Aku duduk di sofa sambil scroll ig untuk melihat apa yang trending lalu aku nampak ada satu artikel mengenai masyarakat Islam yang tertindas oleh orang yang tak berperikemanusiaan . Didera dengan seteruk teruknya ! Ada satu gambar mereka yang sangat mengerikan . Allah , sakitnya !
'Sabar lah saudara ku' desis hatiku
Jam menunjukkan pukul 10 malam dan mata aku mula nak melabuhkan tirai . Malasnya nak masuk bilik . Aku bangun untuk menutup lampu ruang tamu lalu berbaring di sofa .
"Lisya tolong!" Jerit suara itu meminta pertolongan . Macam suara perempuan .
"Tolong! Sakit! Sakit!" Jerit suara itu lagi . Kedengaran perit .
"Kau berteriak lagi aku korek biji mata kau!" Laung suara itu . Lelaki .
Aku sudah tidak mendengar apa2 suara lagi . Mungkin gerun dengan ugutan lelaki itu .
Aku berjalan untuk mencari suara itu tiba tiba aku melihat seorang perempuan sedang duduk di bawah pokok dan diikat tangannya di batang pokok itu .
Aku bergerak ke arah perempuan itu . Perempuan itu berbaju pink yang lusuh dan terdapat beberapa tompok darah di bahagian dada baju .
Mukanya penuh darah . Aku hanya melihat perempuan itu . Tidak berani menyentuh . Tapi apa yang aku perasan kedua dua kelopak matanya sudah berjahit membuatkan matanya tertutup . Ngilunya aku tengok .
"Tolong aku . Tolong aku . Sakit sangat" rintih perempuan itu .
Aku cuba meleraikan ikatan di tangannya namun belum sempat aku bertindak ada satu tangan yang menarik aku untuk bangun dan bergerak dari situ .
Tengku ? Terkejut aku melihat mukanya .
'Apa dia buat dekat sini ? Kenapa dia tarik aku ? Kenapa dia ? Kenapa mata perempuan tu berjahit ? Siapa yang jahit ? Siapa yang ikat dia dekat pokok ?'
Banyak persoalan yang bermain di minda aku .
Tengku menarik aku ke atas bukit . Eh , nak buat mende kat sini ? . Aku ingin bertanya tapi suara aku tak boleh keluar seolah olah di sekat .
"Jaga hati" kata Tengku tanpa sebarang senyuman lalu pergi meninggal kan aku .
Aku kepanasan sebab tepat2 matahari atas kepala . Aku cuba menahan . Dahaga sangat . Itulah yang aku rasakan . Nak air je .
Tidak lama kemudian datang sekelompok manusia yang aku kenal sangat .
Mak , ayah , Tiqa , Lia , Is , Alis , Syifa . Keluarga aku datang 'menziarahi' aku atas bukit . Terharu . Namun tiada air yang dibawa . Mereka hanya memandangku kosong tanpa senyuman .
'Apa yang dah jadi ni ? Kenapa semua orang tak nak senyum ? Hari masam sedunia ke ?' Getus hatiku .
Tiba tiba ayah aku menunjuk ke arah belakang aku . Aku melihat perempuan yang diikat tadi . Ikatannya telah terlepas . Matanya masih berjahit . Aku dah kecut perut .
Di belakang perempuan itu , ada seorang lelaki yang sangat bengis mukanya . Macam pembunuh upahan . Dia memegang parang yang sudah berkarat .
Perempuan itu terus menarik aku jauh dari keluargaku . Aku cuba meminta tolong . Cuba untuk menjerit namun tidak mampu . Keluarga aku cuma melihat aku ditarik . Langsung tidak membantu .
Tidak dapat aku gambarkan reaksi mereka . Aku hanya menangis . Perempuan itu menolak aku ke arah pokok dan bummmmmm!!!!
Aku tersedar dari tidur kerana terjatuh atas lantai . Sakit pinggang aku woii . Huh , mimpi rupanya . Aku duduk di atas sofa sambil termenung . Aku memegang dada . Jantung berdegup laju seolah olah aku betul betul mengalami mimpi tadi .
YOU ARE READING
Crush Aku Anak Raja !
RandomHi guys ! this is my first story writing . Hope you guys like it ! SITI LISYA HUSNA - its me yow ! Seorang perempuan biasa yang datang dari family yang biasa2 saja . Anak ke3 dari 6 org adik beradik . Aku ni takdelah cerdik sangat tapi takde lah t...