Chapter 1: Return to the past

1.1K 24 2
                                    

"Sakit abang, tolong lepaskan saya". Rayu Mae Ri dalam tangisan.

Melihat pergelangan tangan isterinya yang semakin merah lantas dia melepaskan tangan tersebut dan diberhentikan kereta secara mengejut di tepi tasik. 

Wajah Mae Ri yang sudah lencun dengan air mata direnung tajam. Kalau ikut rasa hati mampus dia kerjakan lelaki itu tapi mengenangkan mereka di tempat awam, dia pendamkan sahaja niat tersebut.

"Siapa lelaki tadi?". Soal Il Hoon mendatar.

"Dia boyfriend Hye Jin. Tadi masa abang datang..Hye Jin pergi toilet". Jelas Mae Ri dengan suara terketar-ketar takut. .

"Kau fikir aku nak percaya? Kau dah pandai menipu sekarang kan Mae Ri".

"Tak! Saya tak tipu. Tolong la percaya cakap saya".

"Dasar perempuan sundal! Kau memang tak cukup satu jantan kan". Wajah Il Hoon terus bertukar menjadi bengis. Dia mula menumbuk tubuh Mae Ri bertubi-tubi dengan sekuat hati. Setiap jeritan Mae Ri ibarat satu kemenangan buat dirinya.

"Abang tolong sakit!!!! Abang bunuh saya! Tolong bunuh saya abang!!". Jerit Mae Ri. Dia dah tak sanggup lagi dilayan sekasar begini. Pada Mae Ri mati lebih baik dari hidup dengan lelaki kejam ini.

Il Hoon tersentak. Serta merta dia berhenti memukul si isteri yang tiada daya untuk melawan. Wajah Mae Ri yang sudah menikus takut dielus perlahan. Mana mungkin dia membunuh Mae Ri sedangkan isterinya itu ibarat nyawanya sendiri.

"Apa sayang cakap ni? Sayang tau kan abang terlalu cintakan sayang. Abang tak boleh hidup tanpa sayang". Sempat lagi dia menguis rambut Mae Ri sebelum memeluk erat tubuh gadis itu.

"Maafkan abang. Abang tak sengaja, abang gagal kawal perasaan abang".

"Lepaskan saya. Saya dah tak sanggup jadi isteri abang lagi". Ujar Mae Ri. Dada Il Hoon ditolak sekuat hati hingga terlerai pelukkan lelaki itu.

"Hanya mati boleh pisahkan kita sayang".

"Jadi abang bunuh saya. Make it look like a suicide". Sebaris ayat Mae Ri yang ini membuat dunia Il Hoon menjadi gelap.

Wajah Mae Ri ditatap lama. Il Hoon rasa bersalah yang teramat. Cintanya kepada Mae Ri terlalu mendalam sehingga dia sanggup menyakiti hati dan tubuh isterinya sendiri. Tapi kalau Mae Ri tak ingkar arahan dia dan memarakkan api cemburu dia...pasti semua ini takkan terjadi.

"Sayang..abang betul-betul minta maaf dengan sayang".

Mae Ri memalingkan wajahnya ke arah lain. Tak sanggup dia nak melihat lelaki yang menyeksa sanubarinya itu.

"I wish I could turn back the time so that I can stop myself from meeting you". Gumam Mae Ri perlahan.

"And I will turn back the time and stop you from doing that".

Mae Ri kembali memandang wajah Il Hoon dengan jiwa yang berantakkan. Persoalan demi persoalan bermula bermain di fikirannya ketika ini. Apa dosa dia hingga diperlakukan sebegini rupa? Tak layakkah dia untuk dilayan seperti manusia yang lain? Besar sangat ke permintaan dia yang meminta secebis kebebasan dan ruang untuk bernyawa?

Memikirkan semua persoalan yang tidak mempunyai jawapan tersebut, jiwanya semakin sesak. Terasa seperti hatinya ditikam berkali-kali. Dia menutup wajah dengan kedua belah tangan dan serentak itu terhambur kembali tangisan yang ditahan sejak dari tadi.

"Tapi saya dah taknak jadi isteri abang. Tolonglah bebaskan saya". Rayu Mae Ri tersedu-sedan.

"Benda tu takkan terjadi sayang. You are my wife forever Kim Mae Ri". Balas Il Hoon tanpa sekelumit rasa simpati.

Dan sebaik sahaja ayat itu dituturkan oleh suaminya, Mae Ri terasa dunianya semakin kelam. Masa depannya gelap gempita tanpa sedikit pun cahaya. Jelas lagi nyata yang dia dah terperangkap dalam dunia Il Hoon. Dunia dimana dia terpaksa menuruti setiap permintaan dan arahan lelaki itu.

"Kenapa sayang menangis? Sayang tahukan abang tak suka tengok sayang menangis". Tangan yang menutup wajah Mae Ri ditarik lalu diangkat wajah cantik itu agar memandang ke arah dirinya.

"Dah jangan nangis lagi. Abang minta maaf okay?".

Mae Ri sekadar mendiamkan diri. Tiada upaya dah dia untuk melawan mahupun mencantas kata-kata suaminya itu. Kalau lelaki itu ada akal, pasti lelaki itu tahu siapa punca dia menangis setiap hari.

Tangan Il Hoon yang masih berada di dagunya ditolak perlahan. Jijik! Dia jijik dengan sentuhan Il Hoon. Kalau dia boleh kerat jari jemari itu dah lama dia buat tapi sayangnya sifat ihsan yang tinggi di dalam hati Mae Ri menghalang dia bertindak di luar jangkaan.

"Jangan sentuh saya...".

Hati Il Hoon kembali mendidih panas. Mula la otak dia fikir benda yang bukan-bukan. Lengan Mae Ri direntap kasar lalu ditenung tajam ke dalam sepasang mata amber milik Mae Ri.

"Apa kau cakap? Jangan sentuh? Kenapa aku tak boleh sentuh? Dah geli dengan sentuhan aku? Atau kau lagi suka jantan tu sentuh kau?!".

Pang!!

Terus melayang tangan kiri Mae Ri tepat ke muka Il Hoon. Menggigil Mae Ri menahan perasaan marah. Kurang ajar! Kali ini suaminya itu benar-benar kurang ajar.

"Jangan biadap abang! Apa abang ingat saya ni pelacur yang orang boleh sentuh sesuka hati!". Bentak Mae Ri. Sebegitu hina pandangan Il Hoon pada dirinya.

Il Hoon yang pada mulanya tersentak dengan tindakan isterinya terus ketawa sinis. Digosok pipinya yang sedikit memerah. Perit.

"Kau memang dah berani sekarang Kim Mae Ri. Mungkin sebab aku dah berlembut dengan kau tapi takpa aku maafkan kau kali ni. Tapi..."

Il Hoon diam sejenak sebelum menarik kasar rambut Mae Ri hingga gadis itu menyeringai sakit.

"Sa..sakit". Desis Mae Ri. Setitis air mata gugur menahan pedih di kepala.

"Kalau kau berani tampar aku lagi, aku akan balas berganda lebih teruk dari ni. Kau faham?!".

Mae Ri mengangguk faham. Dia akui dia tersilap kerana terlalu mengikut perasaan tadi. Dia tak sengaja..tapi kalau difikirkan semula siapa yang boleh terima bila diri dihina sebegitu rupa.

"Maafkan saya abang. Lepaskan rambut saya..sakit abang". Pinta Mae Ri sayu.

"Lain kali jangan nak naikkan darah aku lagi". Ujar Il Hoon seraya melepaskan rambut isterinya.

"Baik abang".

"Betulkan rambut tu. Aku taknak orang fikir aku dera kau". Sambung Il Hoon lagi.

"Baik abang..". Mae Ri terus membetulkan rambutnya yang serabai. Sesekali air matanya yang tumpah dikesat dengan belakang tangan.

"Good girl. Kita balik sekarang".

Wajah Mae Ri yang mendung dijeling dengan ekor mata sebelum dia menghidupkan semula enjin kereta. Dan tatkala kereta Maserati Lavente itu meredah jalan raya, hati Mae Ri dipagut rasa hiba yang tak bertepi.

"Sampai bila aku kena hidup macam ni? Aku pun layak untuk bahagia macam orang lain. Hae Il....tolong selamatkan Mae Ri".

My One & OnlyWhere stories live. Discover now