PART 46

10.7K 427 48
                                        

"Abang... Ariya dengan Rafael gaduh ke?," Tanya Liya kepada suaminya.

Daniel mengangkat bahu tanda tidak tahu apa apa. Liya menjeling nya tajam.

"Yelah tu tak tahu. Tengok tengok nak back-up kawan rupany,"

Perli Liya. Lantas Daniel memusing badannya.

"Tak de masa lah... But abang ada dengar Rayyan dengan Ipan cerita yang Pael tu fitnah Ariya gara gara gambar naked Ariya dengan laki lain. Sedangkan tu gambar edit. Entah lah, abang pun pelik tengok si Pael tu, suka sangat buat keputusan terburu-buru. Terlalu ikutkan amarah. Tu lah jadi nye,"

Terang Daniel. Kalau ditanya dengan Ariya Marshanda confirm dia cakap

Tak ada apa. Aku okay je.

Itulah jawapan yang diberi nya. Macam lah tidak kenal gadis kecil itu.

"Tapi kan bang, Ariya tak balik rumah semalaman. Tu pun dengar dari Tasya. Sebab nak contact Ariya pun phone dia off,"

Liya kebingungan. Kemana lagi kawannya itu pergi?

"Tahu. Rayyan dah detected kat mana Ariya. Now, dia ada je kat kampung halaman Ariya,"

Liya terbutang mata. Oh, itu yang dimaksudkan oleh Tasya semalam.

"Serious lah! Habis tu Mak Lina macam-mana?! Tak kan hancur Ariya kena dera. Dah lah Ariya tu mengandung! Aduh,"

"Dah mati orang tua tu,"

Dengan selamba Daniel berkata. Tapi memang betul cakap nya. Mak tiri Ariya Marshanda sudah mati akibat pengunaan ubat yang salah.

"Baguslah kalau dah mati. Memang muka macam tu tak patut hidup kat dunia nie. Buat semak je,"

Lancang sahaja mulut Liya. Membulat mata koko cair Daniel.

"Amboi mulut kau tu, nak aku cili ke?,"

Marah Daniel dengan isterinya. Liya menjelirkan lidah tanda tidak takut kepada suaminya.

"Buat cam tu lagi. Nak sangat merasa api neraka,"

Dengar sahaja perkataan api neraka terus kecut perut Liya.

Daniel mengundang ketawanya. Lucu sangat muka kecut bini nya. Tahu takut!

---------------

"Kenapa jadi macam nie Abang! Mama ingat kamu tu dah besar pandai fikir mana betul mana salah. Kamu tahu tak bini kamu tu mengandung! Perasaan orang mengandung dengan orang tak mengandung tak sama abang!,"

Tengking Datin Dahlia kepada anak sulungnya itu. Rafael Marcus hanya mampu mendiamkan diri.

"Abang tak sengaja mama. Ye, abang tahu abang salah. Abang still berusaha pujuk Ariya, Ma. But, hmm susah lah nak cakap,"

Adu nya kepada Datin Dahlia. Kalau Datuk Zack Marcus tahu hancur anak sulungnya itu.

Rambut dikusutkan. Cukup sahaja memujuk wanita memang susah. Memerlukan kesabaran, kalau tak de kesabaran memang tak akan berjaya.

"Tu lah kamu. Pandai buat pandai tanggung! Kalau apa apa jadi dengan cucu mama siap kamu Pael! Turunkan ego tu kalau nak pujuk bini. Pujuk dengan sepenuh hati, bukanya buat-buat tak tahu! Abang... Abang... Kamu tu dah 26 tahun! Bukan 6 tahun. Pujuk bini kamu tu sampai berjaya. Kalau hati dah keras susah nak dijadikan lembut. Macam daging, kalau tak dimasak lama mana tak nye datang lembut tu. Ingat, abang! You are big now, not a child. You can think about this, Abang,"

Rafael Marcus terdiam. Kata kata Datin Dahlia memang cukup menyentaknya.
Dia terlalu ego sehinggakan mengabaikan hati seorang yang dicintainya.

"Okay mama. Thanks for give me a advice,"

Rafael Marcus  (UNEDIT)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang