🌹TPBM 14🌹

788 30 4
                                    

Qhalish Hayqal POV

Nenek, kenapa mama tak tinggal sini dengan kita? Ayish jeles la tengok kawan kawan Ayish ada mama, ada papa. Sedangkan Ayish... Hmmmm. "
Luah hati anak kecil itu sambil mengesat mata. Mungkin baru saja lepas menangis.

"Nenek masak apa hari ni? wahh sedapnya bau. "Sambung Qhalish Hayqal semula kembali bersuara.

Pakaian uniform sekolah dibuka satu persatu. Yang tinggal hanya seluar pendek berwarna kuning. Ada gambar kartun upin ipin menghiasi corak seluar pendeknya.

Uniform sekolah yang telah digunakan diletakkan di dalam bakul hitam yang terletak di tepi kamar beradu nya.

Meski pun baru berusia 6 tahun, kelas Pra Persekolahan, Namun Qhalish Hayqal sudah pandai berdikari. Ini semua kerana didikan yang diberikan Nek Uteh yang telah pun ditekan sedari awal oleh mamanya, Zhulaiqa Amani agar menjadi anak yang pandai dan tahu berdikari. Dan kerana itu, kadang kadang pemikiran anak kecil itu seperti pemikiran orang dewasa.

"jangan cakap macamtu, cu. Mama Ayish bukan suka suka nak duduk jauh dari Ayish. Tapi mama ada kerja dekat sana. Mama nak bawak Ayish duk sana tapi tak ada siapa yang tengokkan Ayish kalau dia sibuk. Kerja dia bukan sedikit nak. Kadang tak kira masa. Mama ada cakap dekat nenek nak bawak nenek sekali duduk sana tapi, Bukan nenek tak nak. nenek lebih suka duduk di kampung. Boleh tengok tengokkan ayam itik. Lagipun nenek sayang nak tinggalkan rumah pusaka peninggalan arwah atok."
terang Mak Uteh panjang lebar. Dia yakin cucu nya pasti dapat memahami setiap bait yang dibicarakan.

Diusap penuh mesra dan kasih rambut cucu kesayangannya itu.
Satu satu cucu yang dia ada.

Setelah 2 tahun perkahwinan dengan arwah suaminya, Pak Daud, Mak Uteh disahkan mandul. Biarpun gagal memberikan zuriat namun itu tidak lah menjadi suatu halangan bagi Pak Daud untuk setia menyemai kasih bersama isteri tercinta sehinggalah ke akhir hayat menjemputnya setelah terlibat dalam satu nahas jalan raya.

Sejak itu bermulalah hidup Mak uteh sebagai balu kematian suami pada usia seawal 30an dan sehingga kini Pak Daud tiada galang ganti.
Hanya nama nya kekal bersemadi di hati.

"Dah jangan sedih sedih ye sayang nenek. Kita makan dulu. Ni nenek ada masakkan gulai ketam kesukaan Alish dengan tumis sayur petola. Sedap ni. Nenek yakin seratus peratus darham cucu nenek sorang ni pasti bertambah nasi kejap lagi. Hehehe. "usik Mak Uteh tersengih menampakkan gigi batunya yang selari.

"Yeayyy! nenek masak gulai ketam kesukaan Ayish."
Lompat Qhalish Hayqal girang sambil mengambil tempat disisi neneknya di atas kerusi.

Mak Uteh hanya tersenyum mekar melihat tingkah laku cucu kesayangannya.

****************************************

"Syakira, awak tolong tengokkan restoran dan semua pekerja. Saya nak balik kejap. Petang nanti dalam pukul 3 atau 4 saya datang sini semula. Kalau ada apa apa call saya. " Tegas Zhulaiqa Amana sambil mengenakan cermin mata coklat jenama Dior dan kemudian melangkah kaki menuju ke ruang parking.

Beep.

Notification whatsapp berbunyi menandakan ada chat masuk.
Segera dibuka dan dibaca siapa gerangan yang menghantar.

Zara
: Assalammualaikum. Iqa, marah lagi ke? Aku minta maaf. 😟😔aku betul betul tak da niat nak buat macamtu semalam. Maafkan aku eh. Pleaseee😞😞😞

Zhulaiqa Amana meneruskan langkahnya sambil menguntum senyuman. entah mengapa hatinya terasa berbunga. Mungkin kerana dia mengharapkan agar sahabatnya menegur dahulu.

Sebaik saja melangkah masuk ke dalam kereta bezza putih miliknya, Zhulaiqa Amana menghidupkan enjin. Sambil itu dibelek semula handphone dan mencari aplikasi whatsapp untuk membalas chat sahabatnya yang membuatkan hatinya bergelora malam semalam.

: waalaikumussalam, Zara.Tak pe la.😉 Dah la jangan fikirkan lagi pasal tu okay. 😜 kau dah makan? Aku baru je nak drive balik rumah nak mandi n rehat kejap. "

Butang sent ditekan.
Terasa lega menyinggahi pangkal hatinya.

****************************************

Azzara POV

"Makan apa lunch tadi? "tanya Azzara ramah sambil melemparkan senyuman manisnya buat Hani yang tampak girang memasuki butik. Waktu rehatnya telah habis.

"Nasi kerabu ayam je boss. Hihi. Boss dah makan? "Soal Hani semula bersama senyuman yang tak lekang dari bibirnya.
Plastik merah di tangan lekas2 di simpan ke dalam handbag rona merah jambu yang digunakan.

"Sedapnya. Belum lagi. Cadang nak makan kat luar kejap lagi. Haa alang alang awak dah ada kat sini. Kejap lagi saya nak keluar makan then kalau saya tak datang sampai petang ni means saya memang tak datang la tu. Awak tolong jagakan butik k. Apa apa call je saya k. " usul Azzara sambil mengemas fail dan buku buku yang sedikit berselerak di atas meja kerjanya.

"Err. Baiklah bos. Eh bos. Eh tak da pape. Hihihi. " Hani cepat cepat mengubah topik.

" haa ada apa Hani? "Apa yang awak nak cakap? " Soal Azzara lembut, di tatap mata gadis kecil molek yang comel berkebaya merah di hadapannya. Rambut ikal mayang dilepaskan menambahkan kecomelan empunya diri.

"Er.. Saya. Eh tak. Saya nak. Nak bagi ni. Nah, untuk boss. "
Balas Hani sambil tersipu malu sambil mengeluarkan plastik merah dan menyerahkan kepada Azzara yang masih berdiri tegak memerhatikan gelagatnya.

"Apa ni? Ishh susah susah je awak ni Hani. "
Azzara tersenyum mesra. Tidak menyangka akan mendapat hadiah dari pekerja yang sering dimarahinya. Namun dia memarahi bukan kerana suka suka. Tapi untuk mendidik pekerjanya supaya menjadi pekerja yang berdedikasi dan amanah dalam setiap kerja yang diberikan.

"Bukalah boss. Heee. "Tersengih Hani menahan malu namun dia harus memberanikan diri.
Cadangnya akan memberi hadiah itu setelah bossnya balik kerja petang nanti. Tetapi memandangkan bossnya mengatakan untuk balik sekejap sebentar lagi, maka lebih baik diberi seawal ini fikirnya.

"Wahh. Ferrero Rocher! Macam tau tau je saya suka coklat ni.
Thanks,Hani. "Ujarnya sambil tersenyum manis. Eh ni kad apa pulak Hani?

Soal Azzara kembali sambil menatap lama pada muka hadapan kad yang berbentuk hati itu.

"Err.. Bos. Bosss. Ja.. Jangan baca sekarang. Dah sampai rumah nanti baru boss boleh baca. " pinta Hani sambil menunjukkan isyarat tangan sebagai tanda rayuan.
Ada mimik gelisah pada raut wajahnya.
'TIDAK!!!! JANGAN BOSS! '
jeritnya di dalam hati.

Bersambung... 🌹

P/s: amboii Azzara! Dapat coklat nampak. Yummy😆😋

Tak Pernah Berhenti Mencintaimu(completed🌹)Where stories live. Discover now