Harini ialah hari raya yang pertama ! Aku adalah makhluk yang paling lewat sekali bangun . Lepas subuh terus aku tidur semula . Mengantuk weh !!! Yelah , tidur pun lambat . Korang bayangkan , aku bangun time orang dah siap pakai baju raya apa semua . Apalagi , menggelabah aku pergi tandas .
Sesampai sahaja di tandas , tidak ku perasan lantainya licin ! Terus pipi aku mendapat ciuman mesra daripada lantai . Terima kasih lantai !
"Auchhh !!!!! Sakit muka aku !!!!" Jeritku
"Tu lah kau , padan muka ! Tidur lambat lagi" kata Is menambahkan sakit dihatiku
"Kau diam sebelum aku tumbuk mulut kau" kataku mendatar sambil mengaduh kesakitan
Namun , tiada respon yang menarik dari family aku HAHAHAHAHAH . Mereka meneruskan kegiatan di pagi raya macam biasa .
Lalu , aku bangun dengan gagahnya dan berjalan ke bilik air dengan berhati hati .
Aku meraba2 bahagian atas pam air yang ada dalam bilik air aku tu .
'Eh mana pulak ni' getusku
Ha dapat pun ! Belum sempat aku mencapai berus gigi . Aku tak sedar yang berus gigi aku berada di hujung2 pam air menunggu masa untuk jatuh ke bawah .
Entah macam mana berus gigi tu terus 'terjun' ke dalam lubang jamban dan aku tak sempat nak capai ! Lalu aku memandang sayu ke arah arwah berus gigi aku yang berenang renang di tempat baru .
"Apalah malang sangat nasib aku harini" kataku perlahan
"Lia !!!! Tolong ambik berus gigi dalam almari tu . Yang tak bukak lagi tu . Warna hitam tu" laungku kepada Lia
"Jap" kata Lia pendek
Alhamdullilah pertolongan sampai !
Sememangnya aku ada berus gigi lebih . Aku akan beli setiap bulan . Dan aku akan tukar 3 bulan sekali . But , berus gigi tu aku baru pakai sebulan !!!
Selepas selesai mandi , aku bersiap2 . Aku menyarung baju raya ku yang berwarna hijau emerald dan bermanik di bahagian pinggang . Simple but cantik ! Setelah hampir 25 minit aku 'mengecat' muka dengan makeup lalu aku sarungkan shawl satin yang bewarna silver . Nasib baik tudung aku memberi kerjasama yang baik .
Aku mencari2 brooch di dalam almari . Sememangnya aku hanya letak brooch dekat situ semenjak seminggu yang lepas . Aku beli kat pasar malam je . 10 ketul 6 hinggit .
'Mana brooch aku?' Tanya hatiku
"Weh mana brooch aku?" Tanya aku kepada ahli keluarga aku
"Brooch tu apa?" Tanya adikku yang paling bongsu
"Brooch tu senduk . Nak letak dekat tudung ni" kiasku
"Oh , senduk kat dapur" balasnya lalu beredar dari ruang tamu dan pergi ke luar rumah
Ayah dan Is dah takde . Pergi masjid untuk sembahyang raya .
"Kau letak kat mana ?" Tanya Lia
"Letak dalam almari" balasku
"Budak2 ni pakai lah" kata Tiqa
"Weh tu kan aku punya . Yang korang pakai kenapa?" Tanyaku . Marah ? Sedikit . Sakit hati ? Banyak !!!!!!
"Ni ada lebih lagi 2 ketul . Cukup ke?" Tanya Lia
"Bagi lah sini" kataku sambil membuat muka masam
Mana tak nya . Aku dah lah bernasib malang harini . Dorang pulak menambah malang aku . Rasa nak hantar adik beradik aku dekat rumah kebajikan . Tapi tu lah . Keluarga kan .
YOU ARE READING
Crush Aku Anak Raja !
RandomHi guys ! this is my first story writing . Hope you guys like it ! SITI LISYA HUSNA - its me yow ! Seorang perempuan biasa yang datang dari family yang biasa2 saja . Anak ke3 dari 6 org adik beradik . Aku ni takdelah cerdik sangat tapi takde lah t...