🌹TPBM 27🌹

686 29 3
                                    


" Assalammualaikum."  Sapa Azzara lembut.  Bersandar pada depan kereta Honda jazz silver miliknya. 

Zhulaiqa Amana yang berada disebelah berdiri tegak turut menghadiahkan senyuman manis. Dapat dilihat raut gembira pada wajah nya.

" waalaikummussalam. Ada apa kakak nak jumpa dengan saya tadi?  " soal gadis itu kepada Azzara dan kemudian turut membalas senyuman yang dilemparkan oleh Zhulaiqa Amana.

Saat terdengar perkataan 'kakak' yang terpacul dari mulut gadis itu, Zhulaiqa Amana mula terbayangkan adiknya,  Zhaliqa Amani yang dahulu memanggilnya dengan gelaran kakak.

" kakak,  adik nak beli ni boleh?  Adik teringin sangat nak beli patung barbie ni.  "

" kita mana ada duit banyak tu dik.  Duit akak bawak ni cukup cukup untuk beli telur 5 biji je.  Kita beli lain kali ye.  Tunggu akak dah besar dah ada kerja nanti akak akan beli apa je yang adik nak.  Tapi sekarang,  adik sabar dulu eh sayang.  "

"Hmm.  Tapi..  Masa tu nanti kan adik dan besar mana main patung tu lagi. Adik nak jugak kak.  Nak!  nak.! "

" adik,  adik tak boleh macam ni. okay okay.  Akak cuba untuk kumpul duit.  Nanti, bila duit cukup kita datang sini balik.  Okay? ”

" okay kalau macamtu jom kita balik, tapi janji nanti datang sini balik? ”

" ye sayang kakak.  Nanti kita datang dan beli patung barbie ni. "









" Iqa.. "
Panggil Azzara sambil menepuk lembut bahu Zhulaiqa Amana yang terlihat termenung.

" ha.  Ye ye.  Sorry.  Apa dia Zara? ” soal Zhulaiqa Amana bersama mata yang mulai berkaca. Sebak yang menghurung segenap ruang hatinya terasa seakan menyiat nyiat.

Gadis muda itu tersenyum sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman tanda perkenalan.
Zhulaiqa Amana menyambut dengan penuh berdebar.

" Adik ni siapa nama? ” soal Zhulaiqa Amana lembut.

" Saya Aa..  Amani. " jawab Gadis itu teragak agak. Terasa takut menyelebungi dirinya.  Takut jika diapa apakan dengan orang yang sama sekali tidak dikenalinya itu.
Namun ada satu perasaan aneh seolah bermain di fikirannya tika dan saat itu.

" Amani??? ” serentak Zhulaiqa Amana dan Azzara bersuara sambil memandang antara satu sama lain.  Melopong kedua mulut mereka. 
Mujur saja tiada lalat yang landing, mujur kalau lalat,  kalau kumbang coklat?
haii,  tak tahu apa nak jadi.

" ye nama saya Amani. Kenapa?  akak berdua ni siapa sebenarnya tiba tiba ajak borak dekat sini tadi? sebenarnya saya dah lewat ni. Saya takut kalau mama saya marah balik lewat macamni.  "
Ujar gadis itu sedikit tegas. Tidak mahu terlalu berlama lamaan bersama orang yang tidak dikenali.

Tetapi itu adalah helah semata. Agar cepat cepat kedua wanita dihadapannya meleraikan perjumpaan yang penuh misteri pada pandangan nya itu.

" adik ingat lagi tak masa dekat panggung wayang malam tu? Kami berdua la yang duduk belakang adik masa tu? Ingat? ” soal Azzara  mahukan kepastian adakah benar gadis itu adalah orang yang sama.

" Ohhh. Malam tu yang saya balik awal sebab ada budak pompuan tumpahkan popcorn atas kelapa saya tu kan? Ye saya la tu.  Tapi kenapa eh?" gadis itu memandang wajah Azzara dan Zhulaiqa Amana silih berganti.

Zhulaiqa Amana mula ragu ragu.  Dalam fikirannya penuh dengan persoalan.  Tentang ayat yang diucapkan gadis itu sebentar tadi.
Tentang Mama? Kalau benar dia adalah Zhulaiqa Amana,  mana datang mama yang gadis itu maksudkan.  Namun otaknya tetap ligat dan degil untuk mengatakan bahawa gadis itu adalah adik kandungnya.

" Nama penuh adik Zhaliqa Amani kan? ”Soal Zhulaiqa Amana sambil memegang kedua belah bahu gadis itu.  Yakin dan pasti sekali anak matanya merenung jauh dan dalam ke mata gadis itu.  Benar!  Hatinya yakin dan pasti!  Dia adalah adik kandungnya.  Dia adalah satu satunya adiknya dan dia adalah adik yang teramat dirinduinya yang telah lama menghilang memakan masa sehingga belasan tahun.


" Pummmm!!! 

Bas yang dinaiki menuju ke bandaraya,  terbabas merempuhi sebatang pokok di pinggir jalan sehingga meragut  8 nyawa dan 15 orang mengalami kecederaan.

Ketika itu,  Zhulaiqa Amana yang duduk bersama Mak Uteh dan adiknya,  Zhaliqa Amani menjerit sekuat hati.  Hanya saja zikrulllah dan doa tak henti henti meniti di bibir tua Mak Uteh tika itu. 

" kak,  adik takut kak.  Adik takut.  Adik sayang kakak.  Adik tak nak mati dulu.  Akak jangan tinggal adik eh.  " esak tangis Zhaliqa Amani sudah mulai kedengaran. 

" Adik,  kakak dan Mak Uteh ada dekat sini jaga adik.  Bawa mengucap ye dik.  Inshaallah kita akan selamat." Pujuk Zhulaiqa Amana menenangkan adiknya,  Mak Uteh di sebelah mengusap kepalanya sambil beristigfar dan mengucap kalimat Laillahaillallah sebanyak tiga kali.



Bas yang dinaiki mereka mulai menjunam secara perlahan ke dalam gaung. Ramai penumpang menjerit sekuat hati.  Ada yang cuba menyelamatkan diri untuk terjun menggunakan tingkap,  ada yang menutup mata sambil menangis semahunya,  tidak kurang juga yang berlari ke sana sini seakan sudah hilang pertimbangan.



" Nama saya Amani.  Amani binti Abdul Kadir. " sahut gadis itu kehairanan.  Entah mengapa saat itu kepalanya terasa sungguh berat.  Terasa ada satu batu besar yang menghempap.  Otaknya kembali cuba mengingati atas apa yang terjadi. Namun ingatannya gagal untuk mengingati sepenuhnya.

" Tak tak.  Nama adik Zhaliqa Amani binti Muhammad.  Adik ialah adik kakak.  Adik tak ingat kakak lagi ke?? " desak Zhulaiqa Amana sambil menggoncang kuat bahu gadis itu.

" Iqa,  sabar.  Jangan laa macamni.  Kau tak boleh buat macamni.  Kita dengar dulu apa yang dia nak kata. " pujuk Azzara lembut sambil menarik tangan Zhulaiqa Amana yang erat  memegang  bahu gadis itu. Terkulat kulat memandang kejadian yang dihadapinya malam itu.

" tak Zara,  tak!!!  Aku yakin dia Amani. Dia adik aku. " tempik Zhulaiqa Amana mulai menangis teresak esak.

Tangannya mula dilepaskan.  Tubuhnya kini berada kemas di dalam pelukan sahabatnya,  Azzara.

" Shuttttt. Dah. Dah.  Bawa bertenang.  Aku tak nak kau terlalu emosi macamni.   Jangan terlalu ikutkan perasaan.  Kita hadap benda ni sama sama.  Ingat,  aku sentiasa ada untuk kau.  " bisik Azzara lembut sambil mengusap belakang wanita yang masih teresak di dalam pelukannya.

Gadis yang bermata bundar itu hanya terpinga pinga memandang ke arah mereka.  Tidak tahu untuk berbuat apa.  Namun hatinya sendiri dihurung rasa aneh.  Tatkala terpandang akan renungan Zhulaiqa Amana.  Lantas otaknya ligat meneka.
.

'Mungkinkah dia kakak aku? Mungkinkah dia kakak yang selalu hadir dalam mimpi aku?
Mungkinkah dia kakak yang aku rindu rindukan selama ini? '
Detik hatinya cuba sekali lagi mengingati apa yang menimpa dirinya suatu tika dahulu.




Bersambung... 🌹

Tak Pernah Berhenti Mencintaimu(completed🌹)Where stories live. Discover now