.." tepat bola matanya memandang mataku.

Aduhhh..bertenang Julia..Ini bukan first time passenger say thank you kan? kan? Apa kau nak berbunga sangat ni? Lagipun dia bukan VVIP ke, selebriti ke..Calm down Julia...muka kena maintain!

Aku hanya tersenyum dan berlalu ke galley semula.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 12, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TAHUWhere stories live. Discover now