"Liya bangun. Kau dah solat belum."
Ujar Ariya sambil tangannya mengerakkan perlahan tubuh Liya yang bergolek-golek diatas katil.
"Em belum lagi. Sekejap lagi aku solat."
Dalam mata yang masih mamai, terus Liya bangun dan pergi ke bilik air untuk membersihkan diri.
"Tasya dah bangun?"
Tanya Liya sambil mengelap mukanya dengan kain kecil ditepi katil.
"Sudah tadi, kau tu je yang belum bangun."
"Ni dah bagun dah ni. Apalah kau ni."
Tersengih Liya sambil menggaru kepala yang tidak gatal itu. Tanpa membuang masa, terus Liya menunaikan solat. Takut nanti terlepas waktu.
******
"Morning korang. Aik, awal betul kau sampai hari ini Haziq."
Ujar Tasya dengan hairan. Terkejut pula melihat Haziq datang awal ke kafe hari ini. Selalunya Haziq lah raja lambat kalau datang ke kafe.
"Kau ni tak baik tau mengata aku. Hmm yang kecil-kecil cili padi sebelah kau tu sapa Liya."
Tanya Haziq sebaik sahaja matanya melihat keberadaan Ariya dari tadi tanpa membuka mulut. Tidak pernah dia melihat wajah gadis itu.
"Oh. Ini kawan aku. Dia nak kerja kat sini. Kak Emy ada cakap haritu suruh cari orang untuk ganti Kak Zah. Kan Kak Zah dah berhenti 2 minggu lepas." Terang Liya kepada Haziq. Haziq mengangguk tanda faham.
"Emm hai awak. Dah berpunya ke?"
Ujar Haziq dengan senyuman miang yang tidak lekang dari bibir.
"Eh kau ni kalau nak menggatal pergi lah kat buluh, jangan nak menggatal kat sini pula, nanti terjangkit." Kata Tasya dengan sinis. Bergemar suaranya di seluruh kafe yang masih sunyi itu.
"Amoi... Dah lah malas aku nak layan kau. Aku nak pergi tengok kak Emy dulu, dia dah datang ke belum. Bai Cik Adik Comel." Dengan nada suara yang gedik Haziq berkata.
"Kau jangan layan dia tu. Memang pantang tengok perempuan cantik, start lah dia nak menggatal." Ariya hanya tersenyum manis melihat gelagat lelaki yang bernama Haziq tadi.
"Assalammualaikum kak Emy, ni haa kawan saya yang saya cakap malam semalam. Kak Emy kan nak cari pengganti Kak Mai. Kawan saya ini nak cari kerja." Senyuman Ariya tidak lekang daripada raut wajah. Hanya mampu tersenyum sahaja.
"Waalaikummussalam, oh yeke, baiklah. Sekrang ni awak kerja bahagian delivery makanan dengan pelanggan ye. Simple je."
Ujar Kak Emy lagi sambil tangan nya mengemas di tempat cashier itu.
"Baiklah Kak Emy! Bila saya boleh start kerja?"
"Awak boleh mula hari ini kalau awak tak keberatan."
"Eh saya okay je. Terima kasih Kak Emy sebab sudi terima saya."
**********
"Seperi bidadari yang jatuh dari langit."
Kelihatan Daniel yang sedang angau duduk di simpang meja milik Rafael. Rafael hanya memerhati Daniel dengan wajah yang hairan.
Gila ke apa mamat ni?
"Woi kau gila eh. Bidadari mana entah kau ni. Setakat ini belum pernah aku tengok manusia jatuh dari langit."
Ujar Rafael yang sedang memerhati Daniel. Entah kenapa Daniel jadi gila macam tu. Angau tak tentu fasal.

ANDA SEDANG MEMBACA
Rafael Marcus (UNEDIT)
RomanceBOOK 1 || MARCUS SERIES || MARCUS GENERATION RAFAEL MARCUS | MY SWEETHEART'S MAFIA My first book. Don't expect too much. There have a lot of error in this story. UNEDIT! Thankyou. #HIGH RANK#2Sweetcouple6'4#1Mafia19'5#1Caring25'5#1Teenfiction9'7,23...