After extra class
10a.m"Nur , jom balik kampung !" Ajakku
"Eh , aku kenalah balik rumah dulu packing baju" kata Nur
"Haah , aku tak packing lagi baju" ujar Iqa
"Sumpah ah ? Aku ingat balik ni terus nak balik kampung . Aku dah packing barang dah semalam . Dah masuk dalam bonet dah pun" kataku bersemangat
"Eh awal , nak balik awal2 ni nak buat apa ? " usik Nur
"Nak jumpa mak aku . Rindu" kataku ringkas
"Haritu baru jumpa kan ? Ke nak jumpa orang lain ni ?" Tebak Iqa
'Aku pijak kau karang' getusku .
Aku diam membisu malas nak balas . Nanti mesti aku kena balik . Iqa kalau bergabung dengan Nur memang aku kalah .
"Jom balik rumah kiteorang dulu . Nak packing2 sikit je . Balik 2 hari je kan ? Lusa kita balik lah sini semula" Iqa memberi cadangan
"Mana mana lah" ujarku
Skip
Kampung
2p.m"Loh , kenapa balik pulak ni ?" Tanya Encik Nazri ( bukan nama sebenar ) apabila kereta aku dah masuk ke laman rumah .
Siapa Encik Nazri ? Tu ayah aku lah .
"Saje nak balik . Harini nak ikut Nur pergi majlis Iftar" kataku selepas bersalam dengan ayah .
"Oh , dekat bandar tu ke ?" Tebak ayah
"haah , Nur ajak . Saja nak teman Nur. Ayah sihat ?" Tanyaku . Mengubah topik .
"Alhamdullilah sihat , sakit lutut sikit je" kata ayahku
Tiba2 kedengaran satu suara dari arah belakang .
"Ye ke nak teman Nur ? Ke nak tengok anak raja tu ?" Tebak Lia lalu dia tertawa besar
"Mana ada , mana ma ?" dalihku
"Ada kat dalam bilik tengah solat" kata lia .
Terusku meluru masuk rumah . Saja nak lari . Karang duk situ lama2 makin banyak pulak kakak aku tu tanya . Malas nak jawab . Eh bukan malas tapi segan . Sebab apa yang dia teka tu semua betul HAHAHAHAHAHAHAHA so baik aku lari dulu .
Skip
Nur : lisya nak amik aku pukul berapa ? Family aku pergi dulu so kita jumpa family aku kat sana je .
Lisya : pukul 6.15 lah . Sampai sana maybe 6.30 . Berbuka pukul 7 lebih .
Nur : okay bereh boh ! Family kau tak pergi ke ?
Lisya : tak kut . Ayah aku sakit lutut . Kesian pulak . Eh ada solat terawih sekali ke ? Kalau ada nak bawak telekung ni .
Nur : ha ada ada . Bawak lah . Lupa pulak nak kasitau kau .
Aku cuma baca mesej terakhir yang dihantar . Malas nak reply HAHAHAHAHAHAHAHA . Nasib kau lah Nur makan bluetick .
Iftar
"Lisya jom cari tempat duduk dulu" ajak Nur tatkala kami sampai di majlis tu .
"Ha ye ye" kataku
"Eh lisya . Tu Tengku kau tak nak tegur ke ?" Usik Nur
Tengku yang segak memakai songkok dan baju kurta bewarna biru gelap .
'Ciptaan Tuhan semua elok' getusku
"Jom amik makanan dulu" Nur menyedarkan aku yang leka memandang Tengku
"Jangan pandang lama sangat . Karang dia perasan kau jugak yang segan" kata Nur lagi
YOU ARE READING
Crush Aku Anak Raja !
De TodoHi guys ! this is my first story writing . Hope you guys like it ! SITI LISYA HUSNA - its me yow ! Seorang perempuan biasa yang datang dari family yang biasa2 saja . Anak ke3 dari 6 org adik beradik . Aku ni takdelah cerdik sangat tapi takde lah t...