🌹TPBM 2🌹

1.3K 42 4
                                    

"Dik, dah makan belum? "
Soal Zhulaiqa Amana kepada adiknya yang duduk termangu di bawah pohon yang sedang lebat merendang.
Ketika itu adalah waktu rehat.

Zhulaiqa Amana berada di darjah 3 manakala adiknya, Zhaliqa Amani berada pada tahap 1.

"Belum kak. Adik tak rasa lapar. " Bohong Zhaliqa Amani bersama gelengan lemah di kepalanya.

"Adik tak boleh macamni nanti mak tau adik tak makan macam mana. Kakak tak nak mak marah. Mak sakit, dik. Kalau adik tak nak makan banyak makan lah sikit. " pujuk Zhulaiqa Amani lembut sambil mengusap lembut kepala adiknya.

"Adik nak kakak suapkan. "
Pinta Zhaliqa Amani manja sambil tersengih menampakkan giginya yang tinggal satu di depan.

"Okay kakak suapkan eh. Cepat buka mulut. "
Zhulaiqa Amana menyuapkan nasi dan telur goreng yang dibekalkan oleh emak mereka, Puan Latifah.

"Kak, kenapa kita hari hari makan telur? Adik tengok kawan kawan adik semua makan ayam, ikan, makan sedap sedap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kak, kenapa kita hari hari makan telur? Adik tengok kawan kawan adik semua makan ayam, ikan, makan sedap sedap. Adik malu kawan kawan adik ketawakan adik. Dorang kata adik 'budak telur'. "
Luah Zhaliqa Amani sambil memuncungkan mulutnya lalu menekup muka menggunakan kedua belah tangannya. Menahan tangisan.

Zhulaiqa Amana terdiam sejenak.
Sayu menampar dinding hati nya.
Terasa bahang menggelodak dalam jiwa.

"Adik, dah. Jangan peduli apa orang kata. Satu hari nanti kakak janji pada adik. Kakak akan jaga keluarga kita dan kakak akan bahagiakan mak dengan adik. Sekarang adik kena bersabar tau. Belajar rajin rajin. Biar orang nak kata apa dik. Yang penting kita tak mintak duit tak mintak beras orang. Faham? " tutur Zhulaiqa Amana lembut dan tegas.

"Adik sayang kakak."
Zhaliqa Amani mendakap erat tubuh kakak kesayangannya.

Kringggg! Kringgg!
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah pun tamat.

"Iqa, kenapa kasut kau berlubang? Kau bela apa dalam kasut kau tu. Oh bela tikus eh. " segenap ruang di dalam kelas bergema dengan gelak tawa yang terhambur.

"Kau nak apa, Syikin? Apa yang kau tak puas hati dengan aku haa! ?" jerkah Zhulaiqa Amana sambil membuntangkan matanya.

Semua senyap seketika.
Dan memandang satu sama lain. Benar, kesabaran Zhulaiqa Amana sudah tidak dapat dibendung lagi. Benar, kesabarannya selama ini sudah tidak mampu tertanggung lagi.

"Kalau kau tak puas hati dengan aku. Kalau kau tak suka tengok aku. Aku tak kisah. Tapi jangan sampai hina aku macam ni sekali! Jangan kau ingat kau anak orang kaya kau boleh suka suka menghina aku sesuka hati kau. Biarpun aku tak kaya macam kau tapi aku tak pernah kacau hidup orang lain. Kau kena ingat bila bila masa Allah boleh tarik semua yang kau ada. Jangan terlalu mendongak pada langit sehingga kau lupa tanah yang berada di bawah kaki kau sekarang! "
Tegas Zhulaiqa Amana sambil menghentak kuat meja.
Sakit yang dirasakan pada tapak tangan tidak dapat menandingi sakit yang merajai tunggak hati nya saat itu.

Zhulaiqa Amana adalah kanak kanak yang bijak dan pintar.
Seringkali ketika menjalani peperiksaan pasti dia berjaya mendapat tempat pertama dan di setiap aktiviti sekolah pasti tersenarai namanya di setiap acara pertandingan atau wakil sekolah. Oleh kerana itu ramai guru menyayangi dan menyenangi nya.
Bahkan ada yang sanggup mengambilnya sebagai anak angkat. Namun ditolak olehnya secara baik. Dan kerana itu juga tidak hairan lah ramai pelajar yang iri hati terhadapnya.

"Berdiri semua! Assalammualaikum cikgu. " ucap Umar Zhariff dengan tegas dan lantang. Layak sekali sebagai ketua kelas dengan keperibadian yang dimilikinya. Berkulit putih kemerahan, mata yang agak bundar dan hidung elok terletak serta berambut sedikit ikal membuatkan ramai pelajar perempuan berebut ingin mencuri hati nya meskipun baru seawal 9 tahun.

"Waalaikumsalam. Duduk semua. Baiklah hari ni cikgu nak kamu semua buka muka surat empat belas. Dan tajuk kita pada hari ini ialah "keluargaku kesayanganku ", cikgu nak semua baca serentak dari perenggan satu hingga tiga. "

Semua yang berada di kelas 3 Anggerik tekun membaca. Ada yang bersuara lantang dan nyaring. Ada yang bersuara separuh berbisik dan tidak kurang juga ada yang sekadar menggerakkan bibir sekadar cukup syarat.

"Baiklah cikgu nak tanya siapa antara kamu yang masih ada ibu dan bapa? Sila angkat tangan."

Ramai pelajar mengangkat tangan. Hanya satu dua tiga dan empat pelajar yang berdiam sambil terpinga pinga kebingungan. Ada riak sendu terukir pada wajah masing masing.

"Aina, Najwa, kamal dan Zhulaiqa. Cikgu nak kamu semua datang ke depan. "

Keempat empat pelajar mengorak langkah perlahan menuju ke depan kelas.

"Hahahahhahaha hahahhahahah!
Seluruh kelas sekali lagi bergema ketawa melihat kasut yang digunakan Zhulaiqa Amana tertinggal tapaknya di atas lantai.

Dengan pantas Zhulaiqa Amana berlari mengutip tapak kasutnya lalu segera berlari keluar dari pintu kelas. Sempat dicapai beg galasnya yang koyak sedikit pada permukaan atas berhampiran zip.

"Diam!!! "
Cikgu Fazura menghempas kuat rotan yang berada di tangannya sambil menjegilkan mata pada kesemua pelajar di dalam kelas.
Semua terdiam dan menikus dan tertunduk memandang lantai.
Ada yang menutup mulut menyambung tawa dalam diam.
Ada yang pura pura tidur berlapikkan lengan di meja.

Cikgu Fazura yang berusia 25 tahun mengajar subjek bahasa melayu baru sahaja 2 bulan mengajar di sekolah itu. Orangnya tinggi lampai. Manis berlesung pipit di pipi kanan. Bertahi lalat di pipi kiri. Berkening sedikit lebat jelas sekali wajah melayu asli nya.

"Zhariff, kamu jaga kelas. Kalau ada yang buat bising tulis nama. Cikgu nak keluar sebentar. "
Arah Cikgu Fazura tegas sambil berlalu pergi dan menjinjing kemas beg tangan rona hitamnya.

"Mak, kenapa hidup kita susah mak. Kenapa Allah buat kita macam ni mak. Allah tak sayang kita ke mak. Kakak malu mak. Kakak malu. Kakak tak nak pergi sekolah lagi. Kenapa Allah tak adil. Kakak tak suka! "
Tangisan Zhulaiqa Amana semakin kuat dan sukar untuk dikawal. Terhinggut hinggut bahunya bersama juraian airmata yang mengalir deras membasahi pipi dan tudung sekolahnya.

Tok! Tok!

"Zhulaiqa, keluar sayang. Cikgu tau kamu ada kat dalam. Kita borak borak jom. "Pujuk Cikgu Fazura lembut dan sayu. Seakan mengerti perasaan yang menhentak jiwa anak murid kesayangannya itu.

Senyap.

"Jangan macamni sayang. Cikgu sayang kamu. Ramai lagi yang sayang kamu. Keluar ye. Tak elok lama lama dalam tandas. Kamu tahu kan siapa yang suka berada dalam tandas selain manusia? "

Tidak semena mena pintu tandas dikuak perlahan. Terjegul wajah sugul bersama mata yang merah menyala dek kerana tangisan lebat sebentar tadi.

"Dah dah. Jangan menangis. Jom kita duduk dekat taman sekejap."
Cikgu Fazura mendakap penuh kasih dan memimpin lenbut tangan milik Zhulaiqa Amana.

Hanya anggukan lesu diberikan.

Bersambung... 🌹

Tak Pernah Berhenti Mencintaimu(completed🌹)Where stories live. Discover now