Virtual Love
07Likiran mataku setia memandang siling putih setelah lama membaringkan badan atas katil serba empuk. Sambil-sambil itu, aku memikirkan nasib yang menimpa diri.
Sejak-sejak aku ketagih bermain permainan Virtual Love, kehidupanku berubah 360 darjah, sepenuhnya. Aku lebih banyak mengurungkan diri di dalam bilik dan menghabiskan masa dengan menghadap komputer riba sepanjang hari.
Akibat dengan itu, keputusan peperiksaan pertengahan juga bukan main lagi jatuh merudum, sehinggakan eomma menarik semula kemudahan yang aku miliki dengan merampas telefon bimbit dan komputer riba.
Tetapi, apa yang lebih memeritkan diri, hubunganku dengan sahabat lain turut terkesan, dimana ianya semakin renggang setelah sekian lama aku jarang bertegur sapa dengan mereka.
Melihatkan ketegangan hidup yang aku hadapi, nampak gayanya aku perlu bertekad untuk memaksa diri menjadi orang yang lebih berguna.
Aku pun bingkas bangun dari pembaringan sebelum beredar keluar dari bilik. Perlahan-lahan aku menuruni anak tangga lalu mengapai ganggang telefon rumah.
"Maaf kalau mengganggu, tapi boleh tak saya nak bercakap dengan Taehyung?"
· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·Setelah sekian lama tidak bertegur sapa, akhirnya Jungkook menjalinkan semula hubungan persahabatan dengan mereka berlapan. Siapa lagi kalau bukan Taehyung, Hoseok, Namjoon, Seokjin, Jimin, Agust D, Suga dan pastinya Toongi.
"Sorry pasal haritu. Aku tersangatlah emo waktu tu" pintanya kemaafan kepada mereka ketika berbual dalam perjalanan ke sekolah.
Mereka yang rancak bersembang terus terdiam, seperti tidak mahu memberi reaksi maaf kepada Jungkook. Ego.
Seperti tahu perasaan mereka,
"Okeyh aku tahu korang takkan maafkan aku. Tapi aku janji, takkan berjaga sepanjang malam, percayalah" janji Jungkook.
"Betul ni?" soal Suga yang memandang Jungkook dari atas sampai bawah berserta riak wajah penuh kesangsian.
"Betul~" Jungkook mengangguk yakin.
· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·Setelah tamat subjek pendidikan sukan dan jasmani, aku menapak ke loker untuk mengambil buku subjek seterusnya, matematik.
Namun, langkahku terhenti seketika ekoran sekumpulan gadis berkerumun mengelilingi sesuatu. Aku memandang hairan terus menghayun langkah ke tempat tersebut.
"Hey budak baru yang noob lagikan skema, kau sepatutnya pergi sekolah lain, bukannya sekolah berprestij macam ni" herdik gadis bertoncang pada gadis yang duduk memeluk lutut di bawah. Kepalanya turut ditunjal kasar oleh gadis tersebut.
Aku bersimpati tatkala melihat gadis di bawah tersedu sedan menahan tangis. Tanpa lengahkan masa, aku segera melantangkan suara, membuatkan sekumpulan gadis tersebut terperanjat besar.
"Korang ni dah tak ada kerja lain ke kat sekolah ni hah? Asyik-asyik nak buli budak baru saja, ingat mak bapak korang sesuka hati je nak sekolahkan budak-budak macam korang ni?" pedas aku berbicara.
Gadis yang menunjal kepala pelajar baharu tersebut terus menikus ketakutan. Begitu juga rakan-rakannya lain, acah-acah queenka konon!
"Sorry, Kook oppa. Kami janji takkan buat lagi"
"Korang patut mintak maaf kat budak tu, bukannya aku"
Selepas mendengarkan apa yang aku kata, sekumpulan gadis tadi terus menghampiri pelajar baru tersebut lalu memohon maaf.
"Oppa beri amaran, kalau lagi sekali oppa nak korang acah-acah queenka kat sekolah, oppa tak teragak-agak nak pergi report pada pengetua.
Em dah. Pergi dari sini sebelum oppa tukar fikiran" jari jemariku sengaja dikibas-kibas untuk mengusir mereka.
Mereka pun berlalu pergi, hanya tinggal aku dan pelajar baru di situ.
"Terima kasih kau sebab tolong saya. Kalau oppa tak ada tadi, mesti teruk saya dikerjakan" ucapnya sebelum merobek senyuman kecil buatku.
"No matterlah, hehe. Tapi kalau dorang kalau lagi kamu, bagitahu kat oppa. Biarlah oppa ganyang dorang sampai lumat" kataku sekadar bergurau. Si gadis berkaca mata bulat itu menyambut gurauan tadi dengan tawa kecil. Comel betul dia gelak.
Tiba-tiba, aku terdengar derapan kaki melangkah laju, seolah-olah menghampiri kami berdua.
"Mianhae, Ramyun sebab tinggalkan kamu sorang-sorang kat sini, tadi unnie terlupa ambil barang kat garaj moto"
Aku mula tercari-cari pemilik suara dengan menoleh ke sana sini. Akibat dengan itu, anak mataku kini bertembung dengan gadis yang jelita orangnya.
🍉🍉🍉🍉🍉
Buat siapa yang nanti-nantikan chapter seterusnya, pastikan vote dan comment tau 😝💕
YOU ARE READING
【✔️BTS】𝑽𝒊𝒓𝒕𝒖𝒂𝒍 𝑳𝒐𝒗𝒆 • 𝓙𝓮𝓸𝓷 𝓙𝓾𝓷𝓰𝓴𝓸𝓸𝓴
Ciencia Ficción©2019 -𝐊𝐇𝐀𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐁𝐔𝐄𝐍𝐎 (𝐖𝐀𝐒 -𝐏𝐔𝐁𝐆𝐌𝐈𝐍) 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘𝐋𝐈𝐍𝐄 [BANGTAN SERIES #6] ✧════════════•❁❀❁•════════════✧ Virtual Love, sebuah permainan video berkonsepkan cinta dan feminin, dimainkan secara ketagih oleh jejaka kacak bernam...