Seminit bersama Zhulaiqa Amana.
Aku duduk menyandar malas di kerusi kamarku.
Hujan diluar sana membuatkan aku memeluk tubuhku sendiri. Hari ini aku tidak ke restoran. sementara menunggu kedatangan cinta hati ku, aku duduk bermalasan sambil menghirup kopi yang masih panas di dalam cawan hadapanku.Alhamdulillah, syukur. Aku kini bahagia bersama seorang wanita yang tulus mencintaiku. Seorang yang tidak berputus asa menunggu cintaku.
FIA HUMAIRA🌹
Nama itu aku pahatkan dalam hati❤
Dalam setiap doa dan selalu berada dalam ingatanku.
Paling tidak disangka, mama Fia Humaira merestui hubungan kami berdua. Namun, dengan syarat.
Niatkan yang baik baik.
Dan dia selalu mendoakan yang terbaik buat kami.
kami berdua pun berjanji di hadapannya, Jika suatu hari nanti salah satu dari kami bertemu jodoh dengan lelaki@jodoh yang sebenar. Kami akan Redha.
Dan tidak akan sesekali menghalang.
Asalkan tidak dengan wanita lain.
kalau itu terjadi, No peluang kedua.Okay, sini aku nak cerita pula tentang mereka yang lain. Apa khabar agaknya mereka kan. ehem!
okay lets start.Azzara, siapa lagi kalau bukan sahabat aku yang pernah aku cinta dan sayang. Dan aku yang pernah dia letakkan dalam hatinya Namun, kami masing masing sudah dapat menerima hakikat dengan Redha dan ikhlas. Bahkan kami sering keluar secara berkumpulan. Aku bersama Fia Humaira, manakala dia bersama Hani.
kini dia bahagia bersama girlfriendnya , Hani.😝
Panjang ceritanya, Bermula saat Hani datang ke butik untuk mengambil gaji terakhirnya dan menyerah surat berhenti kerja.
Entah mengapa, rasa kasih membuatkan Azzara menghalangnya untuk berhenti. Sejak itu, mereka mula rapat dan Azzara mula jatuh cinta. Si gadis kecil molek yang sering dimarahi itu lah yang menjadi cinta hatinya. Meski Hani berazam untuk berubah namun dia sendiri akui terlalu sukar untuk berubah sepenuhnya.Umar Zhariff, Ha ini lah dia papa Qhalish Hayqal. Walaupun tak dapat bersama sebagai sebuah keluarga, namun dia tetap adalah papa kandung Qhalish Hayqal. Mana nak campak kalau dah nama nya darah daging kan. Jika ada kelapangan pasti papanya membawa Qhalish Hayqal berjalan jalan. Qhalish Hayqal apalagi? papa, nak itu .. papa nak ini. amboi Ayish, bukan main kalau dah keluar dengan papa dia, penuh satu lori barang dia. Papa dia pun satu, manjakan sangat anak dia. Itu lah Umar Zhariff, duda muda yang bergaya. sudah pun dapat menerima hakikat bahawa hati dan perasaan tak dapat untuk dipaksa. 🤪
Dan aku pulak? Semestinya Aku bahagia bersama seseorang yang akhirnya menjadi pilihan hatiku. siapa lagi tak lain tak bukan, Cik Fia Humaira. Walaupun pernah bergelar gelaran EX _ tapi itu bukan lah menjadi halangan untuk aku dan dia kembali bersatu.
yang paling bahagia kini mestilah Qhalish Hayqal.
Nak tau kenapa?" mama, Ayish nak yang tu."
"Ummi, tengok yang tu pun cantik."
"Eh mummy mummy, yang sana tu lagi okay kot."
" Papa, tengok ni robot ni boleh terbang la."
Aku merenung lukisan yang aku letakkan di atas meja kamarku.
Ku renung lukisan itu lama. Lukisan yang dilakarkan oleh cinta hatinya.
Sengaja Fia Humaira meletakkan nama ku lukisan itu sebagai Zhulaiqa Amani. Dia mahu aku dan arwah adikku kekal sebagai satu nama. Dia tahu aku selalu merindui adikku yang satu itu.
" Sayang, buat ape ni?" Fia Humaira masuk ke kamarku lantas memeluk ku dan melingkari kedua tangannya ke leher ku.
aku mendongak memandang wajahnya. Menghadiahkan satu senyuman manis buatnya.
lalu bibir kami bertaut menjadi satu."I love you, Sweety."
TAMAT.
***********P/S: sekian Terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa untuk membaca novel saya.
Terimakasih juga buat yang vote dan komen. saya hargai❤
maaf jika penulisan saya tak sempurna.
Banyak kekurangannya.
Sampai berjumpa di lain novel.
YOU ARE READING
Tak Pernah Berhenti Mencintaimu(completed🌹)
RomanceMengisarkan penderitaan yang di alami seorang gadis sejak kecil lagi sehingga melonjak ke alam persekolahan dan kemudian meniti gelora arus kehidupan yang semakin mencabar. kebahagiaan yang pastinya diimpikan sekaligus terus meragut maruahnya. bukan...