_ACMPBM 19_

1.1K 31 13
                                    

Aufa Luthfia POV

" Seadanyaaa akuuuuuuuuuu yang selalu bertemankan dirimuuuuuu....... Lupakan silam mu yang kelabuuuuuu...Bukan yang engkau pintaaaaaaa... Maafkan sayangku segala tangisan di hatimu... Setia akan ku setiaaaa.. Menunggu ke akhirnya.... Ternyata ini kah suratan.. Takdir ku temukan dirimuuu......."
Aku bernyanyi girang menghiburkan hati ku sendiri di dapur tika itu sambil berdiri memotong ayam utk dibahagikan kepada beberapa bahagian.
Petang itu boss keluar , ada urusan kata nya. Itu bermakna aku bebas. Bebas tanpa diperhatikan. Cctv? Ala boss belum pasang pun lagi. Pasang macam mana beli pun belum. Mungkin dalam minggu depan.

" Tak payah nak nyanyi sangat kalau suara tu tak sedap. Kang banjir macam mana aku nak balik. Kau nyanyi dalam hati sudah lah."

Aku terkebil kebil. Otak ku ligat berfikir. Siapa empunya suara yang muncul secara tiba tiba ? Kedengarannya suara itu seolah cemburu akan kemerduan suaraku yang mendayu dayu sebentar tadi. Aku memusingkan tubuhku dan memandang ke arah empunya suara itu.
Budak ni lagi. Apa dia nak. Aku tak faham. Aku betul betul fak faham.

" what? "

" apa what what?" Soal gadis itu selamba.  Sambil berpeluk tubuh.

" Buat apa kat sini? Bukan pagi tadi dah balik ke? " soalku sambil menyinsing lengan baju. Bukan mahu bergaduh. Tapi kurang selesa rasanya dengan hujung yang terasa sedikit basah dek kerana percikan air paip.

" Aku datang sini nak lamar kau. Sudi tak kau jadi bini aku? HAAHAAHAHAHA.  Eee memang tak lah. aku datang sebab nak makan la. Takkan nak tengok kau pulak. Kalau cantik tak pela. Ni macam tempoyak basi. "
Gadis sengal itu sudah cukup melampau. Sampai hati kata aku macam tempoyak basi.

" Setahu aku. Makan kat depan. Bukan kat sini. Ini DAPUR. D.A.P.U.R. DAPURRRRRRRRR. Tempat pekerja macam aku. Kau cakap aku macam tempoyak basi. HABIS KAU INGAT KAU CANTIK SANGAT KE??? Tengok cermin depan sana, kau dengan katak tak ada beza tau! Ong kedek kedek. Ong ong."
Fuh. Okay puas. Terletus sudah geram yang sedaya upaya aku tahan. Dasar mulut tak ada insurans.
Cili mana cili. Okay situ. Ish geramnya aku.

Aku mencicit mengambil beberapa keping cili kering yang berada di sebelah tempat memasak.

" kau pergi depan sana sebelum aku letak cili ni dalam mulut kau! " aku kawal suaraku agar tidak terlalu nyaring.

" hahahahah ingat aku takut ke. Betul lah firasat aku yang pompuan dekat mall aritu. Tak nak mengaku konon. Dasarrrrrrrrrrrrrr tempoyak basiiiiiiii. " Gadis sengal masih tidak ada tanda tanda mahu berganjak pergi.

Tanpa membuang masa aku lantas mencapai kepak ayam di dalam sinki yang aku potong tadi. Lalu aku baling laju ke arahnya. Setepek terkena muka nya. Aku ketawa puas.
Hahahahahha!

" kurang asam kau pompuan. Urghhhh! Siap kau!“ gadis sengal itu menjerit sambil menghentakkan kaki nya geram. Sambil mendengus tanda tidak puas hati.

Aku mula menyorok di bawah meja.
Berselindung sehingga sukar untuk dikesan. Mengamuk sudah si gadis sengal itu. Itu lah jangan disangka aku diam bermakna aku boleh dibuat main.

"Oi Bas. Kau buat apa lama lama kat sini? Tadi cakap nak kencing."

Aku cuba mendengar butir butir percakapan dari suara yang baru muncul secara tiba tiba itu.

" Tak de ape la. Jom balik. "
gadis sengal itu bersuara hambar.

Setelah hampir 5 minit menyorok, akhirnya aku berjaya keluar dari persembunyianku sebentar tadi. Dengan nafas yang termengah mengah,perlahan lahan aku intai dari balik dinding. Memastikan masih ada atau tidak keberadaan gadis sengal itu disini. Dan ternyata meja di hadapan sudah kosong. aku menarik nafas lega. Nasib boss tak balik lagi.
Aku pandang jam di dinding. Sudahpun ke angka 4.56 petang. 4 minit lagi dah boleh balik.
Yeay!

******

Bashasha Mikayla POV

“ weh. Aku tak puas hati betul la tadi! Berani pompuan gila tu baling aku dengan kepak ayam." Aku menggosok muka ku berkali kali dengan tisu basah yang aku beli dari dalam mini mart.  Setelah dirasakan bersih dan hilang bau bau yang kurang menyenangkan, aku buang tisu ke dalam plastik aiskrim.

Aku dan Kum duduk di atas kawasaki sambil menikmati aiskrim coklat dan vanila. 
Masih belum berganjak dari depan mini mart.

" sape pompuan tu beb? Macam mana kau boleh kenal dia?“
Soal Kum sambil menikmati aiskrim vanilla nya.

"Panjang ceritanya. Tapi tak pela. Biar aku je yang tahu. Balik jom bosan la kat sini. " pintaku seraya meloncat turun dari kawasaki milik Kum.

" okay lah. Aku tak pakse. Kalau kau rasa nak cerita nanti, cerita je okay. Aku sedia mendengar. Jap la aku belum habis makan pun lagi ni. Kau ni mentang mentang dia dah habis dulu. " Omel Kum membuatkan aku tergelak lucu.

"Hahaha yela. Kau makan lah dulu. Aku nak masuk dalam sana jap." Sempat aku mengatur rambutku dengan menggunakan kamera depan oppo Reno 2 kesayanganku sebelum mengatur langkah menuju ke dalam semula. Ok cantik. Sebijik macam Hannah Gelisah. Eh Delisha.
Hahaha gelisah tu pompuan pendek tadi bukan aku.

" nak makan apa eh." Aku bermolog sambil mencari kudapan yang sesuai mengikut anak tekak ku.
Terlalu banyak bayangan makanan menerawang dalam kotak fikiran saat ini. aku cuba untuk bandingkan harga barang barang disini. Ternyata ia nya murah berbanding di tempat aku. Adalah dalam 20 sen 30 sen macam tu bezanya. Aku pun apalagi. Terus borong semahunya. Coklat pelbagai jenis, biskut biskut, keropok, gula gula.

Pum! Satu bungkusan terjatuh di atas kaki ku. Aku pandang sosok tubuh di hadapan. Seorang gadis yang lebih rendah dari aku berhelmet kura kura warna putih berdiri betul betul di hadapanku. Aku memandang wajah itu tajam. Sehingga membuatkannya menunduk gementar.

"Kauu?“ jeritku seakan berbisik.

" er. Sorry aku tak sengaja. " gadis pendek itu membongkok untuk mengambil bungkusan besar milo yang berada betul betul di atas kaki ku. Mujur ia nya sebuah bungkusan yang ringan. Kalau botol kicap??? Ha sudoh.

Aku punya satu idea. Idea nakal ku datang secara tiba tiba menguasai akal waras ku. Yang pasti aku mahu dendam aku terbalas dan terlaksana. Ini aku okay.
BASHASHA MIKAYLA! Bau hanyir kepak ayam masih berlegar legar di rongga hidungku. Tamparan yang terhasil dari kepak ayam yang masih berbulu itu masih terasa panas di pipi ku. Tak kan semudah itu untuk aku lupakan. Nahas kau pompuan.

" sokay. Aku tak marah pun. Tapi aku nak kau keluar dengan aku malam ni. Boleh?“ aku mengenyitkan mata memandangnya yang terkebil kebil mendongak memandangku yang ternyata lebih tinggi darinya.
Dasar pendek.

"keluar mana ?“
Soal nya lagi membuatkan aku tersengih tanpa sedar. Nampaknya rancangan aku akan berhasil.

" Tengoklah nanti macam mana. Nanti jumpa dekat taman depan mall haritu. Tapi jangan tak datang pulak. "
Entah mana datangnya idea taman. Yang aku tahu aku buntu. Dalam masa yang sama otak aku ligat memikirkan idea untuk mengenakan gadis pendek itu bertahi lalat di hidung itu.

" okay. Nanti aku fikirkan. Yela kot kot kau nak kenakan aku. Pelik jugak sebab tiba tiba je kau baik dengan aku. "

" hahahaaha. Jangan risau. Aku cuma nak berkawan dengan kau. Tak salah kan?"
Bernas jugak idea aku ni. Bijak nya anak Hakim dengan Karmila ni.

" hm. Okay lah. Aku dah lewat nak gerak. Bye."

" okay kura kura. Bye. Jangan lupa malam nanti."

AUCH! cik milo, PLEASE BE MINE. Where stories live. Discover now