_ACMPBM 16_

1.1K 30 3
                                    

" kak Dina gi mana tadi? Lewat balik.  Selalu kalau keluar dengan kawan kawan,  kak Dina takkan balik lewat macamni.  Nasib mummy tak marah. " omelku sambil meniarap di sebelah kak Dina yang asyik melayani laptop nya. Mungkin tengah menonton movie agaknya.  Aku memanjat badan kak Dina yang pura pura tidak mendengar suaraku.  Sengaja aku mahu timbulkan kemarahannya.  Namun dia masih senyap.  Seolah tidak ada apa yang berlaku.  Aku yang masih erat memeluknya dari belakang lantas turun semula dan bercadang untuk masuk ke dalam bilikku semula.  Mampus kalau mummy tahu aku masih aktif jam sebegini.  Kalau mummy jerit naya aku boleh tanggal semua bulu aku.  Bulu hidung hahahaha.

" eleh merajuk lah tu. "

Satu suara serak serak basah mengejutkan ku.  Aku lantas menoleh.

" eh hidup lagi rupanya.  Ingatkan dah kejung beku jadi hantu.  " perli ku membuatkan kak Dina membaling laju bantal peluknya ke arahku.

" Werk werkkkkk tak kena ponn.  Padanmuka jatuh atas lantai hahahahaha. " aku sakan mentertawakan kak Dina tanpa aku sedar suaraku sudah begitu nyaring. 

" arkkk.  Adoii adoiiii.  Sakittt.  " aku mendongak ke arah empunya tangan yang menarik telingaku.
Siapa lagi kalau bukan mummy monster.  Eh bukan mummy monster,  mummy je.  Hikhik.  kang doce.

" Ha Cha.  Yang tak reti nak tidur tidur lagi waktu ni dah kenapa?? Nak jadi bodyguard? Kalau nak.  Gi duduk luar rumah.  Depan pagar tu.  Berdiri situ sampai esok pagi. "

" errr tak..  Tak nak myyyyy.  Tak nakkkk.  Ampuunnn..  Ampun my.  Cha nak tidur lah ni.  Tadi..  Er tadi kak Dina suruh masuk bilik tu Cha mass.........

" ehhh!  No mummy.  Cha tipu.  dia sendiri yang masuk tadi.  Orang tak de pun ajak dia ke suruh dia ke.  Tak de my.  Dasar Cha penipu!!”
Kak Dina membela diri.  Tidak mahu disabit bersalah,  yelah dah dia memang tak bersalah dalam hal ni.  Hanya aku yang bersalah.  Ya hanya aku.  Habislahhhh.  Takkan aku nak salahkan daddy lak.  Hmmm.  Okay satu dua tiga...

Cabut!

Aku berlari laju dan menutup pintu kamarku dengan pantas sekali.  Aku kunci dari dalam biar mummy atau kak Dina tak dapat masuk.

Aku meloncat ke atas katil yang bertilam empuk bercadarkan mickey mouse.  Aku capai patung mickey mouse kesayanganku yang sebesar diriku lalu aku peluk erat erat. 

" macam mana eh mummy boleh ada kat situ tadi.  Ajaib betul. Betul ke tu mummy.  Jangan jangan.......
Errrrr.  Jangan jangann...  Oh tidak.  Err..  Tapi tadi tu memang macam mummy pun.  Tak kan hantu boleh bercakap kot.  Hmm yelah kot.  Maybe mummy sengaja nak check sama ada aku dan kak Dina dah tidur ke belum kot.  Hmm lantak lah.  " aku mula berteka teki dan berhalusinasi sendirian,  dan
tanpa sedar mataku akhirnya terpejam.

" Tolong tolong....
Tolong....... "

Ha sapa tu?  Aku lantas mengejar seorang perempuan yang mungkin sebaya denganku, berlari di hadapanku sebentar tadi.  Aku pandang keadaan sekeliling yang gelap gelita.  Tiba tiba aku merasakan ada sesuatu yang menggenggam kedua belah kaki ku. Aku menutup mata enggan melihat siapa yang berada di kaki.  Seluruh tubuhku rasa lemah. Perasaan takut mula menyelubungi diriku. Tangan itu terasa menjalar seolah mencengkam kuat kakiku, Dalam masa yang sama aku masih mendengar suara perempuan meminta tolong bergema di dalam bangunan itu.  Bangunan yang aku sendiri tidak pasti. 

" awak,  ja....  Jangan pandang bawah! ”

Aku membuka mata memandang pada suara itu. Bayangan perempuan itu hanya samar samar.  Rambutnya panjang sehingga ke paras pinggang,  wajahnya pucat lesi, namun perlahan lahan hilang dari pandangan.  Suara itu menjerit  sekali lagi agar aku tidak memandang pada kaki ku.  Aku kumpul sekuat tenaga dan berusaha untuk melarikan diri.  Dan tiba tiba wajah lembaga buruk lagi hodoh terpacul di hadapanku membuatkan aku terkencing serta merta dan terus menjerit sekuat hati. 

" ARGHHHHHHHHHH!!!!!!!!!"

tok tok tok!

"Cha! Kenapa tu? "

Tok tok tok!!!!!!!

"Chaaaaa.  Buka pintu ni. "

Beberapa minit kemudian....

" yaAllah,  Cha.  Ishhh budak ni mimpi apa sampai basah tilam ni.  Cha,  bangun sayang. Gi toilet dulu tukar seluar dengan cadar ni. Hishhhh macam budak budak. "

Aku hanya terpinga pinga. Masih dalam keadaan mamai yang tak terhingga. Aku raba tilam di bawah punggungku.  Aku letakkan di hidung cuba mengenal pasti akan apa yang membanjiri cadarku.  

"Errrrrrkk. Apa ni my? "

" apa yang apa?  Tu la tidur tak basuh kaki macamtu la jawabnya.  Tu air kencing Cha la takkan air kencing mummy lak terbang atas tilam Cha.  Dah cepat sini bangun. " seloroh mummy dengan tawa yang ditahan.  Aku masih mamai. Belum lagi sepenuhnya masuk dalam dunia yang nyata.

" my kenapa my? " soal satu suara dari depan muka pintu. Aku menghalakan pandangan.  Ada sosok tubuh yang tinggi dan sedikit chubby sedang berjalan ke arah katil ku.

" ni ha adik Dina ni mandi atas tilam. mummy masuk guna kunci pendua ni ha.  Panggil panggil tak jawab risau mummy.  Tengok tengok laaa macamni kejadiannya.  " jelas mummy sambil menggelengkan kepala.

" HAHAHAAHAHAHAHA. kencing eh.  Alololo baby siapa la ni kencing malam malam atas tilam.  Tu la mummy tak pakaikan baby tu pampers kan dah terkencing atas tilam. " sakan kak Dina perli aku. Mummy pula tergelak.  Sampai hati mummy. 

" okay semua puas?!! dah semua gi keluar sekarang. " jerit aku sambil menekup muka dengan bantal.  Malu tak terkata.  Sudah besar begini masih kencing di atas tilam. GOSH!

"Cha,  mummy dengan kak Dina gurau je kan.  Jangan lah amik hati sangat sayang.  Jom mummy tolong tukarkan cadar. Cha masuk toilet sana. Ha Dina gi tidur dah jam berapa dah ni.  Jangan nak usik usik lagi.  " pujuk mummy berjaya buatkan aku menguntum senyuman.  Aku cair sekali bila mummy pujuk.  Erm, mummy i love you!

Aku masuk ke dalam toilet disebelah, membuka satu persatu seluarku.  Bermula dari pakaian dalam kemudian seluar dan baju.  Baju turut mengenai tempias. Teruk benar mimpi yang aku alami sampai boleh terkencing macamni sekali. Harap harap mummy dan kak Dina tak bagitahu sesiapa kalau tidak mana nak letak muka.  Bawah katil? No tak boleh. Aku terlalu comel dan cantik untuk disorok.  Erm.  Okay aku tak angkat bakul sendiri.

" dah ke Cha? "

Laung mummy membuatkan aku cepat cepat membasahi tubuhku. Aku mandi membersihkan diri.  Menghapuskan aroma yang kurang menyenangkan sebentar tadi.
Mimpi ngeri yang aku alami tadi harus dipersalahkan.
Hareeee punya hantu. 
Kau buat aku terkencing sampai macamni sekali! 



AUCH! cik milo, PLEASE BE MINE. Where stories live. Discover now