_ACMPBM 18_

1.1K 25 11
                                    




“ Ha?a...apa? Tak.. Tak faham?" Soal ku sedikit tergagap. Gadis tinggi lampai berambut panjang paras pinggang itu masih berdiri tegak di hadapanku. Seakan bersedia untuk menyanyikan lagu Negaraku. Sengaja aku pura pura tak kenal. Bukan penting pun.


"Tak faham or buat buat tak faham?kau pompuan yang sama kan? Yang bancuh air milo untuk aku hari tu gila punya manis then kat KFC tempoh hari kau jugak yang tumpahkan milo ais atas rambut aku. Ngaku atau tak.?! " bentak gadis tinggi lampai itu sedikit perlahan. Bimbang agaknya didengari orang lain. Saat itu, hanya aku dan dia berada di dapur. Kalau boss nampak mampus aku dituduh curi tulang.

" ...ttt.. Takk..saya tak kenal awak. Serius. Mungkin awak salah orang. Atau pelanduk dua serupa?" Aku meyakinkan gadis sengal itu. Berharap agar dia mempercayaiku. Aku sendiri tak tahu kenapa dengan aku. Kenapa berat sangat mulut aku untuk mengaku. Namun yang pasti aku tak nak terlibat atau ada kena mengena dengan si sengal itu.
Huh!


"Oo okay. Tak nak mengaku tak pe. Bukan hal aku pun. Ok bye." Ujarnya sambil berlalu. Ada riak geram pada wajahnya. Entah mengapa aku disapa rasa lucu sehingga tawaku meletus tanpa sedar.

" see. Kau gelak. Tu makna nya kau memang sengaja tak nak mengaku! What the fffffffffffffff..! " gadis sengal itu rupanya masih ada di balik dinding. Aku ingatkan dah berambus. Aduh!
Yang peliknya kenapa budak tu nak sangat aku mengaku eh?

Belum pun sempat aku bersuara, baru hendak menggerakkan bibir dan menyusun ayat yang sesuai, gadis sengal itu hilang di balik dinding.
Datang tiba tiba, pergi pun tiba tiba. Baru sahaja aku ingin menjenguk ke depan cafe, tiba tiba namaku dipanggil.



" Fa, cantik nya pompuan tadi tu. Kenalkan kat aku boleh tak? Ala boleh la Fa. Pleasseeeee. "

"La. Nak kenalkan apa aku pun tak kenal dia tu sapa. Jap, jap. Yang kau beriya nak kenal dengan dia kenapa Mimie? ."
Aku mula merasa ada sesuatu yang tidak kena pada Mimie. Lain macam je aku tengok si Mimie ni.

" Eh tak la. Tak kan nak berkawan dengan sesama pompuan tak boleh kot?" Soal Mimie pula namun cepat cepat aku sangkal.

" ye la boleh tapi pelik lah cara kau. Siap puji cantik cantik. Then suruh aku kenalkan. Nape kau tak cuba tegur sendiri je tadi?“

" err.. Er..segan la aku. Aku ingat kau kenal dia tadi. Hm tak pela kalau macamtu aku nak sambung buat keje."
Mimie menunjukkan riak hampa seraya mengorak langkah.

" Pulak. Okay la. Aku pun ada keje nak buat ni." Aku juga mula beredar dari situ kemudian menghampiri sinki. Berbagai persoalanan bermain difikiran ku tika itu.

Aku dan Mimie masing masing dengan tugas yang tersedia. Seperti biasa, aku membasuh pinggan mangkuk serta cawan yang telah digunakan para pelanggan. Manakala si Mimie duduk bersila di atas kerusi malas mengupas bawang merah dan putih. Puan Sarlina pula duduk menyandar di meja kaunter sambil merekod sesuatu ke dalam fail kerja nya.

Tinggal 2 jam lagi ke angka 12 , aku akan jemput adik balik dari sekolah. Seperti biasa, rehat selama sejam aku manfaatkan sebaiknya. Pukul 12.40 angah balik dari sekolah, angah lah yang aku amanahkan untuk menjaga adik di rumah. Selepas memastikan perut mereka terisi dan semua dalam keadaan okay, baru lah aku akan datang semula ke cafe.




Bashaha Mikayla POV


" Kum, petang ni last kita boleh lepak. Lepasni, jarang dah. Esok aku dah masuk hostel. Uwwaaaaaaa. Aku tak sanggup la Kum nak berjauhan dengan family aku. Hmmmmm."
Aku duduk menyandar di bawah pokok yang merendang. Di taman itu lah port aku dan Kum.
Petang itu aku call Kum ajak dia lepak. Kebetulan dia pun tengah bosan. Dia pun terus on.

AUCH! cik milo, PLEASE BE MINE. Where stories live. Discover now