🌹TPBM 43🌹

689 19 0
                                    

" sayang... Buka pintu ni.. " pinta Azzara lembut dan perlahan namun masih dapat didengari Zhulaiqa Amana dari arah dalam kamar.

"Janganlah kacau. Kau balik jela Zara.  " Sahut Zhulaiqa Amana mendatar.  Tiada lagi kedengaran nada rajuknya. Yang tinggal hanyalah nada mendatar seakan malas mahu bersuara.

"Hmmmm. Sayang...  Please.
Dengar dulu apa abiyy nak kata. Abiyy cintakan sayang.  Abiyy tak kan balik selagi sayang tak buka pintu ni. " Ugut Azzara sambil berdiri tegak di hadapan pintu kamar kesayangannya.

Zhulaiqa Amana hanya diam mematungkan diri.  Dijeling tajam ke arah pintu kamarnya,  lalu berteka teki di dalam hati,  sama ada hendak dibuka mahupun dibiarkan saja wanita itu berdiri diluar. Sejenak otaknya ligat berputar, 
lalu keputusan dibuat.

"Hmmmmm. Masuk lah.  ”Kata Zhulaiqa Amana ringkas bersahaja. 
Tidak mahu langsung mahu memandang wajah Azzara.

"Maafkan abiyy eh. abiyy takkan ulang lagi kesilapan yang sama. Janji. " Azzara bersuara lalu memgambil tempat di sebelah kesayangannya. Direnung wajah wanita yang teramat dicintai itu sedalamnya. 

Rindu!

"Janji? ”Tutur Zhulaiqa Amana menoleh dan turut memandang wajah Azzara yang dilihat leka merenung wajahnya.

"Yupssss.  Janji. Abiyy janji.  Kalau abiyy buat lagi,  abiyy janji lagi..  Hihihi. " usik Azzara membuatkan Zhulaiqa Amana menjeling tajam.

"Mmuahhhhhhhhhh.. Abiyy cintakan sayang sangat sangat. " kucup dan bisik Azzara lembut. Tidak dapat dinafikan getar dihatinya tatkala menatap mata wanita di sebelahnya yang hanya berbaju hitam tanpa lengan dengan legging kelabu paras lutut. Dielus perlahan pipi kanan kesayangannya yang sudah jinak bak burung merpati. 
Tidak lagi seliar tadi.

"Ermm. Jom. " Usul Zhulaiqa Amana sambil menarik tangan Azzara.

”jom mana sayang? ”soal Azzara menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dijamin tiada sebarang kegatalan.
Ya!
Pasti!

"Jom la tengok tv.  Nak layan movie seram. " jawab Zhulaiqa Amana sambil menarik lebih kuat tangan Azzara yang masih liat untuk bangun berdiri.

" Seram..  Seram..  Sayang ni.  Kang malam takut nak masuk toilet. "Omel Azzara.  Namun tetap menurut permintaan kesayangannya itu.

"Biarlah. Ada sayang kesah. " Sahut Zhulaiqa Amana nakal sambil menjelirkan lidahnya. Tidak lagi membahasakan dirinya sebagai "aku". Membuatkan Azzara disebelah yang ringkas mengenakan tshirt lengan panjang rona putih dan jeans biru muda tersenyum lega.

" eee tarik lidah tu kang tau laa. " Bebel Azzara lagi dan lagi.

Zhulaiqa Amana menguntum senyum.  Akhirnya rajuk dihati sudah mampu dihentikan oleh wanita yang ternyata menjadi milik hatinya.

Kedua mereka pun melangkah bersama menuju ke luar pintu kamar dan kemudian berjalan menghampiri ruang menonton. Kelihatan senyuman yang tidak lekang dari bibir keduanya.  Gelak tawa yang turut kedengaran sudah cukup menandakan mereka sudah kembali berbaik seperti sediakala. 

*************************************************************

Fia Humaira POV

"mama,  macam mana nak lupakan seseorang yang pernah bertakhta dalam hati kita?  Macam mama lupakan papa dulu.  Fia perlukan sokongan sekarang ma.  Hati Fia masih tak mampu lupakan seseorang.  "Luah Fia Humaira lalu duduk menyandar di bahu mamanya,  Puan Rafina.
Hari itu,  Puan Rafina tidak bekerja memandangkan kesihatannya tidak begitu mengizinkan.  Puan Rafina adalah seorang inspektor polis,  sudah hampir 20 tahun dia bertugas dalam bidang itu.

Tak Pernah Berhenti Mencintaimu(completed🌹)Where stories live. Discover now