3 hari lepas waktu Nur hantar kad tunang dia kat aku , malam tu jugak Iqa ada call aku . Korang tau tak dia kata apa ? Takpe biar aku jawab . Dia kata dia nak tunang !!!!! Oh really ?!!! Tak sangka dah nak kahwin kawan aku sorang ni .
Tapi dia kata dia tak nak kasitau nama encik tunang dia . Esok baru majlisnya . Esok baru aku boleh tahu siapa tunang dia . Lan kot ?
Nur punya majlis tunang pun esok jugak . Dorang nak tunang hari yang sama ke ? Aishh !!! Tak boleh jadi ni !!! Dua2 kawan aku nak kahwin . Aku je tak laku lagi ni . Anak raja tak nak pinang aku ke ? HAHAHAHAHA
Keesokkan harinya ....
Kalau ikut plan harini aku akan jumpa dorang dekat dewan . Memang betul tekaan aku . Dorang bertunang sekali . Macam macam perangai ! Cuma calon tunang dorang aku tak tahu lagi
Aku memakai baju kebarung berwarna merah hati dan tudung bawal berwarna pink . Cantik ? Aku tahu . HAHAHAHAHAHAH .
Sampai je kat dewan aku cari dorang dulu .
"Lisya !!! Sini sini" panggil Teha ke bilik Nur and Iqa bersiap .
"Woiii macam mana korang boleh nak tunang sekali ah ? Dah lah tak tunggu aku . Siapa tunang kau Iqa ? Kau tunang dengan Lan ke ? Orang mana ? Hensem tak ?" Tanyaku bertalu talu
"Hahahahahaha jap gi kau tengok lah karang dia datang" kata Iqa
"Kenapa korang nak bertunang sekali ni ?" Tanyaku
"Saja nak jimat duit . Lagipon kau ingat tak waktu sekolah menengah dulu kita pernah plan nak tunang sekali" kata Iqa
"Tapi kenapa korang tak tunggu aku ?" Kataku berjauh hati .
Yelah !!!! Plan sama sama tapi last last aku ditinggalkan
"Sebab kau tunggu Tengku kau tu . So , nak tunggu Tengku datang pinang kau sempat aku beranak 10 baby" seloroh Nur
"Em malas lah layan korang" kataku
"Alah jangan lah merajuk . Nanti aku pinang kan Tengku untuk kau" pujuk Nur
"Jap lagi dia happy lah tu" kata Iqa
Ha ? Happy ? Apa maksudnya ni ?!
Skip
Aku melihat Nur dan Iqa cantik duduk di atas pelamin yang ditempah khas untuk bertunang . Adoiyaii , tak sangka pulak plan waktu sekolah bawak sampai ke pelamin .
Pada mulanya Ibu kepada Hanan menyarung cincin tunang kepada Nur dan tak lama selepas itu datang satu figura perempuan yang aku kenali naik dan menyarung cincin ke jari Iqa .
Tu bukan mak Azim ke ?
Aku memandang sekeliling mencari Azim . Tapi tak jumpa . Aku cuma nampak Hanan je .
Selepas majlis sarung menyarung cincin selesai , kami pun bergambar sesama kami . Tapi , tunang Iqa masih tak kelihatan . Aku masih tertanya tanya .
Tiba tiba , datang seorang lelaki . Azim !!!! Dia berkemeja hitam dan kemas . Dia bergerak ke arah kami .
"Ha lisya , ni lah tunang Iqa" kata Nur
Mataku membulat . Aku memandang Iqa meminta kepastian .
"How can ?" Tanyaku
Bukan aku kecewa okay ! Cuma pelik . Iqa kan couple dengan Lan . Macam mana dia boleh tunang dengan Azim pulak .
"Sebenarnya , aku dah putus dengan Lan 2 bulan lepas . Then , lepas peristiwa kau kena serang dengan Shae . Aku banyak kali terjumpa dengan Azim . Dalam masa yang sama , aku tak tahu Azim pun ada perasaan kat aku . Aku ingat aku syok sendiri . Then dia mintak nombor aku . Start dari situ kiteorang kenal" jelas Iqa panjang
YOU ARE READING
Crush Aku Anak Raja !
RandomHi guys ! this is my first story writing . Hope you guys like it ! SITI LISYA HUSNA - its me yow ! Seorang perempuan biasa yang datang dari family yang biasa2 saja . Anak ke3 dari 6 org adik beradik . Aku ni takdelah cerdik sangat tapi takde lah t...