Always vomments 🎲♥️
🍉🍉🍉🍉🍉
Virtual Love
09Kaki digoyang-goyangkan dengan penuh gementar dan resah, ditambah pula manik-manik peluh mula merenih pada dahi licin milik jejaka itu. Beginikah rasanya temu janji secara realiti buat kali pertama?
Debarannya kian terasa tatkala figura gadis bertubuh kecil dan ramping menghampirinya dengan segaris senyuman manis.
Berbekalkan pengalaman yang dia tempuhi semasa bermain Virtual Love, Jungkook bingkas bangun dari kerusi lalu menghala ke arah kerusi bertentangan denganku.
Kerusi yang bakal diduduki si dia tidak diseret, sebaliknya dia mengangkat sedikit ke belakang, agar tidak membuat bunyi yang kurang menyenangkan buat pelanggan yang lain.
"Jemputlah duduk, cik Rachel" tutur Jungkook bersuara maskulin sebelum memimpin Rachel ke tempat duduk. Dengan perlahan-lahan, gadis jelita melabuhkan punggung pada tempatnya.
Setelah si dia selamat berada di situ, Jungkook melangkah kembali ke tempat duduknya. Pelayan pun tiba di tempat mereka berdua tidak lama selepas itu.
Selepas membuat pesanan, pelayan itu berlalu pergi.
"So, awak dah lama bersekolah di situ?" Jungkook yang masih gelabah cuba menyoal perkara mudah dijawab oleh Rachel.
"Ya dari tahun pertama lagi" jawabnya ringkas.
"Betul ke? Kenapa saya tak pernah perasan awak pun?" Jungkook mula berasa teruja untuk menyoalnya lagi. Wajah Jungkook yang kelihatan teruja membuatkan Rachel tersenyum malu.
"Awakkan atlet sekolah, selalu saja keluar bertanding. Manalah sempat nak cari saya" ujar Rachel yang sudah tertunduk ke lantai, malu agaknya.
"Ye tak ye jugak kan?" Jungkook mengakhiri perbualan dengan menggosok belakang leher jinjangnya.
Suasana temu janji Jungkook dan Rachel agak sedikit kekok dan tidak saling berinteraksi seperti pasangan-pasangan yang datang ke restoran mewah ini. Namun, keadaan hening dapat dineutralkan sejurus hidangan yang dipesan siap terhidang di meja mereka.
Mereka pun mula menikmati juadah itu.
· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·Setelah menjamah makanan, akhirnya mereka berdua keluar bersiar-siar di sekitar kota metropolitan.
Nampaknya, mereka berdua berseronok disaat berjalan mengelilingi kawasan bandar, tidak seperti di restoran. Bagi mereka, restoran bukanlah tempat yang sesuai untuk bertemu janji.
Sedang mereka menuju ke lokasi seterusnya, Jungkook dalam diam telah berhasrat untuk melamar Rachel di khayalak ramai, lebih-lebih di kawasan kaki lima.
Dengan kekok, Jungkook menyentuh bahu milik Rachel untuk memanggilnya. Rachel yang berpaling ke belakang melopong mulut setelah Jungkook sudah melutut dihadapannya.
"Saya tahu kita baru seminggu berkenalan, tapi hati saya ni berdebar tiap kali berjumpa dengan awak. Jadi Rachel Sohye Moon, sudikah awak menjadi kekasih hati buat diri saya?" luah Jungkook seikhlas hati sebelum mengangkat sekotak bekas merah baldu kepada Rachel.
Sekali lagi, Rachel diserang teruja melihat cincin pemberian Jungkook cukup cantik dan elegan.
"Y-"
"TAK!"
Semua orang terkejut besar lantaran terlihat skrin televisyen gergasi diletakkan pada bangunan mula terpadam dan kemudian terpaparnya ilustrasi beriak wajah marah. Jungkook turut terperanjat tatkala sudah mengetahui gerangan di kaca televisyen tersebut.
"Jeon Jungkook, kau dengar sini! Aku takkan lepaskan kau walau apa cara sekali pun!" tengking YJ.
"Apa hak kau untuk halang aku? Aku ada perasan, bukan macam kau. Hanya bernyawa di permainan Virtual Love, bukannya di bumi yang nyata ni!" jerkah jejaka itu sekuat hati.
"Siapa kata aku tiada perasaan? Aku ada sebenarnya, tapi itu cerita dulu! Kalau kau nak pompuan tu selamat, lebih baik kita bercinta!"
"YJ, aku mengaku yang aku pernah mencintai kau. Tapi ianya cinta terlarang. Disebabkan kau, aku berjaga setiap malam sehinggakan aku tak boleh fokus dalam kelas.
Sebab kaulah, aku hilang kawan! Aku hilang arah tuju! Aku hilang segala-galanya!
Kita bukanlah dari dunia yang sama. Kau dalam permainan, aku pula berpijak di bumi yang nyata. Jadi tolonglah fahami keadaan sekarang ni, yer YJ?" luah Jungkook untuk menyakinkan YJ.
YJ cuba mentafsirkan kata-kata Jungkook, namun niatnya menjernihkan keadaan terus terhapus lantaran tubuh kecil gadis yang dicintai didakap Jungkook penuh erat. Keadaan ini memarakkan lagi kemarahan YJ.
"KAU DAH MELAMPAU, JEON JUNGKOOK! "
Telefon pintar milik orang ramai terus terapung-apung di udara telah menyebabkan Jungkook terkesima.
"INI BALASAN SEBAB MENCALARKAN KEPERCAYAAN AKU PADA KAU!"
Lantas, telefon-telefon berdesup meluru tepat pada mereka berdua. Tanpa berfikir panjang, Jungkook merentap tangan Rachel sebelum mereka berdua memecut lari dari situ.
🍉🍉🍉🍉🍉
Hehe terkejut dengan pendedahan ni?
YOU ARE READING
【✔️BTS】𝑽𝒊𝒓𝒕𝒖𝒂𝒍 𝑳𝒐𝒗𝒆 • 𝓙𝓮𝓸𝓷 𝓙𝓾𝓷𝓰𝓴𝓸𝓸𝓴
خيال علمي©2019 -𝐊𝐇𝐀𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐁𝐔𝐄𝐍𝐎 (𝐖𝐀𝐒 -𝐏𝐔𝐁𝐆𝐌𝐈𝐍) 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘𝐋𝐈𝐍𝐄 [BANGTAN SERIES #6] ✧════════════•❁❀❁•════════════✧ Virtual Love, sebuah permainan video berkonsepkan cinta dan feminin, dimainkan secara ketagih oleh jejaka kacak bernam...