Ketiga tiga mereka melangkah kaki ke Restoran Indah Kasturi, milik Zhulaiqa Amana.
Meskipun jam sudah menunjukkan pukul 10 malam, namun pengunjung masih kelihatan memenuhi segenap ruang.
Mujur terdapat sebuah meja yang sedari tadi diduduki dua pasangan yang kelihatan mulai hendak berganjak dari situ." Azzara, Hani, duduklah. Aku masuk dalam kejap. " usul Zhulaiqa Amana sambil menepuk perlahan bahu sahabatnya, Azzara.
Azzara dan Hani hanya mengangguk sambil tersenyum. Sempat Azzara menghadiahkan satu kenyitan pada mata kanannya buat wanita dambaan hatinya itu.
"Jangan lama sangat, nanti rindu. " Usik Azzara nakal menyakat.
Hani yang mendengar lantas mengangkat wajah yang sedari tadi tunduk bermain game mobile legend kegemarannya.
Tiba tiba sahaja satu perasaan aneh seakan menghentak naluri nya saat itu.Zhulaiqa Amana hanya tergelak kecil mendengar usikan sahabatnya seraya mengatur langkah dan menuju ke ruang dapur, sempat dihadiahkan senyuman buat para pekerjanya.
" Haiiiiiiii boss cantik! ” laung Damia sambil tersengih. Bulat sekali wajah gadis itu mengenakan selendang putih dan topi chef.
" Hai Damiaaaa. " Sahut Zhulaiqa Amana ramah.
" Damia, awak masakkan menu special malam ni bole? " pinta Zhulaiqa Amana.
" Mestilah bole boss. Tapi untuk sape? Untuk ehem ehem ke. " soal Damia perlahan separuh berbisik. Takut jika didengari yang lain turut berada di dapur. Lagaknya seperti makcik bawang!
Potpetpotpet!" Haishhh tak dela Damia. Untuk kawan kawan saya. " ujar Zhulaiqa Amana sambil tergelak lucu.
" oh..Hihi. okay okay errmm apa yang boss nak cakap je. Saya masak cepat. zapppp! terus siap. " seloroh Damia yang berpipi tembam ibarat pau terlebih masak itu sambil mengacau kuah sphagetti di dalam kuali.
" hamboii dan dan. Orait kalau macamtu, saya nak awak masakkan, sotong kicap lada hitam, kepah garlic butter and ketam bercili. "Pinta Zhulaiqa Amana sambil membuka notification whatsapp.
Tertera nama yang amat dikenalinya." i love you.. "
Zhulaiqa Amana terkedu. Lantas menaip untuk membalas.
”gatal! ”
Butang sent ditekan lalu disimpan huawei p20 miliknya ke dalam poket jeans.” wokehh boss. Berehhh. Boss bole tunggu dekat depan. Biar chef Damia masakkan untuk boss tersayang. " seloroh Damia sambil mendabik dada sengaja mahu mengusik Zhulaiqa Amana yang terlihat sudahpun tergelak melihat aksi nya.
" Tersayang tersayang jugak Damia. Tengok kuah sphagetti dalam kuali tu. Kang hangus, potong gaji kang, ha. " Omel Zhulaiqa Amana setelah berhenti dari tawanya sebentar tadi. Lucu melihat telatah pekerjanya yang nakal menyakat itu, tidak hairan lah ramai pekerja lain yang menyenanginya yang tidak lokek akan senyuman dan tawa itu.
Pantang ada yang melucukan pasti dia lah juara ketawa, tiada yang juara, melainkan juara belaka.
Itu lah Damia, gadis kelahiran Pahang kacukan cina dan melayu.**********************************************************************
Hazelnut latte dihirup dengan penuh nikmat oleh Hani yang sedari tadi leka mencuri pandang ke arah Azzara disebelahnya yang berbual mesra bersama Zhulaiqa Amana yang duduk berhadapan dengan mereka. Hatinya benar benar diragut perasaan cemburu yang tidak bertepi. Namun sengaja dimaniskan muka agar tidak kelihatan ketara gelodak jiwa yang di rasai nya tika itu.
Sungguh dia sendiri tidak mengingini perasaan sebegitu meracuni hati dan benak fikirannya, kerana dia sendiri sudah mengenali wanita itu. Bukan dia tidak tahu, betapa akrab hubungan persahabatan antara keduanya, namun perasaan yang tidak seharusnya hadir, lain benar terasa malam itu apabila Azzara leka merenung dan memuji Zhulaiqa Amana. Sehingga menimbulkan rasa cemburu yang kian mengusik jendela hati. Mahu sahaja dia berlari dan meninggalkan mereka disitu, namun bila difikirkan dengan logik akal, serta merta emosinya terkawal dengan zikrullah yang dibisik merdu dalam lubuk hatinya." Comot nau makan tu, ish ish ish. sini nak lap." Omel Azzara sambil mengelap bibir wanita yang dilihat sungguh enak menikmati ketam di dalam pinggannya.
" errm.. Biarlah. Dia pun sama. Cakap kita. " balas Zhulaiqa Amana sempat memerli sahabatnya. Terasa seperti anak kecil dirinya saat itu. Namun tidak pula dia mengelak apabila jari Azzara sengaja menyentuh hujung bibir mungilnya.
" eh Hani, makanlah. Banyak lagi ni. Sedap tau Chef Damia masak. Tu rasa ketam masakan dia fuh berapi kaw kaw, aura dia mashaallah lain maciem. Makanla, jangan segan segan. " seloroh dan pelawa Zhulaiqa Amana sambil menyuakan piring besar berbentuk bujur di hadapan Hani yang dilihat sepi sedari tadi.
Azzara yang berada disebelah Hani yang sedang asyik menikmati cocoa mocha nya turut mengiyakan.
" ha, ah la Hani. Makanlah. Sedap tu chef Damia masak. Kejap lagi kita balik. K. Jam pun dah nak pukul 12malam. Mesti awak mengantuk da kan. "
Usul Azzara sambil menolak gelas yang berisi air minumannya yang telah habis disedut. Hanya tinggal ketulan ais yang ditinggal sepi. Sempat dikerling sepintas lalu jam tangan gucci di pergelangan tangan kirinya." erm.. Sa.. Saya dah kenyang.. Hee. Tak pela akak dan boss makan la. " sahut Hani dengan nada yang sedikit sebak. Namun bibir tetap mengukir senyuman, tidak mahu disalah erti kan.
" kenyang apa nya Hani. Awak tu makan dua tiga ketul je kepah saya tengok. Dah tu sotong pun awak makan sikit. " bebel Azzara sambil merenung wajah pekerja disebelahnya yang mengenakan dress rona merah dan jeans hitam. Selendang hitam bercorakkan mawar merah menambahkan kecomelan si pemakai.
" betul boss. Saya betul betul dah kenyang. Boss, saya nak balik. " ujar Hani bersahaja. Mendatar nada suaranya.
' Boss,
Kenapa boss layan dia macamtu?
Kenapa boss pandang dia lain macam?
Kenapa boss tak henti henti pandang dia?
Kenapa boss puji dia macam macam?
Kenapa boss kenapaaaaaa! '
Jerit Hani di dalam hati sambil menahan airmata yang terasa ingin merembes keluar.Bersambung.. 🌹
YOU ARE READING
Tak Pernah Berhenti Mencintaimu(completed🌹)
RomanceMengisarkan penderitaan yang di alami seorang gadis sejak kecil lagi sehingga melonjak ke alam persekolahan dan kemudian meniti gelora arus kehidupan yang semakin mencabar. kebahagiaan yang pastinya diimpikan sekaligus terus meragut maruahnya. bukan...