🌹TPBM 21🌹

754 25 7
                                    

" Iqa,  tunggu la kejap. "
Teriak pemuda berkemeja biru muda lengan panjang yang dilipat kemas sehingga ke siku sambil menarik keras tangan Zhulaiqa Amana.

” Sakitlah!  Lepaskan saya. Awak nak apa lagi,  Zhariff? Apa lagi yang awak tak puas hati??? ” soal Zhulaiqa Amana geram.
Terasa bahang menyimbah airmuka nya.
Tidak cukup bahang yang dihasilkan oleh cuaca panas terik tengah hari itu,  ditambah bahang pula yang dihadapnya kini.

" Saya nak ajak awak rujuk semula.  Setidaknya fikir tentang Qhalish. Fikir masa depan dia.  Awak tak kesian ke dekat anak kita. Saya masih cintakan awak,  Zhulaiqa.  Saya tak boleh lupakan awak.  Saya tak boleh. Please.  ” pujuk Umar Zhariff bersungguh sambil melepaskan tangannya. Dia sedar dia sudah berlaku kasar sebentar tadi.  Namun bukan atas kemahuan dirinya.

"Maafkan saya,  Zhariff.  Saya tak boleh. Hati saya dah mati untuk awak.  Kalau pun saya terima awak balik tanpa sekelumit pun rasa cinta dan sayang,  ia akan lebih mengeruhkan keadaan.  Saya tak nak jadi isteri nusyuz. Awak cari lah perempuan lain yang jauh lebih baik dari saya.  Tentang Qhalish,  jangan risau.  Tahu lah saya menjaganya.  Tentang masa depan dia, rasanya tiada apa yang perlu dirisaukan, saya dah sediakan segala keperluan tanpa harus membebankan ayah dia. " perli Zhulaiqa Amana sambil mengorak langkah menuju ke dalam pintu mall.
Tidak dipandang sedikitpun wajah bekas suaminya yang terkulat kulat memandang dirinya.

Dia sedar.   Dia gagal memberi nafkah buat anaknya.  Dia sedar akan kekhilafan nya.  Namun dia benar benar ingin berubah.  Benar benar mahukan keluarga kecilnya bersatu semula. Namun adakah semua itu akan kembali setelah hati wanita yang sangat dicintai suatu ketika dahulu terluka penuh derita.  Kejam sungguh dirinya memalitkan noda hitam pada bekas isterinya,  Zhulaiqa Amana.

" abang janji tau,  jangan tinggalkan Iqa. Iqa sayang abang sangat sangat. Iqa nak abang tahu cinta Iqa hanya untuk abang. " tutur Zhulaiqa Amana lembut sambil mengusap perutnya yang sudahpun memasuki usia 6 bulan.

" ye sayang.  Abang janji.  Mana mungkin abang sanggup tinggalkan isteri abang tercinta.  Cinta  sayang buat abang hari hari tersenyum bahagia.  Abang nak jaga sayang sampai akhir hayat kita,  sampai ke syurga. "

Tidak semena,  air jernih mulai menitik pada tabir mata Umar Zhariff tatkala teringat kenangan empat tahun yang lalu.
Kesal yang tiada berpenghujung menghantui dirinya.
Benar,  semasa ada hargai sebaiknya.
Kalau sudah tiada,  menyesal sejuta kali pun tidak berguna.

*****************************************************************

Azzara POV

" Hani,  sini kejap.  " pinta Azzara tegas sambil membuka helaian fail. Tenang sahaja wajah Azzara pagi itu.

" erm.  Aa..  Aaaa...  ada apa boss? "
Soal Hani tersekat sekat. Comel dengan kurung moden rona keemasan.

" Tolong buatkan saya horlick panas.  Bole? ” pinta Azzara sambil membuka laptop kerjanya.

"Bole.  kejap ye boss. " angguk Hani sambil laju berjalan menuju ke pantry yang disediakan.

Pintu butik dibuka,  masuk seorang wanita awal 40an tersenyum  sambil berjalan lenggang lenggok.  Badannya begitu ramping seperti kerengga,  sanggul tinggi dililitkan bersama sekuntum mawar merah,  berkebaya ungu muda. Terbenam tahi lalat sebesar ibu jari pada pipi kanan.  Bibir merah menyala dan berkasut tumit tinggi. Matanya meliar memandang ke sana ke mari. 

" ye .  Boleh saya bantu? Cik nak cari apa? Baju, skirt, tudung,  semua ada. Cik boleh belek belek dulu mana yang berkenan bagitahu saya kita boleh runding harga.  Setiap barang yang melebihi  rm50, ada diskaun istimewa yang saya akan berikan.  " soal dan terang Azzara lembut dengan penuh berpengalaman.

"Ermm...  Saya nak tengok tudung dekat sana dulu. Kalau okay baru saya beli.  Ketepi sikit.   " usul Wanita itu hampir sahaja terpijak sneaker merah jambu yang digunakan Azzara. 

Azzara lebih selesa menggunakan sneaker atau selipar biasa berbanding kasut tumit tinggi atau yang sewaktu dengannya.
Baginya keselesaan diri harus juga dititik beratkan.
Melainkan acara atau majlis yang mengharuskan penggunakan kasut seperti itu,  barulah dia akan menggunakan.
Itu pun dengan muka yang terpaksa.

”opsss! " ejek wanita tonggek itu semula sambil menjeling tajam.

Berlagak!

" Boss,  air dah siap.  Saya letak atas meja eh. "
Nyaring sekali suara Hani yang datang dari arah pantry,  membuatkan wanita berlagak itu mengangkat muka lalu memandang sejenak pada Azzara. Tiba tiba disapa perasaan malu yang tak terkata.


Malu? 
Hah tau pun malu. 
Orang berbudi kita berbahasa. 
Jangan berlagak tak kira masa.
Nanti ketemu binasa. 
Kita semua manusia biasa.

Azzara hanya tersenyum manis. 
Berpeluk tubuh sambil menahan tawa.
Terasa lucu menggeletek dinding hatinya akan peristiwa petang itu.

' haishhh sabo jela. ' kata Azzara di dalam hati.

Hani yang telah pun datang menghampiri hanya tersenyum memandang.  Tidak lama kemudian,  wanita bertahi lalat besar itu segera berlalu pergi. 
Tertunduk tunduk menahan malu.

Hani hanya memandang Azzara penuh tanda tanya.

Azzara hanya mampu menjungkitkan bahu. 
Pura pura tidak tahu. 
Malas mahu memanjang cerita itu.
Biar hanya dia saja yang tahu.

" Hani,  saya ada sesuatu nak cakap. "
Tutur Azzara lembut namun tetap bernada tegas.

Hani yang mendengar terus dilanda kegelisahan yang terasa begitu menggelisahkan sehingga tergelisah ia menahan gelisah.

Aii..
Berapa banyak gelisah daa.

' Ada kah boss dah baca isi kad yang aku bagi semalam.  Oh my god!! Entah apa dia nak kata ni.  Aduhaii mana laa aku nak lari ni. ' omel Hani di dalam hati.  Menjerit menahan ketakutan.

Azzara yang duduk memeluk tubuh di hadapan dipandang penuh debar.  Cantik sungguh bossnya hari itu.  Biarpun tampak ringkas berseluar jeans biru dan berbaju blouse rona merah jambu dan juga bertudung bawal rona merah jambu,  namun tetap terserlah kecantikkannya.


Bersambung... 🌹

Tak Pernah Berhenti Mencintaimu(completed🌹)Where stories live. Discover now