Selesai sahaja di menelefon Rafael Marcus, terus dia menyimpan handsetnya di dalam poket seluar. Lantas dia menghampiri wad milik Liya. Dapat dia melihat wajah polos tersebut.
Liya sungguh cantik di mata nya. Wajah yang berbentuk menarik dapat sahaja menarik minat setiap lelaki. Rambut nya yang keperangan yang asal itu telah terurai bebas.
Lantas sahaja tangan Daniel menaik ke muka Liya dan diusap lembut nya muka tersebut. Dia tersentak dengan satu suara. Terus dia mengalihkan tangannya.
"Amboi sedap eh sentuh ank dara orang,"
Suara Radifan Marcus menyentak dia. Terus dua orang jejaka kacak itu masuk ke dalam wad Liya.
"Nape dengan perempuan tu Den?," Ujar Rayyan.
"Masa aku jumpa dia semalam... aku adalah cerita pasal Zndra. Tiba je dia cakap dia sakit kepala lepas tu pengsan terus. Aku bawaklah pergi hospital, lepas tu doktor cakap yang dia pernah amnesia. Gara-gara ada cakap pasal Zndra menyebabakan dia teringat perkara yang buruk. Aku tak tahu lah, kenapa dia teringat kan perkara itu,"
Ujar Daniel dengan rata. Matanya masih menatap wajah pucat Liya. Sayu sahaja wajah gadis itu.
"Pelik nya, kau dah pernah tanya apa nama penuh dia? Tak kau pelik ke, dia tu Zndra? Apa ke?,"
Memang pelik bagi mereka tentang itu. Ada juga terselit perasaan mengatakan Zndra dan Liya adalah orang yang sama.
"Nanti aku tanya dia, haah korang buat apa kat sini?," Tanya Daniel.
"Main masak-masak,"
"Aku tanya betul-betul nie babi,"
"Aku kata betul-betul lah kenapa?,"
"Memang sial jugak eh cakap dengan anak haram nie,"
"Aku anak suci,"
Berbalas-balas sahaja antara Daniel dan Radifan Marcus. Rayyan hanya mendiamkan diri, dia bukan nya mudah nak bercakap.
"Morang boleh tak berhenti macam budak kecil, bukan nya rumah nie. Kau tahu tak H.O.S.P.I.T.A.L,"
Dengan mengeja satu persatu perkataan hospital tersebut.
"Sukahati lah. Nie hospital keluarga aku. Kau diam,"
Rayyan hanya menggelang kepala mendengar kata-kataRadifan Marcus.
"Assalammualaikum,"
Ujar suara seorang wanita menyentak mereka bertiga.
"Liya! Ya allah macam mana boleh jadi nie? Kenapa Encik Daniel buat kawan saya macam nie haa!,"
Tasya terus meluru ke katil Liya. Dengan perasaan yang marah dia terus menengking Daniel. Daniel hanya mampu mendiamkan diri sahaja.
"Wow... Wow... Bawa bertenang anak muda,"
Ujar Radifan Marcus perlahan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Rafael Marcus (UNEDIT)
RomanceBOOK 1 || MARCUS SERIES || MARCUS GENERATION RAFAEL MARCUS | MY SWEETHEART'S MAFIA My first book. Don't expect too much. There have a lot of error in this story. UNEDIT! Thankyou. #HIGH RANK#2Sweetcouple6'4#1Mafia19'5#1Caring25'5#1Teenfiction9'7,23...