Di hari yang barakah ni, Wauthormelon nak payung double update, enjoy ❤️✨
🍉🍉🍉🍉🍉
Virtual Love
08"Terima kasihlah sebab tolong adik sepupu saya sorang ni, kalau tak tahulah apa jadi kat dia" gadis itu terus meramas perlahan rambut Shin RaMyun. Dia mengeluh kecil lantaran rambut potongan paras bahu miliknya dikusutkan bukan atas kerelaanya.
"Perkara kecil je" Jungkook tertunduk memandang lantai, malu untuk menatap wajah si gadis itu.
"Em- boleh saya tahu nama awak?" tanya Jungkook sedikit gugup, cuba mengambil kesempatan yang ada untuk berkenalan dengan gadis dihadapannya kini.
"Rachel Jihye Moon, pelajar tahun ketiga. Nama awak pula?" gadis yang mempunyai rupa paras yang jelita telah menghulurkan tangan untuk berjabat perkenalan.
Jungkook yang terkesima dengan tindak tanduk bersahaja gadis itu terus menyalaminya.
"Jeon Jungkook, pelajar tahun akhir a.k.a senior awak" jejaka itu cuba mengekalkan ekspresi wajah kebiasaannya untuk menutupi perasaan berdebar.
"Jangan kata yang aku ni dah jatuh cinta dengan dia pulak" monolognya dalam hati. Perlahan-lahan dia menggeleng kepala untuk menidakkan kata hatinya.
"Awak, awak~" Jungkook tersentak ketika namanya dipanggil lembut oleh Rachel. Dia seolah-olah berangan seketika lantas tersedar. Rachel tersenyum manis apabila memerhati riak wajah cuak Jeon Jungkook.
RaMyun yang berasa tak senang perut menarik-narik hujung baju gadis jelita itu.
"Ppaliwa, Rachel unnie. Ramyun takut terlewat, lagi-lagi hari pertama bersekolah dekat sini" desaknya.
Rachel menggunakan bahasa badan menyuruh adik sepupunya tunggu seketika sebelum pen dan kertas dikeluarkan dari beg. Dia mencatit sesuatu atas kertas kecil lalu diberikan pada Jungkook.
"Call me soon" ucap Rachel bersama lambaian tangan sebelum berlalu pergi dengan RaMyun.
Jungkook melambai semula dengan kekoknya, menghantar pemergian mereka berdua sehingga lesap dari pandangannya.
Lirikan matanya mula jatuh pada kertas kecil yang dicoret ringkas oleh Rachel, dan ianya nombor telefon milik gadis jelita itu.
· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·"Awak free tak hujung minggu ni" soal Jungkook teruja ketika membuatkan panggilan kepada seseorang.
Tidak lama selepas itu, jejaka kacak mengoyakkan senyuman arnabnya tatkala menerima jawapan yang dinanti-nantikan sejak dari awal panggilan.
Akhirnya, Jungkook meletakkan gagang telefon dengan perasaan yang sukar ditafsirkan.
...
Tak guna, Jungkook! Kau tikam belakang aku rupanya. Mati-mati aku ingatkan kau cintakan aku sepenuh jiwa raga, rupa-rupanya tak 💔!
Patutnya aku sekat panggilan kau dari tadi.
Tak apa Jungkook, kalau beginilah kau permainkan perasaan aku, aku akan mulakan permainan buat kau 😎🎮!
Nantikan!
🍉🍉🍉🍉🍉
Makin psiko jadinya unknown people ni kan? Apa-apapun, Wauthormelon akan bongkarkan identiti unknown people ni di chapter seterusnya.
YOU ARE READING
【✔️BTS】𝑽𝒊𝒓𝒕𝒖𝒂𝒍 𝑳𝒐𝒗𝒆 • 𝓙𝓮𝓸𝓷 𝓙𝓾𝓷𝓰𝓴𝓸𝓸𝓴
Sci-fi©2019 -𝐊𝐇𝐀𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐁𝐔𝐄𝐍𝐎 (𝐖𝐀𝐒 -𝐏𝐔𝐁𝐆𝐌𝐈𝐍) 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘𝐋𝐈𝐍𝐄 [BANGTAN SERIES #6] ✧════════════•❁❀❁•════════════✧ Virtual Love, sebuah permainan video berkonsepkan cinta dan feminin, dimainkan secara ketagih oleh jejaka kacak bernam...