PART 30

17.2K 690 49
                                        

Ariya Marshanda bangun dari tidur dengan perasaan yang muram. Kenapa suaminya perlu kisah tentang nya, sedangkan dia hendak menceraikan nya.

Rafael Marcus memasuki bilik tidur nya dengan membawa sedulang makanan dan minuman. Rafael Marcus menghamipiri isterinya yang duduk temenung menghadap luar tingkap.

"Sayang, makan dulu. Nanti sambung tidur,"

Ujar Rafael Marcus sambil meletakkan dulang makanan itu ditepi laci sebelah katilnya. Beberapa minit, Ariya Marshanda masih belum menyentuh makanan nya. Itu yang membuatkan Rafael Marcus naik marah.

"Ish kau nie! Bubur tu pakai makan,bukan pakai tenung!,"

Lantas sahaja Rafael Marcus mengambil sesudu bubur untuk disuapkan ke dalam mulut isterinya. Tetapi, Ariya Marshanda menolak.

"Tak payah, saya boleh makan sendiri,"

Ujar nya dengan dingin. Rafael Marcus turut terkejut dengan perubahan isterinya itu. Biasanya isterinya tidak akan menolak malah dia akan makan apa yang disuap oleh suaminya sehingga mahu bertambah.

Rafael Marcus hanya membiarkan isterinya. Mungkin dalam mood demam. Terus sahaja Rafael Marcus turun dari katil dan keluar dari bilik. Setitik demi setitik, air mata Ariya Marshanda gugur sendirian.

"Sampai hati abang buat Ariya macam nie,"

Rintih nya sendirian. Emosi nya bercelaru. Dia tidak perlukan penerangan daripada sesiapa sekarang ini. Dia akan percaya kepada dirinya sahaja.

Bubur diletakkan ke tepi, seleranya sudah hilang selepas melihat wajah suaminya. Hati nya berasa sangat sakit. Dia terus melabuhkan tubuh nya diatas katil empuk itu. Perlahan-lahan matanya tertutup. Air matanya mengalir dengan pantas.

Dia hanya mahu menenangkan dirinya sahaja. Sudahlah dia pening kepala. Ditambahkan pulak dengan memikirkan benda tersebut.

-----------

"Pael, kenapa dengan bini kau tu," Tanya Daniel .

"Aku pun tak tahu, tiba-tiba sahaja masam muka dengan aku,"

"Kau ada buat salah ke dengan bini kau. Biasalah bro, orang perempuan nie cepat terasa,"

"Mana ada bro, aku pun tahu sebab apa dia macam tu. Aku naik atas dulu lah, nak tengok bini aku, makan ke tak bubur tu tadi,"

Rafael Marcus mengorak langkahnya ke arah tangga. Handset ditutup dan disimpan di dalam poket seluarnya.

Lif ditekan, sampai sahaja dihadapan pintu biliknya. Dia terus membuka tombol pintu tersebut dengan perlahan-lahan. Badan isterinya yang menghadap membelakanginya itu dihampiri.

Dilihat ke tepi meja, bubur ayam itu masih lagi elok kemas. Langsung tidak disentuhnya. Ubat nya pun sama. Rafael Marcus sudah menggelengkan kepalanya.

Badan isterinya dipegang lembut. Rambut yang menutupi muka Ariya Marshanda diselak ke tepi. Melekat-lekat sahaja rambut di muka isterinya.

Sisa baki air mata isterinya itu dapat dilihatnya dengan jeles. Dia turut kepelikan, perangai isterinya hari ini sungguh memcurigakan. Macam ada sesuatu yang tak betul sahaja.

"Menapa kau tak makan bubur tu, hey kenapa kau buat perangai hari nie Ariya,"

Ujar nya lembut di tepi telinga isterinya itu. Diperhatinya lama muka bersih Ariya Marshanda. Tangan nya naik merangkul tubuh badan kecil itu.

Belum lama kemudian, dia turut tertidur akibat lena memeluk tubuh panas isterinya itu. Kepala diletakakan di leher Sang Isteri. Sungguh selesa.

Rafael Marcus  (UNEDIT)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang