♦️O♦️

580 75 23
                                    

Wauthormelon nak selesaikan fanfic ni secepat mungkin hehe, enjoy!

🍉🍉🍉🍉🍉

Virtual Love
10

Dadanya berombak-ombak akibat pernafasan tercungap-cungap setelah lama berdesup melarikan diri daripada serangan YJ, berupa telefon bimbit.

"Apa yang sudah terjadi, Jungkook? Saya tak fahamlah!" bentak Rachel kebingungan.

Jari telunjuk milik Jungkook lantas meniti pada alur bibir merah delima Rachel, menyuruhnya untuk diam seketika. Takut-takut YJ mengetahui tempat persembunyian sementara mereka di lorong belakang kedai.

Nampaknya, jejaka ini perlu ceritakan hal yang sebenar kepada bakal kekasihnya.

"Rachel sayang, yang serang saya tu sebenarnya watak utama dari permainan Virtual Love" kening si gadis menawan bertaut keliru.

"Saya akui yang saya pernah jatuh cinta padanya. Tapi bila difikirkan semula, bercinta dengan watak permainan seolah sia-sia memandangkan si YJ hanyalah-"

"HANYALAH APA? PATUNG YANG LUAHKAN KEBOSANAN SAJA?"

Jungkook dan Rachel terdiam seribu bahasa seusai terdengar suara misteri tersebut. Sekali lagi, Jungkook meraih tangan milik Rachel sebelum mengatur langkah beredar dari situ.

"KAU TAKKAN TERLEPAS DARI CENGKAMAN AKU, JEON JUNGKOOK. SEHINGGA KE LUBANG CACING SEKALIPUN AKU PASTI TEMUI KAU!"

"Shit!" hambur carutan dari bibir Jungkook akibat marah membuak-buak akan YJ.

Dalam fikirannya, hanya memikirkan satu perkara yang mungkin berpuncs insiden ini.

"Namjoon!"


· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·

Pintu utama kediaman milik keluarga Kim diketuk secara kasar dan terdesak. Tidak sampai seminit, akhirnya daun pintu terkuak luas.

"Maaf mengganggu makcik, tapi kami perlu berjumpa dengan Namjoon, sekarang."

Mendengarkan hajat sebenar Jungkook bertandang ke sini, Puan Kim terus menjemput mereka berdua memasuki kediaman mereka.


· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·

Setelah sekian lama mencoret, jejaka berlesung pipit ini menyudahkan teks ucapannya dengan ungkapan yang bakal memberi kesan kepada hadirin-hadirin itu nanti.

Namun, dia tersentak tatkala pintu kamar tidurnya diketuk kasar, seperti mahu tercabut pintu tersebut. Akibat dengan itu, Namjoon termelatah dahsyat sehingga terconteng teks dikarangnya.

Dia pun bingkas bangun dari meja belajar lalu mengatur langkah ke pintu bilik berkunci dengan perasaan kecewa.

Setelah tombol pintu dipulas geram, Jungkook berdesup memasuki biliknya dengan riak wajah penuh gelabah.

"Tolong aku, Joon"


· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·

Mata sepet Namjoon terbeliak besar setelah Jungkook bercerita mengenai permainan Virtual Love. Patutlah item yang disimpannya selama ini hilang tanpa dikesan, rupa-rupanya Jungkook senyap-senyap mengambil dari biliknya.

"Serious talk, aku ingatkan kau sorokkan video porno dari aku"

"Kepala hotak aku, permainan Virtual Love bahaya untuk dimainkan, lagi-lagi kau. Sebab tulah aku sorok dalam kotak tu"

"Kenapa pula aku? Kenapa Joon?" desak Jungkook, mengharapkan jawapan dapat dititipkan dari bicara Namjoon.

"Pasal itu, kau tak perlu tahu." jawapan Namjoon telah menyerabutkan fikiran Jungkook

"Kalau tak nak bagitahu sebabnya, aku tak kesah sangat. Yang aku nak tahu sekarang, macam mana nak musnahkan si YJ tu?

Sebab kau satu-satunya yang memiliki permainan Virtual Love, dan aku pasti kau tahu penyelesaian masalah ini."

"Pasal penyelesaian untuk musnahkan YJ, sorry aku tak dapat tolong, aku tak tahu sebenarnya." bicara Namjoon secara mendatar. Dia ada niat tersendiri untuk tidak membantu jejaka bergigi arnab itu.


· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·

Jungkook meninggalkan kediaman tersebut dengan perasaan yang berkecai, tidak menyangka sahabat baiknya mengambil keputusan untuk tidak bekerjasama.

"Joon oppa ada cakap apa?" Rachel menyoal dengan wajah menikus ketakutan. Jungkook menghambur nafas begitu berat sebelum menutur.

"Namjoon tak dapat tolong-"

"Tunggu!" laung seseorang yang bergegas keluar dari rumah. Jungkook dan Rachel lantas menoleh ke belakang.

"Aku tahu penyelesaian. Mari pergi rumah kau" tutur Namjoon bersemangat. Persetankanlah perasaan sayangnya terhadap YJ selama ini, nasib sahabatnya perlu diutamakan.

"Rumah aku?"

🍉🍉🍉🍉🍉

Guys, Wauthormelon nak kabo ni. Virtual Love akan menamatkan penceritaannya di chapter, chapter, chapter seterusnya. Che nak bubye awai-awai kat sini hehe.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
【✔️BTS】𝑽𝒊𝒓𝒕𝒖𝒂𝒍 𝑳𝒐𝒗𝒆 • 𝓙𝓮𝓸𝓷 𝓙𝓾𝓷𝓰𝓴𝓸𝓸𝓴Where stories live. Discover now