PART 50

9.9K 416 33
                                        

Ariya Marshanda berasa tidak sedap hati semajak mereka keluar dari rumah lagi. Ya, dia setuju untuk mengikuti suami nya ke Kuala Lumpur.

Mata nya memandang ke arah luar kereta. Suasana di Kuala Lumpur lansung tidak sama seperti di Kampung halaman nya.

Lamunan Ariya Marshanda tersentak apabila Rafael Marcus memangil dirinya.

"Sayang, jom kita turun,"

Pintu kereta dibuka perlahan. Lantas tangan kecil gadis itu disambutnya perlahan.

Ariya Marshanda memerhati luar rumah banglo itu. Cantik bah kan istana! Mata nya masih melihat segenap luar rumah banglo itu.

Mata nya tertatap kepada dua orang penjaga dipintu hadapan rumah itu. Ya, dia tahu mungkin itu orang suruhan suaminya.

"Sayang jom masuk,"

Tangan nya menarik lembut tangan Ariya Marshanda sebelum dibawa nya ke dalam gengaman. Berhati-hati dia mengiringi gadis itu.

Kandungan nya sudah mencecah lima bulan itu diusap nya. Hampir 3 bulan Rafael Marcus memujuk isterinya.

Tapi langsung tiada tanda tanda untuk gadis kecil itu memaafkan nya. Pasrah mengenangkan kesalahan yang dilakukan oleh nya.

Ariya Marshanda ralit melihat decoration di dalam rumah itu. Sungguh cantik mata memandan.

Dengan kemasan perabot nya. Sungguh tersusun elok.

"Sayang suka? So, nie rumah baharu kita. Abang beli rumah baru khas untuk sayang dan anak anak kita,"

Ya, Ariya Marshanda disahkan mengandung anak kemba.

Usah ditafsir perasaan gembira diwajah Rafael Marcus apabila Doktor memberitahu nya bahawa dia akan menjadi bapa kepada anak kembar.

Ariya Marshanda hanya mengangguk kepala nya sedikit. Terukir senyuman di raut wajah beku lelaki itu.

"Jom abang tunjukkan bilik kita,"

Ariya Marshanda hanya membuntuti suami nya itu. Butang lif ditekan. Tidak mahu menggunakan tangga memandangkan isterinya sekarang ini lebih sulit untuk berjalan akibat baby bump nya sudah membesar.

Rafael Marcus membuka pintu bilik berwarna coklet tua itu. Kagum Ariya Marshanda melihat rekaan didalam bilik itu.

Dengan katil saiz king, dinding berwarna putih berserta coklet sungguh menarik perhatian nya.

"Nie bilik kita. Cantik tak sayang? Abang upah orang buat decoraction bilik nie khas untuk sayang,"

Tersenyum sedikit gadis itu. Kaki nya lantas memasuki ke dalam ruang bilik itu .

Kaki menghampiri katil sebelum punggung mencecah tilam empuk itu.
Tudung dibuka, rambut dikemaskan ditepi telinga.

Badan dibaringkan.

Selesa.

Mata dipejam rapat. Tidak peduli sang suami masih memerhati nya. Badannya sangat selesa dengan suasana baharu itu.

Entah mengapa dia berasa malas semenajak kandungannya mencecah ke empat bulan, dia malas sangat. Selama sebulan perangai nya demikian.

Masak pun malas, mandi pun malas. Asyik tidur sahaja. Sampaikan makan pun Rafael Marcus yang mengingatkan nya.

"Sayang tidur lah dulu. Abang nak turun bawah kejap,ambil barang,"

Ariya Marshanda hanya menganggukan kepala nya sedikit. Derapan kaki suaminya itu dihantar sehingga ke hujung pintu.

Rafael Marcus  (UNEDIT)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang