"Kau okey ke, Liya? Aku tengok kau ini dari tadi tak habis-habis temenung. Sepatutnya kau happy masa hari tunang kau ini, tak baik sedih-sedih. Apa kata keluarga Daniel nanti," ujar Ariya Marshanda yang dari tadi memerhati kawannya itu. Sepanjang majlis biasa sahaja mukanya.
Disuruh senyum, senyum. Tidak lebih dari itu.
"Entahlah Ariya, aku rasa Encik Daniel merajuk dengan aku," ujarnya sambil mencebik bibir.
"Kau buat apa sampai dia merajuk dengan kau? Patutlah aku tengok muka Daniel macam tak happy aje lepas turun dari tingkat atas tadi. Rupa-rupanya adalah isi tersiratnya."
Liya mengeluh. Wajah seri Ariya Marshanda dipandang lama, sebelum dia melihat ke tempat lain lagi.
"Aku cakap benda yang betul kot. Aku cakap yang aku tak nak kahwin dulu. Aku masih muda nak enjoy macam orang lain. Dia itu puas kot enjoy. Kenapa dia perlu paksa aku kalau aku tak suka."
Ariya Marshanda hanya mendengar sahaja. Liya memejamkan sedikit kelopak matanya sebelum dibuka dan memandang wajah Ariya Marshanda.
"Kau tak boleh juga nak cakap macam itu. Kau tahu tak dia bersusah payah nak atur jadual dia semata-mata nak kahwin dengan kau. Yang pasal enjoy itu, kau tak patut cakap macam itu dengan dia. Kau tahu ke dia dah puas enjoy? Takkan. Mestilah Daniel kecil hati dengan kau. Dia nak kahwin dengan kau tapi kau? Macam tak endah aje pasal benda ini. Kalau aku pun, terasa juga dengan perbuatan kau ini kalau aku jadi Daniel." ujar Ariya Marshanda lebar panjang. Gadis seperti Liya ini tidak dapat dikasari, dia mahu yang lembut- lembut sahaja.
"Macam mana ini Ariya. Takkan aku nak minta maaf dengan dia? Argh, malulah aku."
Kepala yang tidak gatal digaru kasar. Rimas pula dia rasa.
"Kau pergi ajelah minta maaf dengan dia. Pujuk dia. Dia ada kat depan tadi aku tengok. Pergilah, tak ada orang pun kat depan itu."
"Ta... tapi Ariya."
"Tak ada tapi-tapi Liya. Kau tahu tak kalau dia terasa dengan kata-kata kau tadi , kau berdosa tau."
Dengan langkah yang lemah Liya beredar dari situ. Sempat lagi dia melihat wajah Ariya Marshanda sebelum dia melangkah keluar dari pintu utama. Figura yang dicarinya kelihatan sedang fokus menatap telefonnya.
"Ehem! Sakitnya tekak ini eh."
Dia sengaja berbuat demikian untuk mengambil perhatian Daniel. Tapi malangnya, Daniel hanya pusing sekali sebelum dia menatap kembali di skrin telefonnya.
"Ehem! Makin sakit pula tekak ini," ujarnya lagi. Sampai kali ke tiga baru Daniel pusing menghadap Liya sepenuhnya.
"Kalau rasa tak sihat jangan main kat luar. Pergi masuk dalam."
Itu sahaja yang keluar dari mulutnya. Liya kecewa. Nampaknya tak berjayalah rancangannya itu. Dengan hati yang berani dia menghampiri Daniel.
"Encik, oh Encik."' Panggil Liya
"Encik tengoklah sini, em saya nak minta maaf pasal tadi. Liya tak sengaja pun. Okey! Liya setuju dengan keputusan Encik."
Danil masih beriak seperti biasa. Sengaja dia mahu melihat setakat mana usaha bakal isterinya itu untuk memujuknya.
"Ala Encik, Liya minta maaflah. Liya tak sengaja pun nak sakitkan hati Encik."
Lantas tangan sasa berbaju melayu itu diambilnya dan dipeluknya sekuat hati. Dia tak naklah juga Daniel tak tegur dengannya. Crush kot, dari hari jumpa dah fall terus. Liya ini memang macam ini, tak dapat jumpa yang kacak terus cakap fall in love in first sight.
"Gediklah kau ini. Yalah. Apa yang aku suruh itu, ikut! Tak payah nak membangkang. Ayat aku itu ingat kat dalam otak kau sampai otak kau tak mampu nak lupa. Faham," ujarnya tegas. Liya hanya membuat muka 'bla bla bla'.
YOU ARE READING
Rafael Marcus (UNEDIT)
Storie d'amoreBOOK 1 || MARCUS SERIES || MARCUS GENERATION RAFAEL MARCUS | MY SWEETHEART'S MAFIA My first book. Don't expect too much. There have a lot of error in this story. UNEDIT! Thankyou. #HIGH RANK#2Sweetcouple6'4#1Mafia19'5#1Caring25'5#1Teenfiction9'7,23...