_ACMPBM 23_

1.1K 18 0
                                    

Bashasha Mikayla POV

Hari ini adalah hari yang paling menyedihkan dalam sejarah hidupku. Sejujurnya, tidak pernah aku merasa sesedih ini. Serta merta airmata ku mengalir deras di saat velfire hitam milik daddy perlahan lahan meninggalkan aku. Daddy, mummy, kak Bai, kak Dina dan juga Ainnur serta Aiman melambai tangan ke arahku yang berdiri kaku di hadapan pagar tempat aku mula menyambung pengajianku.

Ramai pelajar mendaftar hari ini yang terdiri daripada pelbagai negeri. Setelah sesi pendaftaran berakhir, kami diberi sedikit taklimat. Setelah itu masing masing diberi angka bilik yang bakal kami duduki. Sepanjang sesi pendaftaran aku masih belum menemui sesiapa yang aku mungkin aku kenal. Mungkin kerana terlalu ramai  manusia hari itu membuatkan aku terlepas pandang.

Aku mengorak langkah menuju ke hostel yang aku diami. Di situ aku ditempatkan di dalam bilik bersama dengan seorang gadis comel dan sedikit tinggi dari ku. Nama nya Yuna. Yuna ni agak pemalu orangnya. Lemah lembut je bila bercakap. Bertudung, pakai baju pun labuh. Perfect. kalau nak jadikan isteri. Ada ciri ciri isteri solehah. Tak macam aku. Pakai baju pun macam tak cukup kain. Tudung lagi la.

Aku masuk ke dalam bilik lalu menghempaskan tubuhku malas ke atas katil. Aku pandang katil sebelah. Kosong. Mana pergi budak tu. Ah! lantak lah bukan urusan aku. Aku pandang siling. Kipas berputar malas, sama macam aku. Malas. Malas. Malas. Rasa nak lari balik rumah pun ye. Tapi aku masih waras. Sama ada aku nak atau tidak aku terpaksa telan benda ni. Mungkin lama lama aku akan terbiasa.

Bila dah bosan baring pusing kiri, pusing kanan, aku pun  duduk. Capai patung kesayangan si mickey dan aku bawa ke pelukan. Yang ni mana boleh tinggal. Kalau boleh dengan mummy mummy sekali aku nak bawa sama. Tapi mana boleh peraturan hostel tak benarkan bawa sesiapa. Nak berjaya kena pandai berdikari. Masalahnya aku rindu mummy! Tak pe nanti kan boleh video call. Aku cuba pujuk hatiku sendiri.

Aku tarik nafas dan hembus perlahan lahan. Nak ambil mood sikit. Lepastu aku bingkas bangun dan berjalan jalan ke luar. Aku di tingkat dua. Hostel ni ada 3 tingkat. Maknanya aku dan si Yuna ni di tingkat yang tengah tengah. Sebelah bilik kitorang ni kosong. Tapi sebelah tu lagi ada lah orang. Tapi aku tak kenal lagi nama nama diorang. Nanti lah. Hari ni aku nak kenal kenalan dulu dengan si Yuna.

.
"Hai, buat apa tu Shasha?" Soal satu lembut lagi halus dari jauh. Aku toleh sejenak. Si Yuna rupanya. Tersenyum manis memandangku sambil berjalan menuju ke arahku.

"Ni ha tengah mandi. Tak nampak ke saya tengah berdiri dan hirup udara segar kat sini. "
Aku pantang bila orang tanya benda yang dah nyata.

"Hehehe. Awak ni. Okay lah saya nak masuk bilik dulu." Ujar Yuna sambil berlalu dan masuk ke bilik. Haii budak ni, tak reti bukak tudung dah kenapa.
Dari tadi bertudung.
Pelik aku.

Bila teringat bilik sebelah kosong, cepat cepat aku masuk bilik jugak. Siang siang pun takut. Agaknya macam mana la malam nanti. Mummy!
Cha nak balik my. Uwaaaaaa.

"Yuna, awak tak panas ke? Dari tadi saya tengok awak pakai tudung. Bukannya ada lelaki pun kan." Soal aku membuatkan Yuna tergelak kecil. Haih. Gelak pun comel. Anak siapa lah ni.

" Hehehehe. Malas dulu nak bukak la Sha, sebab tadi nak keluar lagi kan. " jawabnya selamba sambil mula menanggalkan tudungnya.

Aku hanya diam memerhati.
Malas pulak rasanya nak berborak lagi.
Aku rasa mata aku dah mengantuk tahap cipanzi, terus aku rebahkan badan dan tutup mata perlahan lahan.

Beberapa jam kemudian.

" Sha, Sha. Bangun la. Dah nak senja dah ni. " kejut Si Yuna. Dalam mamai aku dapat menangkap suaranya. Tiba tiba aku jadi sebak. Aku sebak bila aku bayangkan, yang mummy tengah kejutkan aku. Sedar tak sedar aku menangis atas katil. Aku tutup muka dengan lenganku.

" Sha, awak kenapa nangis ni? Cuba cerita kat saya." Pujuk Yuna lembut namun masih tak berhasil membuatkan ku reda. Tangisan ku semakin kuat.

" Tak pela kalau macamtu, awak tenangkan diri dulu k. Saya nak gi mandi. Tak lama lagi nak maghrib. "
Kata Yuna perlahan. Aku hanya diam. Aku telan liur dalam dalam. .

'Nak malam dah ke? Aduh seram la macamni. Nak balik!!!!! Jeritku di dalam hati.' Yela takkan nak jerit depan muka si Yuna. Kang tak pasal pasal Yuna ingat aku tak betul. Naya aku.



" Jap tunggu saya. Saya nak ikut sama. " Laung ku membuatkan Yuna menoleh sambil tergelak kecil. ikut sama. " Laung ku membuatkan Yuna menoleh sambil tergelak kecil sambil menggeleng kepala.

" Awak kenapa nangis tadi ?" Soal Yuna membuatkan aku terkedu. Tak sangka Yuna masih berminat nak tahu. Caring jugak eh dia ni. Aku fikir dulu sama ada nak jawab atau tak. Kalau aku jawab jujur kang malu la aku. Tapi kalau nak tipu alasan apa pula yang logik.

" Sha, awak dengar tak?“
Soalnya sekali lagi. Tak menyempat aku nak fikir. Haishhh. Dan dan.

" Ha.. Ye. Ye. Tak dela Yuna. Tadi saya mimpi yang saya mati. Tu saya bangun je terus nangis." Laju saja aku bersuara. Ahh! Biarlah yang pasti aku yakin jawapan aku logik.

Aku dan Yuna masih berjalan untuk menuju ke bilik air. Tak lah jauh mana letak. Kalau lumba lari pun 5 saat pun sampai dah ni.

" Oh mimpi. Saya ingatkan apa la tadi. Tak pela awak. Mimpi kan mainan tidur. Awak jangan fikirkan sangat ye. Lain kali jangan tidur sampai senja. Tidur lepas asar tak elok. " Yuna mula berpesan. Aku angguk kepala. Tidak pula aku mahu menyangkal kerana ada benarnya apa yang dia kata. Mummy pun selalu pesan macam tu.


Sebaik saja melangkah keluar dari bilik air, aku cepat cepat berjalan lalu masuk ke dalam bilik. Seram puleks rasanya bila melihat sekeliling yang begitu sunyi. Entah mana la pergi penghuni hostel ni semua. Masuk je dalam bilik, aku tengok si Yuna dah siap siap berbaju kurung.

" Awak nak gi mana pakai baju kurung bagai ni?“ soalku membuatkan Yuna tergelak kecil. Haishh budak ni kang. Aku tanya elok elok dia boleh dok gelak gelak. Nasib comel. Tak sampai hati nak buli.

" Nak ke surau la sayang oi. Tak kan nak gi kolam renang pula. Kan dah nak masuk waktu. Awak tu jom la cepat bersiap. Kita pergi sama sama. " seloroh si Yuna sambil terbongkok mencapai sesuatu di dalam beg nya.

" oo.. Yela yela kejap saya nak bersiap." Jawabku ringkas. Malu. Yela jelas jelas dah nak maghrib tapi aku punya bebal boleh tahan.
Aku pun melangkah menuju luggage ku di sisi katil. Barang pakaian masih belum aku letakkan dalam almari yang disediakan. Malas. Kalau lah mummy ada.

Usai saja solat dan makan malam, aku dan Yuna duduk di atas katil masing masing. Menceritakan tentang latar belakang. Aku terpaksa jujur sebab bagi aku Yuna ni dah macam sahabat aku. Aku boleh nampak dari kejujuran dia bila dia berbicara. Aku boleh rasa keikhlasan dia. Walaupun hakikatnya aku baru mengenali Yuna dalam masa tak sampai 24 jam. Yuna apalagi siap melopong mulut dia bila tahu yang aku adalah anak pengarah terkenal. Berkali kali dia tanya aku. Sama ada aku betul betul atau sekadar bergurau. Banyak kali jugak la aku yakinkan dia. Sampaikan aku tunjuk gambar gambar keluarga aku dalam handphone. Makin la dia melopong. Aku hanya tersengih jela. Tapi ada syaratnya yang aku tetapkan kat dia.
Rahsia ni biar aku dan Yuna yang tahu.

AUCH! cik milo, PLEASE BE MINE. Where stories live. Discover now