_ACMPBM 21_

1.1K 35 6
                                    


"Mana dia ni. Dah pukul 9 masih tak nampak batang hidung. Sampai 9.30 masih tak de aku balik jela." Bisikku sendirian. Aku renung bintang di langit yang berkerlipan indah. Rindu nya aku pada arwah ayah dan ibu. Aku rindu akan kasih sayang mereka. Tanpa sedar, airmata ku mengalir laju. Cepat cepat aku kesat.

Aku pandang keliling. Masih ramai pengunjung taman tika itu. Di depan ada tasik yang dikelilingi cahaya lampu berwarna warni. Di setiap sisi jalan banyak gerai yang menjual pelbagai jenis makanan juga minuman.

Aku rasa sungguh tak selesa berada di sini. Dengan nyamuk yang kurang pendidikan sivik, sana sini cuba menghisap darahku. Sudah puas ditepis, ditampar, masih lagi bising di telinga. Tinggal dicekik je belum. Kadang dicucuknya jari aku tanpa izin. Tak makan saman agaknya.

Aku seluk handphone dalam poket jeans. Aku buka kalau kalau ada notification whatsapp yang masuk. Kosong.
Tiada siapa sudi mengirimkan chat buatku.
Dhiya haritu pun tak balas chat aku.
Sadis.
Aku buka facebook.
Hambar. Bosan. Macam macam perangai. Ada yang bergaduh, ada yang suka viral sana, viral sini. Aku tak berminat nak ambik port.
Aku tutup semula.
Aku buka pula camera. Nak selfie sekejap. Normal lah kan perempuan kalau selfie selfie ni.
Lagipun kalau budak sengal tu ada datang nanti, sedangkan aku dah balik.  Dan kalau terserempak lagi nanti setidaknya aku ada bukti kukuh yang menunjukkan aku dah tunggu dia kat sini. Siap ada tarikh auto lagi kat kamera aku ni.

1,2,3 okay cantik. Ni kalau guna camera ulike comfirm lagi cantik ni. Aku cuba pula camera ulike. Pergh. Muka tak make up un boleh nampak macam make up. Tapi tak best la macam fake pun ye. Bosan selfie guna ulike, aku cuba pula camera beautyplus. Ada sticker comel comel. Macam macam gaya aku cuba. Ada yang boleh ubah muka jadi hantu la, ada yang guna cermin mata kartun la, muka bermisai la, sampai lenguh leher aku ni. Bila dah bosan selfie aku simpan balik handphone dalam poket. Aku berdiri dan menggeliat. Terasa lenguh badan duduk lama lama dekat bangku ni. Agaknya kalau ada burung atas dahan pokok nak berak dah mendapat dah aku.
Tak rela aku.

Aku renung jam di pergelangan tangan. Dah pukul 9.24. Masih belum nampak batang hidung. Lubang hidung lagi la tak nampak. Jauh sekali bulu hidung.
Aku cuba bersabar tinggal lagi 6 minit. Kalau masih tak ada. Aku blah. Perut dah berkeroncong merdu ni. Adik adik kat rumah aku turut risaukan.

Aku toleh pada dua pasangan sejoli di bangku sebelah. Sweet giler. Lelaki tu suapkan perempuan kat sebelah dia makan aiskrim kon. Sambil tu si awek dia letak kepala kat bahu boyfriend dia. Ntah boyfriend ke husband dia aku tak tahu.  Aku perati je sambil terdetik juga rasa jeles.

" oi korang jom gerak spital. Aku dengar housemate kita, si Shira masuk spital accident tadi masa naik motor dengan pengkid dia."

Seorang gadis bertopi merah menuju ke arah mereka berdua tadi dan tercegat di depan keduanya dengan riak wajah yang penuh kebingungan.

" hah! Kau biar betik Ju. Haa yela yela. jom gerak sekarang." Jawab lelaki yang sweet tu tadi membuatkan aku melopong. Nyaris dimasuki sang nyamuk yang tak bertauliah. Cepat aku tutup mulut semula.

Aku semakin berminat menyaksikan drama di sebelah. Mati mati aku ingatkan lelaki. Sekali bila bersuara, mak ai. Lembut. Nampak dan ketara suara perempuannya. Rupanya abam pengkid. Patutla couple kepada housemate yang budak berdiri tu sebut tadi pun pengkid juga. Tapi seriuslah macam lelaki. Hensem. Eh.

Aku sebenarnya tak faham dengan manusia sekarang. Elok elok dah diciptakan lelaki dan perempuan. Tapi dengan perempuan sesama perempuan jugak nak bercinta. Yang lelaki pun sama. Nak jadi gay. Haishhh. Aku memang tak suka dengan golongan macamni.
Tak faham betul aku.
Yang aku ni sibuk hal orang dah kenapa. Aku ni pun bukan baik mana. Solat pun entah kemana.  Hal aku ni pula macam mana. Mana pergi si budak sengal entah sampai sekarang masih tak ada bayang.

AUCH! cik milo, PLEASE BE MINE. Where stories live. Discover now