"Kakak.. Kakakkkk.. Tolong adikk.. Kak... "
Zhulaiqa Amana tersentak dari tidur lena nya.
Diraup wajah nya yang lesu.
Dipandang jam di kamar beradunya yang masih menunjukkan ke angka 4pagi."Astaghfirullahalazim..kakak rindu adik.. Rindu sangat. "
Bisik Zhulaiqa Amana sambil memejam rapat matanya menahan airmata daripada merembes keluar.Kejadian enam belas tahun yang lalu kembali bergegar hebat dalam kotak ingatannya. Terimbas semula kejadian yang mana hampir meragut nyawanya, juga adiknya yang hilang sehingga kini tiada khabar berita.
Sudah puas dicari sepasukan bomba dan juga pihak berkuasa serta orang ramai namun hampa.
adiknya, Zhaliqa Amani gagal ditemui.
Sehingga lah cerita tentang kehilangan itu semakin pudar dan lenyap dari ingatan semua orang kecuali pada ingatan nya.'Kakak yakin dik. Kamu masih hidup. Yes. Kakak yakin. Satu masa nanti kita akan bersama semula. Kakak akan tetap berusaha untuk cari kamu. '
detik hatinya bersama semangat yang tidak pernah luntur.Zhulaiqa Amana kembali merebahkan tubuhnya. Kipas yang terpasang pada kamar beradu dibiarkan berputar sepi dan terus sepi.
'Ada apa awak nak jumpa saya ni. Kalau soal Qhalish, maaf saya tak kan benarkan awak ambik dia.'
'Bukan pasal Qhalish, Iqa. Tapi pasal kita. Saya nak awak balik. Saya nak kita bersama macam dulu balik. Please. Saya nak kita sama sama jaga Qhalish.
'Tolonglah Zhariff. Saya dah tak boleh terima awak. Hati saya dah lama mati untuk awak. Tolong hormat keputusan saya. '
'Hmm. Saya tak tahu lagi macam mana nak buat supaya awak terima saya balik. Saya dah berubah, Iqa. Saya dah tak macam dulu. Saya dah betul betul menyesal atas apa yang saya pernah buat dulu. Saya janji akan bahagiakan awak lepas ni. Pegang janji saya please sayang. I still love you, Zhulaiqa Amana.'
Zhulaiqa Amana meraup wajahnya sekali lagi. Terasa berat bebanan yang menimpa urat kepalanya ketika itu apabila teringat akan kata kata seorang pemuda yang pernah dicintainya suatu detik dahulu.
Peristiwa 10 tahun lalu kembali menerawang dalam kotak ingatannya.
"Oi Iqa, ada mamat topi merah hujung sana bagi kad untuk kau. Nah ambikla baca. Ehem ehem tak sangka baru je sehari masuk kerja dah ada peminat nampak. " usik sahabatnya Azzara menyakat sakan.
Ketika itu mereka bekerja sementara menunggu keputusan STPM dikeluarkan. Bekerja sebagai waitress di sebuah restoran yang terletak di tengah ibu kota untuk mengisi masa lapang dan mencari pengalaman serta untuk perbelanjaan jika melanjutkan pelajaran nanti.
Azzara dan Zhulaiqa Amana sama sama menginap di sebuah rumah sewa yang menempatkan enam orang kesemuanya yang mana adalah perempuan.
Ada yang berusia sebaya dengan mereka dan ada juga yang berusia lewat 20an.
Tidak kurang juga yang sudah mencecah usia 30an."ishh aku tak nak lah. Kau la ambik baca. Nah. " kata Zhulaiqa sambil memasukkan kad bewarna merah hati yang berbentuk hati itu ke dalam poket uniform sahabatnya, Azzara.
Entah mengapa tiada sedikit pun perasaan suka dan tertarik untuk berkenalan dengan kaum berlainan jenis.
**********************************************
Zhulaiqa Amana menggeliat manja. Dikerling sepintas lalu jam di dinding kamar nya.
Gosh! Aku dah lewat " Dengan segera Zhulaiqa Amana membuka selimut yang menyelimuti tubuhnya lalu di lempar ke sebelah. Kaki dihayun laju.
"Arghhh! "
Zhulaiqa Amana meraung kesakitan. Terjelepok di atas lantai kamarnya bermozek rona putih kebiruan sambil menahan lututnya yang sudah pun mengeluarkan darah yang mengalir merah."Eeeee sejak bila tin cola ni ada kat sini. Arghh! Sakit giler kot lutut aku. nasib tak jatuh tersungkur mampus patah gigi aku. "omel Zhulaiqa Amana sambil mencapai tin cola lalu diletakkan di atas meja yang dibelakangi.
Dengan perlahan lahan Zhulaiqa Amana cuba untuk bangun. Tangan kanan cuba berpaut teguh pada katil. Manakala tangan kanan sedaya upaya untuk mendukung kaki kanannya supaya turut memberi kerjasama untuk bingkas bangun.
"erhh.. erhhhhh... "
Desis Zhulaiqa Amana sambil menahan kesakitan yang ketara pada raut wajahnya.Zhulaiqa Amana mengambil keputusan untuk berehat di atas katil. Sementara tangannya mencari botol gamat yang diletakkan di dalam laci bersebelahan katilnya. Setelah berjaya dijumpai, lantas lutut yang cedera akibat geseran pada mozek segera disapu.
Handphone jenama huawei miliknya yang terletak di bawah bantal dicapai lemah.
"Hello Syakira, hari ni saya tak boleh turun macam biasa. Ada hal sikit. Awak tolong tengok tengokkan restoran okay. Apa apa nanti bagitahu saya. Assalammualaikum. "
Zhulaiqa Amana menghela nafas perlahan. Di ambil bantal bercorakkan doraemon kegemarannya lalu diletakkan di belakang sebagai alas untuk keselesaan menyandar.' Bila masa terlena.. Ku terjaga dalam mimpi kamu.. Bersamamu.... Tiap detik berada di sana semua hanya khayalan...... '
Zhulaiqa Amana yang terlelap dalam posisi menyandar tersentak apabila terdengar lagu yang berkumandang pada handphone.
Tanpa melihat empunya diri yang membuat panggilan, Zhulaiqa Amana terus bersuara lemah.
" ermm.. Hello.. "
Tutur Zhulaiqa Amana dengan mata yang masih terpejam malas." hello. Kakak, Mak Uteh ada benda gembira untuk kamu nak. Ada seorang pemuda dari kampung sebelah nak masuk meminang. Mak dengan ayah dia bakal bertandang ke rumah minggu depan. Alhamdulillah tak lama lagi dapat lah Qhalish merasa ayah baru. " Teruja sekali suara kedengaran pada corong talian.
Zhulaiqa yang mendengar terus melopong. terkejut bukan kepalang. Dikelip kelip matanya berkali kali untuk memastikan dia tidak lah bermimpi. Sudah hampir tiga tahun sejak berpisah dengan Umar Zhariff , Zhulaiqa Amana tidak berminat sama sekali dengan sebarang perkenalan dari lelaki lelaki yang baginya hanya dusta belaka. Hatinya sudah keras benar untuk insan bergelar lelaki.
"Mak Uteh, kakak tak nak. Kakak belum bersedia lagi. Kakak masih trauma atas apa yang berlaku dulu. "Tutur Zhulaiqa Amani lembut tidak mahu mengguriskan hati Mak uteh yang sudahpun dianggap sebagai emak kandungnya sendiri.
Sejak Puan Latifah pergi, Mak Uteh lah tempat dia dan adiknya menumpang kasih. Rumah yang didiami suatu tika dahulu sudahpun disewa. Dengan wang itu juga lah Mak Uteh menyara mereka dua beradik. Sehingga kini rumah itu masih kekal menjadi rumah sewa bagi mereka yang memerlukan. Hasil sewa sepenuhnya dibagi pada Mak Uteh sebagai jasa kerana menjaga dia dan adiknya. Meskipun puas Mak Uteh menolak, namun Zhulaiqa Amani tetap berkeras suapaya Mak Uteh menerima sebagai balasan atas kebaikan mak Uteh selama ini.
Bersambung... 🌹
YOU ARE READING
Tak Pernah Berhenti Mencintaimu(completed🌹)
RomanceMengisarkan penderitaan yang di alami seorang gadis sejak kecil lagi sehingga melonjak ke alam persekolahan dan kemudian meniti gelora arus kehidupan yang semakin mencabar. kebahagiaan yang pastinya diimpikan sekaligus terus meragut maruahnya. bukan...