_ACMPBM25_

1.2K 31 4
                                    

Aku duduk termenung di bawah rimbunan pohon di sebuah pantai. Aku lontar sejauh yang mungkin batu batu kecil di hadapanku. Aku kemudian menjerit sekuat hati.

"Aaaaaaaaarrrrrghhhhh!!!!!!"

Aku ingin melepaskan segala ketegangan yang terasa amat mencengkam hati saat itu. Angin yang menampar pipi membuatkan aku memejam mata lama. Aku biarkan angin itu menampar pipiku semahunya.

" Ehem." Sapa satu suara serak serak basah membuatkan aku menoleh ke arahnya. Airmata yang mengalir di pipiku cepat cepat aku seka menggunakan tangan.

"Eh kak.. Kak Dina kan. Buat apa kat sini?"
Soalku sambil menghela nafas.
Cuba menstabilkan fikiran. Sungguh, aku pilu mengenangkan nasib diriku.

"Yups. Saja jalan jalan. Ambil angin. Nak release tension. Nak alihkan fokus dari masalah tempat kerja. Nak cari ketenangan. Aufa pulak buat apa kat sini? Cuti ea?
Kak Dina sudah pun mengambil tempat di sisi aku. Di atas batu batu besar di bawah pohon yang merendang. Tenang sangat berada disitu. Orang pun tak ramai. Yela bukan hujung minggu atau cuti sekolah.

" Sama lah. Saya pun. " jawabku ringkas dan malas. Entah. Aku tak rasa pun nak bercakap dengan sesiapa saat ini. Yang aku tahu. Aku nak menjerit, menjerit dan menjerit. Tapi kak Dina ni kacau daun la.

" Aufa ada masalah ke? Kalau ada cuba cerita. Mana tahu kak Dina boleh tolong. " ujarnya cuba mengambil perhatianku. Aku hanya menggeleng lesu. Aku tunduk memandang batu batu kecil di kaki ku. Lalu aku kuis dengan ranting kayu.

" kak Dina tahu." Sambung kak Dina lagi. Semakin merapati. Dapat aku rasakan deruan nafasnya disebelah.

Aku masih berdiam. Tak upaya untuk bersuara. Aku hanya mahu berseorangan. Tanpa ada sebarang gangguan yang menghampiri. Namun, aku tak tahu macam mana cara agar kak Dina pergi dari situ.

"Kak Dina tahu yang Aufa tengah ada masalah sampaikan Aufa tak tahan dan menjerit tuk lepaskan segala beban yang ada dalam hati Aufa kan? "

" Hm. Macam mana kak Dina tahu?" Soalku tanpa memandang ke arahnya. Terus bermain dengan batu batu kecil di atas pasir. Kadang aku kuis guna ranting. Kadang aku benamkan jauh jauh dalam pasir. Kadang aku susun hias cantik cantik. Kadang aku baling atas daun daun kering.

" Kak Dina tak buta lagi Fa. Kak Dina nampak tadi. Dan tak sangka betul tekaan kak Dina. Yang orang tu adalah Aufa. Orang yang kak Dina dengar masa kak Dina tengah berjalan ke sini tadi. Tak sangka kan kita boleh bertemu lagi. Dalam keadaan yang juga hampir sama. Means sama sama tengah kusut dengan masalah. Sama sama ingin melepaskan beban yang ada cuma bezanya masalah kita tak sama."

Aku toleh dan renung pada anak mata kak Dina.
Aku cuba mencari kekuatan. Cuba menghadam tiap kata katanya.

"Fa dengar sini. Walau apa pun masalah yang Aufa tengah hadap sekarang, kak Dina nak Aufa kuat. Kak Dina nak tengok Aufa yang masa kak Dina mula mula kenal dulu. Senyum walaupun Aufa tengah sakit, tahan luka, tetap Aufa boleh gelak. Kak Dina nak Aufa kuat macamtu. Macam mana luka boleh sembuh, insyaallah macamtu juga dengan masalah yang Aufa alami pasti akan hilang juga nanti. Apa yang penting Aufa kena sabar. Aufa kena ubat luka tu. Nak ubat luka di kaki atau tangan pun kita kena tahan sakit atau pedih tu apatah lagi nak pulihkan hati atau fikiran yang tengah serabut dengan masalah. Semua tu memang perlukan masa. Walaupun kak Dina tak tahu apa masalah Aufa. Tapi kak Dina yakin Aufa kuat, Aufa bukan perempuan yang mudah kalah."

Aku mula tersenyum. Ada benar setiap apa yang kak Dina lontarkan. Aku mula menemui semangat ku semula. Aku mula yakin aku mampu untuk meneruskan hidup meskipun aku harus merangkak. Yups. Aku harus kuat. Kuat tanpa ada sebarang rasa takut, rasa putus asa.

" kak Dina, thanks. " Ucapku sambil tersenyum manis. Kak Dina angguk dan turut tersenyum.





" so lepasni Aufa nak balik atau stay kat sini sampai jerung timbul?" Kak Dina berseloroh menyoalku membuatkan aku tergelak kecil.

" Nak balik kot tapi kejap lagi la. Sekarang pun dah pukul 4.30 Kak Dina nak balik dah?" soalnya ku pula. Kak Dina aku lihat tengah leka merenung jauh.

Senyap.

"Kak Dina?" Panggil ku sambil menghayunkan tangan ku di depan kak Dina mahu dia sedar dari lamunannya.

" hah ye ye. Apa dia Aufa?" Soalnya lembut.

" kak Dina menungkan apa tu? Kak Dina pun tengah ada masalah kan? Tadi kak Dina pandai tenangkan saya. Tapi sekarang, kak Dina pun masih serabut." Soalku padanya yang kelihatan muram. Aku pun turut ditampar sayu.

"Tak ade apa la Aufa. Kak Dina cuma rindukan adik kak Dina. " jawab kak Dina cuba untuk mengukir senyuman.

" Adik kak Dina kat mana?" Soalku ingin tahu.

" Dia sambung study. Tapi masih dalam negeri ni jugak. Dah berapa hari tak tengok muka dia kat rumah tu yang kak Dina rindu tu. Hihi. Rindu nak usik sakat dia. Tapi tak pela hujung minggu dia ada. Jumaat lusa dia balik lah. Apa kata Aufa teman kak Dina ambil dia nak?? " soal Kak Dina mesra. Aku hanya angguk. Nun di sudut hati aku terasa sebak. Sebak memikirkan keinginan untuk menyambung pelajaran.

" oo macamtu. Insyaallah tengoklah nanti macam mana. Kak Dina ada berapa orang adik beradik?" Soal lagi. Kali ini aku sudah semakin berminat untuk berborak. Sudah berjaya melupakan sedikit beban yang terpahat di dada.

" okay nanti kak Dina culik Aufa kat tempat kerja. Tak lama pun. 45minit macamtu dah sampai kat sana. Kak Dina ada 3 orang je adik beradik. Kak Dina tengah yang tua kakak. Semua girl.  Aufa pula?"

" Hahaha. Nak culik ape nye kak Dina. Saya dah tak kerja kat sana dah. Eh sama la dengan saya. Saya pun ada 3 adikberadik n semua girl. Saya sulung. "

" wah. Sama la. macam ada jodoh je ni. Hahahhaa. Ehh Aufa dah tak kerja sana kenapa? " soalnya lagi dan lagi.

" Hahaha jodoh apa nya kak Dina. Hmm ye. Sebab boss berhentikan. Katanya nak jual kedai tu. Entahla malas la nak fikir. "

" ooooo.. Jadi ni la punca si adik manis sorang ni tadi stress n sedih ea. Baru kak Dina tahu. Tak pela Aufa. Dah tak de rezeki kat sana maybe rezeki Aufa ada kat tempat lain."

Aku hanya tersenyum. Begitu juga dengan kak Dina. Agak lama aku dan kak Dina berdiam cuba melayani fikiran masing masing. Aku pandang pada biru nya air laut. Tenang.

" Kak Dina nak nombor Aufa boleh?" Tiba tiba kak Dina bersuara memecahkan kesepian.

" Erm. Boleh. Jap." Aku ambil ranting kayu dan kemudian berjalan ke hadaan. Aku bongkokkan badan dan mula menggerakkan ranting kayu sesuai mengikut alunan tanganku. Kak Dina berlari anak ke arahku dengan wajah yang penuh tanda tanya. Termengah mengah kedengaran nafasnya di sebelahku. Aku hanya tersenyum.

"Okay siap. Ni nombor saya. Kalau kak Dina lambat ambik maybe nombor tu akan hilang bila kena air."

ombak yang bergelora semakin laju menuju ke persisiran pantai. Aku lihat kak Dina laju laju mengeluarkan handphonenya.
Dalam masa yang sama aku hanya mampu menahan ketawa.

1,2,3 ... Dalam hitungan satu sehingga tiga. Dan ombak pun melanda pantai.
Nombor hamdphone milikku yang aku tuliskan juga hilang bersama desiran ombak.

" jeng. jeng. Jeng. Dapat dah. Werkkk!" Ujar kak Dina ceria sambil menunjukkan nombor aku yang berjaya ditaipnya.

" cepatnya kak Dina???"

" well.." Kak Dina angkat bahu dan berjalan menuju ke arahku.
Dan melingkari tangannya ke bahuku untuk berselfie.

" ok cantik." Ni kak Dina simpan sebagai kenangan tau. kenangan antara Aufa dan kak Dina yang pada mulanya diserbu masalah namun akhirnya berjaya tersenyum semula. Yeayyyy!



*sweet pulak author tengok Kak Dina dengan Aufa ni. Haishhh 😆😝

AUCH! cik milo, PLEASE BE MINE. Where stories live. Discover now