-ACMPBM 01_

6K 65 6
                                    

"Weh! ni air milo ke air gula ni!"
Jerit aku sedikit perlahan sambil berdiri dan bercekak pinggang.

"Cha, dah kenapa?duduk lah. malu orang tengok." Ujar kak Bai sambil menoleh ke kiri dan kanan.

"Air ni kak. manis gila kot. orang yang buatkan air ni nak bagi Cha diabetes ke ape."
Rungutku lalu duduk setelah melihat mata kak Bai yang sudah mencerlung merenung tajam padaku.

Mujur saja, ketika itu tidak begitu ramai pengunjung yang berada di kedai makan di pekan kecil itu. Hanya segelintir pak haji yang minum sambil berborak sesama mereka.
Tidak kurang juga beberapa orang lelaki berpakaian formal, sedang bergelak tawa.

sempat didengari ku seketika tadi perbualan antara mereka.
"Eh cikgu, biar saya belanja."
Kata seorang lelaki pertengahan 40an namun masih kelihatan agak segak.

" ehh.. tak pela cikgu. tak payah tak payah." jawab seorang lagi guru itu yang pada kiraanku mungkin sebaya dengan guru yang mulai membuka dompetnya.

"Weh kau ni. dah orang nak belanja tu terima jela. Eleh malu malu kambing pula dia. hahahhahaha" lalu semua yang berada di meja tu ketawa dengan senang hati.

"Cha, air akak ni pun sama.manis! rasa susu je yang lebih. " Omel kak Bai sambil mengetap bibir.

"ha tu la. ish kak apa kata kita tak payah la bayar air ni. " ujar ku mulai memberi idea tak masuk akal.

"haish! mana boleh apa orang kata nanti. tak pela anggap bukan rezeki kita." sahut kak Bai sambil mengacau air teh susu di dalam gelasnya.

Aku terdiam. malas mahu berbahas dengan kakakku yang satu itu. Penat.
Sudahlah penat drive, penat lagi dengar bebelan dia dalam kereta tadi.

" Cha,jangan laju sangat!

"Cha, tengok betul betul sebelum keluar simpang.

"Cha, bagi signal sebelum masuk.

"Cha, jangan ikut rapat sangat.

Goshhhh! aku tahu la macam mana nak drive. aku ada lesen penuh dah kot. Grrrrr. sabar Cha, Sabar.
Tapi aku tetap hargai , kakak sayangkan aku sebab tu dia kalau boleh semua benda dia nak aturkan. nak nasihatkan, nak tegur. well, nama pun kakak. kakak mana la yang tak sayangkan adik kan.

Yang ni, kakak sulung aku. Nama dia Baizura Mayyadah atau lebih mesra dipanggil kak Bai. Umur dia dah nak masuk 30tahun. orangnya kecik molek, punya anak dua. Anak yang pertama nama dia Baduyah. Eh tak tak. nama dia Ainnur Batrisya binti Awang Aminuddin, berumur 13tahun, kalau nak tahu, Baduyah tu nama yang aku suka sangat usik dia. Family dia pun suka usik dengan nama tu. entah. tak tau macam sesuai je nama tu dengan dia. hahahaha.
adik dia pulak, Aiman Bakhtiar bin Awang Aminuddin, berumur 8 tahun, comel dan bulat buatkan aku sering menyakatnya. nak tau apa yang bulat? mestilah pipi dan badan dia. Baru baru ni dia timbang berat nak cecah 48kg. Astaga!

"Werkk, si bulat kejarlah acu!"

"Eeeee acu lah bulat!"

"Apesal lak acu. acu kuyus je ni hahhahaha. Aiman bulat Aiman bulat!"

Aku tersenyum saat teringatkan Aiman Bakhtiar lalu kembali
menghirup semula milo panas di dalam gelasku. Manis bak hang. tapi aku teruskan. Tak pe Tak pe. Aku kena hadap gak. Biarpun aku rasa nak muntah. Sies!!

'Gulp!cantiknya awek tu. eh macam ustazah je. Tapi boleh tahan eh cantik, dahlah sopan. grrrrr...'aku berteka teki di dalam hati tatkala terpandang akan sosok tubuh yang leka menikmati makanan di dalam pinggannya.

" Cha, cepat lah minum. kejap lagi kita nak balik." Tutur kak Bai bersahaja.

"Ha yolah yolah. " jawabku ringkas.

AUCH! cik milo, PLEASE BE MINE. Where stories live. Discover now